CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2256|Reply: 9

Tun M: Kenapa Harus Nik Aziz Berbohong? UMNO Baik..

[Copy link]
Post time 23-8-2014 07:16 PM | Show all posts |Read mode
1. Nik Aziz dilapor telah menjelaskan kenapa PAS tidak boleh bersama UMNO dalam usaha untuk menyatupadu orang Melayu. Katanya PAS telah itipu oleh UMNO semasa PAS berada dalam Barisan Nasional. Bagaimana UMNO menipu PAS tidak dijelaskan dengan terang.

2. Saya berada sebagai menteri dalam kabinet Tun Hussein di waktu mana PAS keluar dari Barisan Nasional. Saya juga ada dalam kabinet Tun Razak bersama Dato Asri Muda dan Hassan Adli semasa PAS menyertai Barisan Nasional.

3. Dato Asri diberi jawatan Menteri Tanah dan Galian. Ini bermakna dia bertanggung jawab terhadap FELDA.

4. Setelah beberapa bulan PAS berada dalam Barisan Nasional ahli-ahli UMNO Johor membuat komplen kepada Tun Razak dalam majlis makan malam dikediaman Tun sempena mesyuarat agong UMNO bahawa Dato Asri giat mempromosikan PAS di kalangan peserta FELDA. Saya berada di sisi Tun pada ketika itu.

5. Secara kebetulan hampir semua peserta FELDA terdiri daripada penyokong kuat UMNO. Selepas Dato Asri bertanggungjawab keatas FELDA, hampir semua peserta FELDA menjadi penyokong kuat PAS dan menolak UMNO.

6. Ahli-ahli UMNO di seluruh negara berpendapat bahawa penyertaan PAS dalam Barisan Nasional tidak menolong Barisan Nasional. Ia hanya untuk memberi peluang kepada PAS mengembangkan pengaruh di kalangan ahli UMNO dan orang Melayu.

7. Di waktu itu timbul sengketa antara Dato Asri sebagai ketua PAS dengan Dato Mohd Nasir yang sebagai Menteri Besar untuk ganti Dato Asri. Dato Mohd Nasir mendakwa dia telah kesan banyak penyelewengan yang dilakukan oleh Dato Asri semasa dia menjadi Menteri Besar Kelantan.

8. Dato Asri cuba menyingkir Dato Mohd Nasir melalui undi tidak percaya. Walaupun kalah Dato Mohd Nasir enggan meletak jawatan.

9. Ramai ahli PAS memihak kepada Dato Mohd Nasir. Mereka mengadakan tunjuk perasaan secara besar-besaran menentang Dato Asri.

10. Kerana PAS berpecah Kerajaan Barisan Nasional Kelantan tidak dapat berfungsi. Darurat terpaksa diisytihar dan seorang pegawai kanan dilantik untuk memangku jawatan Ketua Pentadbir Kelantan.

11. Pada Mac 1978, pilihanraya peringkat negeri diadakan di Kelantan. Dato Mohd Nasir menubuh parti Berjasa yang bertanding melawan PAS. Sokongan kepada Berjasa begitu kuat sehingga ia memenangi 11 kerusi. PAS memenangi hanya 2 kerusi.

12. Perpecahan dalam PAS bukan kerana UMNO tetapi kerana Dato Mohd Nasir mencabar kepimpinan Dato Asri. Kekalahan PAS menyebabkan PAS keluar dari Barisan Nasional. Tidak ada penipuan oleh UMNO.

13. Walau apapun yang terjadi dahulu, jika seruan dibuat supaya berdamai orang Islam disuruh oleh agama Islam supaya menyambut seruan kedamaian dari musuh. Orang Islam disuruh bersatupadu, menganggap semua orang Islam sebagai saudara. Penolakan perpaduan sesama orang Islam tidak menepati ajaran Islam. Janganlah orang Islam menolak usaha menyatupadu untuk memperkuatkan orang Islam dengan membuat tuduhan yang tidak berasas.

Tun Dr. Mahathir Mohamad

Mantan Perdana Menteri Malaysia


http://www.pisau.net/apa-niat-nik-aziz-berbohongtun-m-dedah-nik-aziz-berbohong-kononnya-pas-di-khianati-umno/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2014 07:37 PM | Show all posts
peristiwa memali tun bohong dia berada di luar negara
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2014 08:56 PM | Show all posts
tun bohong kata anwar tumbuk mata sendiri, Suruhanjaya Diraja ditubuh untuk menyiasat ditubuh untuk menyiasat insiden ini dan terbukti tun berbohong, berbohong disiang hari
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2014 12:27 PM | Show all posts
pas langsung tak pernah berbohong.... sekali pun tak pernah...... Last edited by puanlina on 27-8-2014 03:48 PM

Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2014 02:08 PM | Show all posts
banyak perkara yang Tun M tahu
tapi lobai2 dalam PAS sendiri
tak tahu tentang kenapa
mereka mesti membenci umno
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2014 03:45 PM | Show all posts
yang lobai2 tu ikut jer... ontuo (org tua) eh tak suko.. jadi anak pun kono ikut tak suko gak...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-8-2014 10:53 AM | Show all posts
puanlina posted on 27-8-2014 03:45 PM
yang lobai2 tu ikut jer... ontuo (org tua) eh tak suko.. jadi anak pun kono ikut tak suko gak... {:1 ...

indeed ...

hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 12:41 AM | Show all posts
besarnya dosa siapa yg mencetuskan perpecahan dan memuTuskan silaturrahim...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2014 03:54 PM | Show all posts
rawahah posted on 21-9-2014 12:41 AM
besarnya dosa siapa yg mencetuskan perpecahan dan memuTuskan silaturrahim...

besarlah dosa yg ditanggung atas bahu pemimpin Pas
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 04:05 PM | Show all posts
d'zeck posted on 27-8-2014 02:08 PM
banyak perkara yang Tun M tahu
tapi lobai2 dalam PAS sendiri
tak tahu tentang kenapa

nah gambo lobai pas yg taktau apa2
tapi menolak umngok.



nih plak senarai penipuan presiden pas


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:36 PM GMT+8 , Processed in 0.065410 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list