CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1642|Reply: 13

[Tempatan] Md Bakri jumpa Rafflesiaceae

[Copy link]
Post time 25-8-2014 01:53 PM | Show all posts |Read mode


BATU KURAU - Penemuan bunga Rafflesia atau bunga pakma di hutan taman negara Royal Belum, oleh seorang pekebun menggemparkan penduduk setempat, sekali gus bakal menjadikan kawasan Batu Kurau sebagai salah satu lokasi yang menarik di sini. ......APA KENA TAMAN ROYAL BELUM DENGAN BATU KURAU?

Melalui penemuan bunga itu penduduk kini boleh melihat dengan dekat tumbuhan tersebut di bukit kira-kira lapan kilometer dari kebun seorang penduduk di sini.


Jumpa semasa tebas semak

Pekebun tersebut Md Bakri Bahri, 43, berkata, dia tidak sangka menemui spesies bunga terbesar di dunia semasa menebas semak di kawasan kebun miliknya kira-kira jam 9.30 pagi, minggu lalu.

"Saya terkejut kerana bukan mudah untuk melihat tumbuhan itu dengan lima kelopak besar yang sedang mekar berhampiran bongkah batu,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Menurutnya, selepas melihat tumbuhan itu, dia terus memaklumkan kepada rakan-rakannya.

Dalam masa sama saya juga memaklumkan penemuan spesies itu kepada Presiden Persatuan Peminat Rafflesia Batu Kurau, Zolkurnain Abdullah dan Adun Batu Kurau, Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria,” katanya.


Sepakat beri nama Rafflesia Batu Kurau

Sementara itu, Muhammad Amin berkata, hasil penemuan pertama itu, mereka sepakat untuk menamakan bunga tersebut Rafflesia Batu Kurau.
Penemuan bersejarah itu bakal menjadi satu lagi daya tarikan di daerah Batu Kurau dan pihaknya kini masih dalam proses perbincangan dengan pemilik tanah untuk menjadikan kawasan itu sebagai salah satu produk pelancongan.

“Bertepatan dengan rancangan kami yang akan melaksanakan  acara dunia di Batu Kurau pada  27 hingga 29 September ini, iaitu Batu Kurau International Mountain Bike Challenge2014 dan penemuan bunga Rafflesia Batu Kurau ini akan memberi impak yang besar serta menarik lebih ramai pelancong dalam dan luar negara datang ke sini,” katanya.


Laluan ke lokasi penemuan bunga akan dibaik pulih

Dalam perkembangan sama, Muhammad Amin berkata, laluan ke lokasi penemuan bunga terbabit juga akan dibaik pulih untuk memudahkan orang ramai mengunjungi dan melihat sendiri tumbuhan itu.

Saya juga akan pastikan Rafflesia Batu Kurau ini akan dijadikan produk pelancongan di Batu Kurau khususnya dan di negeri ini amnya,” katanya.

Muhammad Amin yang juga merangkap Exco Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau berkata, pihaknya sudah mendapatkan bantuan daripada pihak Jabatan Perhutanan untuk memastikan Rafflesia Batu Kurau ini hidup subur.

"Dalam masa sama kakitangan dari Jabatan Perhutanan Negeri Perak turut melawat kawasan populasi Rafflesia di Batu Kurau dan mereka membuat pagar serta meletakkan tanda sementara untuk melindungi populasi terbabit supaya tidak terancam.

“Ini kerana ada kudup Rafflesia yang dijangka akan berkembang lebih kurang dua hingga tiga minggu. Bunga Rafflesia akan berkembang mekar hanya dalam masa enam hingga tujuh hari sahaja, kemudian akan layu, hitam dan mula mereput,” katanya.

Dalam masa sama Muhammad Amin berkata, putik Rafflesia tumbuh pada akarnya sebelum ia kembang.

“Orang ramai yang ingin melihat spesies bunga Rafflesia ini dinasihatkan supaya tidak memijak akar dan menyentuh kelopaknya kerana ia akan merosakkan tumbuhan itu,” katanya


Batu Kurau ada Taman Royal Belum?

Last edited by the_killer on 25-8-2014 03:25 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2014 01:56 PM | Show all posts
Tahniah Md Bakri
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2014 02:02 PM | Show all posts
motip kak mod terpandang datok k  disebelah kiri sekali?
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2014 02:10 PM | Show all posts
mmg ada raflesia kat royal belum... kepelikan di situ.. akan perkara itu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2014 02:12 PM | Show all posts
lonso posted on 25-8-2014 02:10 PM
mmg ada raflesia kat royal belum... kepelikan di situ.. akan perkara itu

batu kurau ada taman royal belum ke?
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2014 02:19 PM | Show all posts
Apa hal durang ni?? Mmg pun ada Rafflesia kat Royal Belum selama ni. Depa tak tau ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-8-2014 02:19 PM | Show all posts
the_killer posted on 25-8-2014 02:12 PM
batu kurau ada taman royal belum ke?

setahu i batu kurau dengan royal belum punyelah jauh kan...

pastu boleh pulak tiba-tiba ade persatuan peminat rafflesia batu kurau, padahal baru jumpe tu, hehe...
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2014 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Peterpan17 posted on 25-8-2014 02:19 PM
Apa hal durang ni?? Mmg pun ada Rafflesia kat Royal Belum selama ni. Depa tak tau ke?

Tu ler pasal..bkn dah lama ke da...hmmm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2014 02:59 PM | Show all posts
bunga je pun
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2014 03:02 PM | Show all posts
apa kena mengena batu kurau dengan taman royal belum?
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2014 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Bunga rafflesia ni busuk.

Tak sangka kan jumpa kat perak.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2014 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Nama lainnya bunga pakma,dikeringkan dan boleh digunakan utk kesihatan organ peranakan wanita.Dah kering hilang bau mcm daging mereput.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2014 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
saladin780 posted on 25-8-2014 02:25 PM
Tu ler pasal..bkn dah lama ke da...hmmm

Tak baca buku kot tu yg tak tau kat Belum mmg ada Rafflesia
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2014 03:22 PM | Show all posts
sebenarnya depa BELUM tahu bahawa depa ingat kat royal belum BELUM ada refflesia...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 09:06 PM GMT+8 , Processed in 0.578789 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list