CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1747|Reply: 2

PKR, DAP bimbang Azizah bukan pilihan istana

[Copy link]
Post time 29-8-2014 12:48 AM | Show all posts |Read mode

[url=]<[/url] 1 / 1 [url=]>[/url]


SHAH ALAM – Keputusan PKR dan DAP yang hanya meletakkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor yang baharu menunjukkan kebimbangan parti itu terhadap kemungkinan Azizah tidak diterima sekiranya wujud nama lain.

Pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir berpendapat keputusan itu juga merupakan mesej yang cukup jelas kepada Sultan Selangor.

"Mereka memang betul-betul mahukan Azizah kerana memang ada keraguan jika ada nama lain kemungkinan Azizah tidak dipilih oleh baginda.

"Jadi, ini ketakutan yang bermain dalam kepala mereka. Kalau tidak, ini seharusnya tidak menjadi masalah.

"Kemungkinan bahawa calon lain dipilih itu juga adalah besar. Sebab apa, kalau baginda betul-betul memang bersetuju dengan Azizah, sudah tentu alternatif lain ini tidak akan berbangkit," katanya kepada Sinar Harian Online.

Mengulas lanjut soal tindakan PKR dan DAP yang tetap bertegas dengan keputusan tersebut meskipun telah dititahkan Sultan Selangor agar mengemukakan lebih daripada dua nama calon, Dr Jeniri berpendapat perkara itu selari dengan prinsip dan amalan demokrasi di Malaysia.

"Ini boleh dilihat sebagai satu mesej yang jelas kepada istana bahawa mereka tidak mahu calon lain. Mereka hanya mahu Azizah.

"Ini boleh dibaca sebagai satu tindakan yang betul-betul berdasarkan prinsip dan amalan demokrasi yang memperlihatkan ketegasan mereka yang mahukan Azizah.

"Kerana dari segi demokrasi, sesiapa yang mendapat sokongan majoriti dan majoriti itu bersetuju untuk mengemukakan nama berkenaan, jadi, nama itu perlu dipertimbangkan dengan serius oleh Sultan," katanya.

Namun, beliau menyifatkan PR tidak mempunyai pilihan selain akur dengan titah Sultan Selangor supaya dilihat beradab dan tidak ingkar.

"Dari segi budaya politik Malaysia, kelihatannya PR tidak mempunyai pilihan supaya dilihat sebagai beradab dan tidak ingkar dengan perintah baginda.

"Saya percaya mungkin mereka akur dengan perintah itu supaya dikemukakan lebih daripada dua nama. Tapi tidak salah sebenarnya dari segi perlembagaan untuk mengemukakan satu nama," katanya.

Menyentuh soal kewajaran Pas mengemukakan calon sendiri, Dr Jeniri berpendapat tidak timbul soal berkenaan kerana ia sudah disepakati sejak awal bahawa jawatan itu diberi kepada PKR.

"PR telah bersetuju jawatan menteri besar itu perlu diserahkan kepada PKR, jadi, itulah hakikatnya yang perlu diakui dengan prinsip amalan demokrasi.

"Tak ada masalah untuk Pas namakan calon dia kalau itu sesuai dengan kehendak istana iaitu semua parti kemukakan calon.

"Tapi pada masa yang sama, mereka sedar bahawa kerusi itu adalah kerusi yang sudah disepakati untuk diberi kepada PKR. Bagi saya, dari satu segi, tidak timbul lagi calon atau keperluan untuk kemukakan calon dari parti lain iaitu DAP dan Pas," katanya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2014 12:03 AM | Show all posts
Tadi sempat berborak dgn org besar PAS. Dia ckp, tak faham2 ka kalau dah Sultan minta 2 atau lebih lagi nama tu maknanya, tak setuju dgn Wan Azizah ni la... Yg lawak nya, dia kaitkan mcm cerita Puteri Gunung Ledang yang minta benda pelik2 almost impossible like hati kuman la.. hati nyamuk la... Semua tu kiasan nak bagitau tak mau la... Tapi yg sultan bengong tu tunaikan juga sebab nak buktikan dia serious.. Last2 apa pun tak dapat..

I hope, Sultan buat la apa yg rakyat selangor nak.. Jangan la biar org sakit jiwa tu melingkupkan selangor.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 08:15 AM | Show all posts
Sultan tak mahu kak wan rasanya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:29 AM GMT+8 , Processed in 0.173761 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list