CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4497|Reply: 34

[Jenayah] Edisi Gejolak Asmara : Pasangan baharu bertunang mengaku cuba berzina

  [Copy link]
Post time 28-8-2014 04:47 PM | Show all posts |Read mode
KUALA TERENGGANU - Seorang duda dan pasangannya masing-masing dijatuhi hukuman denda RM2,900 dan RM2,800 selepas mengaku salah cuba melakukan persetubuhan luar nikah semasa dihadapkan di Mahkamah Rendah Syariah, di sini.

        Pasangan kekasih tersebut, Ahmad Ramdhan Mohamad @ Mustaffa, 28, dari Batu Buruk dan Yusalammiah Farhana Yusof, 20, dari Beladau Selat, di sini, turut berdepan lima bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda.

        Kesemua hukuman itu diputuskan selepas pasangan yang baharu bertunang enam hari itu mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001, iaitu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah.

        Berdasarkan kertas pertuduhan, hasil maklumat awam, sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu telah melakukan serbuan ke atas sebuah bilik di sebuah rumah rehat di Tok Jembal, di sini, kira-kira jam 2.15 pagi, 16 Mei lalu.

        Semasa tiba di lokasi, keadaan bilik didapati gelap dan anggota penguat kuasa mengetuk pintu bilik serta memberi salam.

        Bagaimanapun, selepas tiga minit berlalu, pintu bilik berkenaan masih belum dibuka lalu anggota penguat kuasa bertindak masuk melalui tingkap sebelum membuka pintu utama.

        Pemeriksaan seterusnya mendapati seorang lelaki sedang berdiri di depan pintu bilik air yang berkunci dari dalam, sebelum keluar seorang wanita yang memakai baju dan tuala, manakala seluarnya tersangkut di penyidai bilik air berkenaan.

        Hasil soal siasat mendapati mereka tiada hubungan suami isteri atau mahram.

        Pendakwaan dikendalikan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Nik Mohd Shahril Irwan Mat Yusof di hadapan Hakim Syarie, Kamalruazmi Ismail, manakala pasangan tersebut tidak diwakili peguam.

Read here:http://www.sinarharian.com.my/ed ... ba-berzina-1.311731  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2014 08:04 PM | Show all posts
umur 28 dah jadi duda..

yang pompuan umo 20 dah jadi janda tanpa taraf
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Teganu lagi
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Nikahkan saja lah
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
X payah lama2
Elok laa
Kawin free

Bestnya
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 08:15 PM | Show all posts
Jam 2.15 am, bilik dah gelap, diketuk lama tak bukak pintu. rasanya mukadimah berzina atau dah selamat berzina??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-8-2014 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang nak kongkek pun susah
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Panjat tingkap buat ape? Ketuk x bukak blah je la.. dissapointing..

Aku jelas xsokong zina tapi aku pun xsokong perbuatan mencari aib orang.. ape la nak jadik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2014 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
patut takyahlah bertunang. terus je nikah
wat pe susah2 kn diri..
mende mudah disusahknnya..
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 09:10 PM | Show all posts
sebelum bukak thread dah agak kes maksiat mesti dekat terengganu !
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 09:12 PM | Show all posts
bosan la....tiap2 hari thread mcm ni...

sama jg tiap2 hari pkr sana sini, cukup la an oi..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2014 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Apasal paper selalu keluar citer negeri sama everytime eh?
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Diorang tak mintak pulak agar di penjarakan satu sel ..
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 10:09 PM | Show all posts
Bagaimanapun, selepas tiga minit berlalu, pintu bilik berkenaan masih belum dibuka lalu anggota penguat kuasa bertindak masuk melalui tingkap sebelum membuka pintu utama.

cer cari asnaf zakat cm ni....gigih nk masok kot tingkap
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
TuntungReturn posted on 28-8-2014 10:09 PM
Bagaimanapun, selepas tiga minit berlalu, pintu bilik berkenaan masih belum dibuka lalu anggota peng ...

Lain department lain sop dia..

Takkan tu pun lu tak tau..

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 10:31 PM | Show all posts
tak pasal2, tak boleh tahan la tu..
majlis nye lambat lagi kot..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2014 10:34 PM | Show all posts
terengganu darul persetubuhan
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Sejak ganung diperintah alim ulama, alhamdulillah makin kurang kes2 camni...ni berita zaman bile punye ni keke
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 10:48 PM | Show all posts
Ayo punyala byk negeri dlm mesia ni, kat ganu jugak depa nk buat onar  
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 11:01 PM | Show all posts
Tok_Batin posted on 28-8-2014 08:15 PM
Jam 2.15 am, bilik dah gelap, diketuk lama tak bukak pintu. rasanya mukadimah berzina atau dah selam ...

i rasa dah selamat dah...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:38 AM GMT+8 , Processed in 0.088076 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list