CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3079|Reply: 3

MASALAH KENTUT BERBAU???

[Copy link]
Post time 25-8-2014 05:26 AM | Show all posts |Read mode
Adusss lain benor tajuk entrinya Meskipun kentut merupakan reaksi semulajadi tubuh, tapi kentut yang terlalu kerap dan berbau tentunya membuat pengamalnya akan berasa malu. Agar kentut boleh normal dan tak berbau busuk ada beberapa cara yang boleh dilakukan. Apa pun jua... Menurut American College of Gastroenterology, rata-rata kentut 10 hingga 20 kali sehari masih dianggap normal yang tak kentut pastinya tidak normal   & Dalam frekuensi normal, kentut merupakan perkara yang sihat kerana menandakan sistem pencernaan khususnya gerakan peristaltik usus hingga anus berjalan dengan normal.

Selain membuat ketidakselesaan sosial, kentut yang berbau busuk boleh menyebabkan sakit dan rasa tidak selesa di perut. Perubahan pola makan dan gaya hidup dapat membantumengurangkan jumlah gas dalam tubuh. Dilaporkan Livestrong, Berikut adalah beberapa cara mengatasi agar kentut tak berbau busuk:


1. Minum Teh Herba
Minum teh herba selepas makan dapat mencegah terbentuknya gas di usus. Breastcancer.org mengesyorkan teh chamomile atau peppermint, yang dapat membantu tubuh anda mencernamakanan dengan betul sehingga mencegah kentut berbau. Teh hijau juga boleh membantu.

2. Hadkan makanan yang mencetuskan gas di perut
Terlalu banyak makan makanan yang tinggi serat seperti kacang-kacangan dan ubi-ubi boleh mencetuskan gas di perut. Hadkan sayur-sayuran seperti brokoli, kubis, kecambahdan kembang kol bila anda sedang mengalami perut kembung. Alkohol dan minuman bersoda juga boleh membuat anda lebih sering kentut dan berbau. Tidak kurang jika anda pengamal ulam-ulaman seperti petai, jering dan sebagainya perkara pasti bila memakan makan tersebut kadar kentut berbau agak tinggi juga

3. Perhatikan pengambilan produk susu
Perhatikan apakah gas dalam perut anda meningkat ketika mengambil produk susu seperti susu, keju dan yogurt, kerana boleh jadi anda tidak toleran terhadap laktosa, yang boleh membuat anda lebih sering kentut dengan bau yang busuk.

4. Tetap aktiviti sukan
Menurut MayoClinic.com teratur melakuan aktiviti sukan boleh membantu meringankan chronic intestinal gas (kentut yang berlebihan) yang menyebabkan kentut berbau busuk. Pilih latihan yang ringan seperti berjalan kaki dan senaman ringkas, yang dapat membantu sistem pencernaan yang sihat sehingga tidak menghasilkan gas yang berlebihan.

5. Tukar kebiasaan makan
Tukar kebiasaan makan anda untuk membantu tubuh mencerna makanan dengan betul dan mengurangkan udara yang masuk ke perut semasa makan. Kunyahlah makanan dengan perlahan,mulut tertutup, tidak dengan gigitan besar dan tidak bicara semasa mengambil makanan. Jangan gunakan sedutan semasa minum dan elakkan gula-gula getah untuk mencegah lebih banyak udara masuk ke perut.

p/s: Paling penting sebelum mengambil makanan bacalah Bismillah dahulu. Kalau tak lepas juga cara diatas... kalau berasa nak kentut juga... dengan bau busuknya... baiklah anda beredar sikit tidak menyusahkan org yer tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2014 07:48 PM | Show all posts
informasi yg berguna.....mungkin...
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2014 11:00 PM | Show all posts
aku rase bnyk bergantung pada permakanan..

so bnyk2 kn minum air pas makan..
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 12:36 AM | Show all posts
tak pernah lagi orang kentut wangi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:17 AM GMT+8 , Processed in 0.055972 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list