CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1569|Reply: 16

[Jenayah] Dividen ASW 2020 susut

[Copy link]
Post time 21-8-2014 11:35 AM | Show all posts |Read mode
PNB umum dividen RM6.60 bagi ASW 2020
Published: 20 August 2014


Amanah Saham Nasional Bhd, anak syarikat  milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), hari ini mengumumkan dividen sebanyak RM6.60 seunit bagi Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Ogos, 2014.

Pengerusi PNB Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata  dividen berkenaan susut RM0.10 seunit berbanding RM6.70 yang diumumkan tahun lepas.

Beliau berkata agihan pendapatan tahun ini melibatkan jumlah pembayaran sebanyak RM1.115 bilion, naik 5.8% berbanding jumlah pembayaran tahun sebelumnya sebanyak RM1.053 bilion.



"engiraan pengagihan pendapatan adalah berdasarkan kepada purata baki pegangan minimum bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan ASW 2020.
"Jumlah pembayaran tersebut dijangka dapat dimanfaatkan oleh seramai 891,446 pemegang unit yang telah melanggan sejumlah 16.892 bilion unit ASW," kata beliau kepada pemberita semasa mengumumkan dividen itu hari ini.

Ahmad Sarji berkata agihan pendapatan akan secara automatik dikreditkan ke
akaun pemegang unit pada 1 September, 2014, manakala pelabur yang menyertai ASW 2020 melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pendapatan akan dikreditkan ke akaun KWSP mereka melalui Skim Pelaburan Ahli.

"Sehingga 18 Ogos 2014, tabung ASW 2020 telah memperoleh pendapatan kasar sebanyak RM1.329 bilion, di mana keuntungan daripada penjualan saham dalam syarikat-syarikat menyumbang sebanyak RM648.7 juta atau 48.8% kepada
pendapatan kasar.

"endapatan dividen daripada pelaburan dalam syarikat-syarikat pula menyumbang sebanyak RM460.02 juta atau 34.6% manakala selebihnya sebanyak RM21‎9.81 juta atau 16.6% diperoleh melalui pendapatan daripada pelaburan dalam instrumen-instrumen jangka pendek dan lain-lain pendapatan," katanya.

Bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan, Ahmad Sarji berkata semua urus niaga bagi tabung ASW 2020 di pejabat dan ejen ASNB akan ditangguhkan mulai 26 Ogos sehingga 1 September, 2014.

"ara pemegang unit boleh mengemaskini buku pelaburan ASW masing-masing di pejabat-pejabat atau ejen-ejen ASNB di seluruh negara mulai 2 September, 2014," katanya.

Turut hadir, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB Tan Sri Hamad Kama  Piah Che Othman.

Beliau berkata PNB sentiasa memastikan pengurusan dana dapat dilakukan dalam dalam jangka panjang dan secara berterusan.

"Kita mengharapkan prestasinya lebih baik (berbanding RM6.60), tetapi kali ini kita mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak RM6.60 seunit.

"Jika kita lihat dari segi kemampuan untuk kita membayar, sebenarnya RM9.30 seunit.

"Lebihannya (lebih kurang 2.5 sen seunit) kita bawa ke hadapan untuk membolehkan pengurus-pengurus dana kita menguruskan dana tersebut dan membuat prestasi yang kompetitif setiap masa," katanya.

Mengenai perkembangan pembangunan Menara Warisan, Kama Piah berkata projek itu kini memasuki fasa pembinaan saluran paip yang kini siap kira-kira 30%.

"Kita masih lagi dalam peringkat untuk menentukan kontraktor dan sebagainya (bagi projek ini)," katanya. – Bernama, 20 Ogos, 2014.


takpe lah ...janji negara aman, bijan dan rosmah boleh jalan2 holiday serata yurop....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-8-2014 11:50 AM | Show all posts
sedih gak sebab ada duit kat situ....mintak2 hujung tahun ni asb tak camni...

ameno celaka!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 11:52 AM | Show all posts
pelaburan dia mesti xde tapisan syarikat arak judi semua bantai kan
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 11:53 AM | Show all posts
dividen asw turun kenapa x puji kerajaan?
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 11:54 AM | Show all posts
freebird posted on 21-8-2014 11:50 AM
sedih gak sebab ada duit kat situ....mintak2 hujung tahun ni asb tak camni...

ameno celaka!! ...

takde ke macai macai umno nak cakap ini kesan dari serangan kajang semalam itu
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 11:56 AM | Show all posts
freebird posted on 21-8-2014 11:50 AM
sedih gak sebab ada duit kat situ....mintak2 hujung tahun ni asb tak camni...

ameno celaka!! ...

tengok asb sudahlah. masa zaman anwar ibrahim, dividen atas 10 sahaja
lepas buang anwar, dividen bawah 10 sahaja

19908.006.0014.00
19918.504.0012.50
19927.505.0012.50
19939.004.5013.50
19949.504.5014.00
199510.003.0013.00
199610.253.0013.25
199710.251.2511.50
19988.002.5010.50
19998.501.5010.00
20009.752.0011.75
20017.003.0010.00
20027.002.009.00
20037.252.009.25
20047.252.009.25
20057.251.759.00
20067.301.258.55
20078.001.009.00
20087.001.758.75
20097.301.258.55
20107.501.258.75
20117.651.158.80
20127.751.158.90
20137.701.008.70

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-8-2014 11:57 AM | Show all posts
hanya org bodoh saja yg hadap 6% tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2014 11:58 AM | Show all posts
cak! posted on 21-8-2014 11:52 AM
pelaburan dia mesti xde tapisan syarikat arak judi semua bantai kan

entahlah...mungkin macam ASB jugak kot...saham bank riba' pun dia sapu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2014 11:58 AM | Show all posts
x paham... n x peduli... ok bye...

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 12:00 PM | Show all posts
tak peduli tak nak faham okbaii
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 12:01 PM | Show all posts
ladydutch posted on 21-8-2014 11:56 AM
tengok asb sudahlah. masa zaman anwar ibrahim, dividen atas 10 sahaja
lepas buang anwar, dividen  ...

takmo cerita masa tu BLR berapa?
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 12:01 PM | Show all posts
Jadi salah umno kah ni?
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah.....

Sejak dividen asb kurang, aku dh keluarkan semua duit saham. Labur dlm kpf. Dividen kpf minimun 15%. Yg x best nyer, maksimun 200k jer.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 12:11 PM | Show all posts
Kenapa kategori JENAYAH??

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 12:13 PM | Show all posts
apa ni?? sikit2 ok bye..sikit2 ok bye...

ok bai...
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
btw, asb ni bgs ke tdk? ak tgok rmai dak tmpt ak amek asb ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2014 09:35 PM | Show all posts
nak kasik naik % ASB, ASW2020, EPF?

naik kan laa OPR.... pasni naik laa % ASB, ASW2020, EPF....

apa susah?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:07 PM GMT+8 , Processed in 0.083499 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list