CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2915|Reply: 33

[Tempatan] Edisi Ko Mampu Gayah?:Pak Cik OKU Yang Power

[Copy link]
Post time 23-8-2014 09:11 PM | Show all posts |Read mode
Pasir Puteh: Berjalan kaki sejauh 50 kilometer (km) untuk menjual keropok goreng dan kerepek ubi bukan perkara asing bagi warga emas ini yang juga orang kurang upaya (OKU).

Kebiasaannya dia yang cacat penglihatan akan ditemani anak sulung yang juga OKU kerana buta mata sebelah kiri dan mereka berdua akan berpimpin tangan keluar dari rumah di Kampung Bukit Awang di Gong Kemuning, Gaal, dekat sini ke kawasan jualan.

Selalunya, mereka berdua akan menjaja sekitar Pasir Puteh, Bachok dan kawasan Hulu Terengganu seperti Jertih, Besut dan Setiu.

Berikutan kegigihan yang tak pernah mengenal lelah demi menyara keluarga sejak 40 tahun itu, Yusoff Mamat, 59, atau lebih mesra dikenali Pak Sof dalam kalangan penduduk kampung digelar ‘Si Buta Power’.

Menurutnya, sebagai ketua keluarga menjadi tanggungjawabnya untuk mencari nafkah buat isteri dan lima anak yang berusia antara 15 hingga 24 tahun, namun dia juga tidak mahu mengemis atau meraih simpati orang demi sesuap nasi.


“Sebab itulah saya memilih untuk menjual makanan ringan ini meskipun terpaksa berjalan jauh. Alhamdulillah sudah 40 tahun saya mengusahakannya dan masih diberi kesihatan baik.

“Hasil duit berniaga ini juga saya dapat menghantar seorang anak melanjutkan pengajian di sebuah universiti awam di Selangor,” katanya ketika ditemui di rumahnya, baru-baru ini.

Menceritakan rutinnya, Yusoff berkata, setiap hari dia akan keluar dari rumah seawal 7 pagi bersama anaknya Mohd Yuzairi, 24, dan mereka akan mencari kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai terutama pasar, hentian bas dan kereta sewa.

“Saya suka jual di kawasan begitu kerana cepat laris dan sepanjang mengusahakan perniagaan kecil-kecilan ini, saya tidak pernah mengenakan harga yang tinggi kerana enggan dikata orang cekik darah.

“Alhamdulillah rezeki diturunkan Allah sentiasa ada,” katanya yang akan dibantu isteri Halimah Musa, 57, selain tiga anak yang lain Nur Syahirah, 18; Nor Aini, 17, dan Mohd Syahir, 15.

Bapa cekal itu turut mengakui keluarga hidup dalam keadaan bersederhana apatah lagi Halimah turut mempunyai masalah mata kerana kedua-dua retina mata yang rosak.

Bagaimanapun katanya, beruntung kerana orang kampung banyak membantu keluarga mereka malah bekalan keropok dan kerepek diperoleh daripada pengusaha setempat dengan harga paling berpatutan.

Yusoff turut memberitahu berdepan pelbagai ragam manusia sepanjang berjalan kaki dan menjaja dan paling diingati apabila ada insan berhati mulia yang sanggup menumpangkan mereka.

“Namun saya anggap semua ini cabaran dalam kehidupan kami sekeluarga. Syukur Allah adil kerana tiada musibah menimpa saya dan Mohd Yuzairi sepanjang tempoh ini kecuali demam atau sakit urat.

“Selipar yang saya selalu gunakan ini memang setiap bulan terpaksa diganti kerana tapaknya haus berikutan banyak berjalan,” katanya.


Read here: http://www.hmetro.com.my/myMetro ... /Article/index_html


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2014 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya hidup pakcik ni...semoga dimurahkan rezeki.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2014 09:18 PM | Show all posts
Wonderful story. Make me want to cry. Not so much because of Pak cik and family, which is beautiful story in itself, but because of the Grace Of Allah.

Pray Allah for giving us strength to face the obstacles and thank Allah for all the nikmat.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2014 09:19 PM | Show all posts
Semoga melimpah ruah rezki pacik sof lepas ni. Amin  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2014 09:19 PM | Show all posts


[size=0.9em]MOHD Yuzairi (kiri) menunjukkan jualan kerepek ayahnya, Yusoff.



Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2014 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Gigih mencari rezeki yg halal...semoga di permudahkan pakcik.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-8-2014 09:28 PM | Show all posts
GhostWalking posted on 23-8-2014 09:19 PM
MOHD Yuzairi (kiri) menunjukkan jualan kerepek ayahnya, Yusoff.

Thanks for posting a beautiful photo. I always love to see a simple life. Free from expectation and wanting to be beautiful all the times to the point of becoming pretentious. And worse, feel free from social climbing.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2014 09:28 PM | Show all posts
kagum sgt dgn pakcik ni. moga sentiasa dimurahkan rezeki.

semoga jadi contoh yg baik org kita semua. rezeki halal ada dimana2, asal sggup bekerja keras.

jauh lg baik dr kaki mencurik, merompak bagai kt luar tuh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2014 10:01 PM | Show all posts
Doa moga pakcik murah rezeki. Amin. Respect sangat!!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2014 10:09 PM | Show all posts
sixret posted on 23-8-2014 09:28 PM
Thanks for posting a beautiful photo. I always love to see a simple life. Free from expectation an ...

it is more than meet the eyes.. for the so called simple life

running away is not the solution but part of the problem
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2014 10:11 PM | Show all posts
ellekarma posted on 23-8-2014 09:28 PM
kagum sgt dgn pakcik ni. moga sentiasa dimurahkan rezeki.

semoga jadi contoh yg baik org kita sem ...

maksud ko meragut?
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2014 10:15 PM | Show all posts
Didoakan anaknya yang sedang belajar di U tu boleh grad cepat dan mendapat pekerjaan. Bolehlah pakcik ni pencen @berehat.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2014 10:48 PM | Show all posts
a slap to my face....i always walk away/say no to those uncles yang meniaga macam ni..
hmmm i x pernah terfikir pun kisah diorang yang sebenar..i selalu fikir ini ialah sindiket...kena muhasabah ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2014 11:16 PM | Show all posts
sixret posted on 23-8-2014 01:28 PM
Thanks for posting a beautiful photo. I always love to see a simple life. Free from expectation an ...

Youre welcome dear
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2014 11:34 PM | Show all posts
Allah Maha Adil
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2014 02:46 AM | Show all posts
bagus, orang camnilah patut dibantu  bandingkan
orang gemuk dibantu bagi apartment tingkat bawah,
pembunuh anak dikasi rumah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2014 07:08 AM | Show all posts
orung macang ...wajib kita bantu ...kalu bolih boli separu keropk dia...rengan kan barang..dan tak juah dia berjalan..

“Hasil duit berniaga ini juga saya dapat menghantar seorang anak melanjutkan pengajian di sebuah universiti awam di Selangor,” katanya ketika ditemui di rumahnya, baru-baru ini.
InsaqAllah...
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2014 07:16 AM From the mobile phone | Show all posts
nampak sgt yg gelandangan tu konon xder keje laa apa laa pemalas nak mampus..kalau pakcik ni yg serba kekurangan x sesempurna org lain still boleh cr duit yg halal untuk menampung keluarga ni yg cukup sifat tu boleh duk melepek merata2 tadah tgn nganga mulut tunggu bantuan org je tau..
semoga anak pakcik yg tgh belajar tu berjaya dan balas balil jasa kedua org tua dan abg dia tu..jgn lupa diri plak mcm dalam drama melayu..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2014 07:43 AM | Show all posts
kalau pakcik2 makcik2 yang jual kerepek ni, whether OKU or not, saya tak pernah buruk sangka ke apa
iya lah, dia jual barang bukan mintak duit

pernah sekali saya nak balik kampung naik bas pastu teringat takde buah tangan nk bawa balik
nasib baik ada seorang makcik yang jual kerepek ini, dapat la saya beli sikit

yang saya rasa nak pelempang ialah yang sempurna anggota pastu berlenggang kangkung saja minta duit

semoga rahmat tercucur...
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2014 08:50 AM | Show all posts
beta_carotene posted on 24-8-2014 07:43 AM
kalau pakcik2 makcik2 yang jual kerepek ni, whether OKU or not, saya tak pernah buruk sangka ke apa
...

couldn't agree more....sbb tu i agak skeptikal dgn golongan gelandangan tu...semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan kehidupan keluarga pakcik ni...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:08 PM GMT+8 , Processed in 0.076768 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list