CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2460|Reply: 22

[Jenayah] Edisi Lelaki Mirip Will Smith Di Tuduh Merogol Kekasih Bawah Umur

[Copy link]
Post time 28-8-2014 05:00 PM | Show all posts |Read mode
  • Tertuduh (tengah) dikawal polis dibawa keluar dari mahkamah selepas hukuman diputuskan, semalam.


        KOTA BHARU - Seorang remaja berusia 19 tahun dihukum penjara lima tahun selepas mengaku salah atas tuduhan merogol kekasihnya yang baru berusia 14 tahun, di mahkamah sesyen, di sini, semalam.

        Hukuman diputuskan terhadap tertuduh, Iza Shah Rahman Mat Aziz dari Kampung Muka Bukit, Machang.

        Tertuduh mengaku salah didakwa merogol seorang remaja perempuan yang ketika itu berusia 14 tahun sebulan di sebuah rumah tanpa nombor di kampung berkenaan pada jam 12.30 tengah malam, 10 Oktober 2012.

        Tertuduh ketika itu berusia 17 tahun dan kejadian rogol tersebut berlaku di rumahnya. Hukuman terhadapnya diputuskan Hakim, Mohd Yusoff Yunus.

        Terdahulu, peguam Ahmad Fakhzan Mat Noor merayu mahkamah supaya memberi peluang kepada tertuduh untuk berubah dan memohon hukuman penjara yang akan diputuskan itu tidak melebihi tiga bulan.

“Tertuduh sudah insaf dengan kesalahannya. Kesalahan dilakukan ketika mereka sebagai pasangan kekasih dan mangsa juga tidak menolak ketika diajak oleh tertuduh.

“Selepas daripada kejadian itu, tertuduh sudah berubah dan menurut ibunya tertuduh juga sudah mendirikan solat lima waktu, kurang bergaul dan banyak menghabiskan masa di rumah. Dia juga mengakui serik melakukan kesalahan,” katanya.

        Timbalan Pendakwa Raya negeri, Asmah Azahari, bagaimanapun membantah rayuan itu dengan hujahan bahawa jenayah rogol adalah satu kesalahan yang amat serius, lebih-lebih lagi mangsanya masih di bawah umur.

“Saya memohon hukuman berat untuk memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang lain supaya tidak mengambil kesempatan dan berselindung di sebalik status pasangan kekasih.

“Jika benar tertuduh menjaga kebajikannya, sewajarnya dia melindungi dan menghantar mangsa pulang dengan selamat. Sebaliknya yang berlaku pada hari kejadian, ketiadaan mangsa disedari ibunya yang kemudian mencari dan hanya berjumpa dengannya di rumah tertuduh pada jam 4 petang,” katanya.

        Berdasarkan laporan akhlak yang dikemukakan, tertuduh dikenali sebagai pelajar bermasalah dan sering ponteng sekolah. Tertuduh mula bekerja sebagai buruh binaan sejak berhenti dari persekolahan pada usia 16 tahun.

        Mahkamah mengarahkan hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh hukuman itu di putuskan, semalam.

Read here:http://www.sinarharian.com.my/ed ... ra-5-tahun-1.311721



[url=]
[/url]

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2014 05:15 PM | Show all posts
Kesian...sama-sama suka tapi sebab budak pompuan bawah umur yang lelaki tanggung azab...
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Kembalikan @tongkatwaran75 ! :Q
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Hazabnya tajuk TT..giler iseng..
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak suruh kawenkan j pun x berani
Muda laie
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Will Smith?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-8-2014 10:11 PM | Show all posts
muka tak nampak..
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 10:17 PM | Show all posts
budak bermasalah..bad boy,memaNG pompuan remaja minat..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2014 12:23 AM | Show all posts
tang mana will smith nya uolsss... telinga nya kah?
ntah2 banding ngan anak jantan dia yg semedang muka susah hati tuh pon tak lepas
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 04:02 AM | Show all posts
19 tahun dan 15 tahun..
kalau nak ikut undang undang kafir romeo dan juliet pun tak lepas..
still welcome to penjara...

kurang satu lelaki di pubic...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 04:25 AM | Show all posts
faraway1 posted on 29-8-2014 04:02 AM
19 tahun dan 15 tahun..
kalau nak ikut undang undang kafir romeo dan juliet pun tak lepas..
still  ...


Berapa ramai jantan ada register di PUBIC kau?

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 04:28 AM | Show all posts
mak_wa95 posted on 28-8-2014 10:17 PM
budak bermasalah..bad boy,memaNG pompuan remaja minat..

Raya rumah kau tiap tahun memang selalu ramai ler  bad boy bermasalah, anak remaja pompuan kau bawak balik  makan kuih raya?

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 04:35 AM | Show all posts
“Jika benar tertuduh menjaga kebajikannya, sewajarnya dia melindungi dan menghantar mangsa pulang dengan selamat. Sebaliknya yang berlaku pada hari kejadian, ketiadaan mangsa disedari ibunya yang kemudian mencari dan hanya berjumpa dengannya di rumah tertuduh pada jam 4 petang,” katanya.

nak hantar pulang camne ..
dah budak perempuan tu ada kat rumah lelaki tu




Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 12:10 PM | Show all posts
ptut yg pmpuan pun kna dpt hukuman jgk...wlupun bwh umur... nnt g cri bf lain...tuduh rogol lg...last2 berlambak jantan msuk pnjara sbb pmpuan yg sama... lmbt lg nk tggu dia ckup umur tu... liar sgguh ko dik...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 12:18 PM | Show all posts
mana will smithnya??..mcm nabil adalah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2014 12:26 PM | Show all posts
Simunggu posted on 29-8-2014 04:18 AM
mana will smithnya??..mcm nabil adalah...

Rambut tu sama sikit macam WS
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2014 12:32 PM | Show all posts
kes yg serupa terjadi pada anak neighbour aku...
suka sama suka, tapi keluarga pompuan tak suka, so pegi dakwa ke mahkamah
lelaki umur 20an, budak pompuan tu umur 17
ntah camana bincang punya bincang, keluarga perempuan setuju tarik balik dakwaan dan pastu dia orang  pun dikahwinkan...

jadi sebenarnya, mak bapak ajelah yg kena kawal perangai anak2...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 02:39 PM | Show all posts
GhostWalking posted on 29-8-2014 12:26 PM
Rambut tu sama sikit macam WS

rambut style 4 pointer?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2014 02:42 PM | Show all posts
Simunggu posted on 29-8-2014 06:39 AM
rambut style 4 pointer?

Ada sikit la
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 02:49 PM | Show all posts
lelaki tu bodoh jugak.
tak kan tak tau kalau main dengan gadis bawah umur memang kesalahan ?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:43 PM GMT+8 , Processed in 0.079803 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list