CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: piao

All About Neelofa Vol 1

[Copy link]
Post time 12-12-2014 02:59 PM | Show all posts
angsaemas posted on 7-12-2014 11:37 PM

Igtka lofa pakai skirt..tp seluar ek..
Cantik sgt2 seluar dia..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2014 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
She-eh posted on 12-12-2014 02:51 PM
Filem Dollah Superstar dia repost juga tapi yg telah di edit jadikan dia berhijab. Kelakar juga bi ...


Aah.. Memang kelakar.. Sgt contrast gler okayy... Aku yg tgok cite tu pun xsangka tu lofa.. Lainn bebenor. Rase mcm org lainn yg berlakonn.. Sekali tgok sape la retis yg berlakon jd 'farah' tu...

Cubela lofa post gmbar tu klu berani mahunye kne hencapann 24/7..   Aah aku rase sebab pic PC yg dia repost tu xde la seksa sgt berbanding poster DS..

Last edited by adeqo on 12-12-2014 06:14 PM

Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2014 10:57 AM | Show all posts
erk.. pernah tak neelofa explain pasal nama naelofar?

sbb aku tertanya tanya lak kekdahnya dia letak naelofar gitew

Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2014 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Cookie.Monster posted on 14-12-2014 10:57 AM
erk.. pernah tak neelofa explain pasal nama naelofar?

sbb aku tertanya tanya lak kekdahnya dia le ...

Lofa ada pernah explain dlm Nota Neelofa (dlm Metro Ahad).

Neelofa tu maknanya  "Bunga Biru."
Ada beberapa ejaan utk Neelofa tu. Ada la dia nyatakan tapi dah tak ingat nak taip di sini.

Jadi, Naelofar tu salah satu ejaan yg maknanya "Bunga Biru"
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2014 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Cookie.Monster posted on 14-12-2014 10:57 AM
erk.. pernah tak neelofa explain pasal nama naelofar?

sbb aku tertanya tanya lak kekdahnya dia le ...

Sheol ada ckp masa prog magnet diri (ker klau x silap) dlm tv alhijrah..lofa ckp naelofar ni yg sbnrny ada maksud bunga biru dlm bhs iran..nama "neelofa sbnrny dah di melayukn" sdgkn dulu mamany ikut nma org middle east tp spelling dia x ikut..

So Naelofar ni the bunyiknya..."Ney lofer"
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2014 11:41 PM | Show all posts
Pembantu rumah: Boleh percaya ke?
Oleh Neelofa

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Apa rancangan hujung minggu anda hari ini? Macam Lofa, hari ini Lofa nak duduk seharian di pejabat dan menyelesaikan beberapa hal yang tertunggak.

Pasti peminat dan pembaca setia kolum ini berkata, kasihankan! Hujung minggu pun kena kerja? Tak kisahlah macam mana cara sekalipun anda menghabiskan cuti hujung minggu anda, yang penting, lakukan perkara berfaedah.

Jangan pula tidur sampai lewat petang, itu tidak produktif namanya. Rasanya dah lama Lofa tak bercerita dan berkongsi pendapat mengenai sesuatu perkara yang berlaku terhadap orang sekeliling Lofa kan? Asyik cerita pasal diri sendiri je, kan?

Baiklah, minggu ini Lofa nak cerita mengenai nasib yang menimpa teman rapat Lofa akibat terlalu mempercayai orang. Nak tahu kisahnya? Teruskan membaca Nota Neelofa sehingga ke penghujungnya.

Orang yang Lofa maksudkan adalah pembantu rumah teman baik Lofa. Tak dinafikan kehadiran pembantu rumah sedikit sebanyak meringankan bebanan kehidupan seseorang.

Sekarang ini kalau kita lihat, memang kebanyakan mereka yang berkerjaya lebih selesa memilih perkhidmatan pembantu rumah dalam membantu meringankan kerja mereka, terutama golongan ibu yang bekerja. Yalah, mana lagi dengan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu, pasti kadangkala tak menang tangan si ibu nak uruskan.

Syukur, dengan adanya pembantu rumah, sekurang-kurangnya mereka boleh tolong apa yang perlu. Sampaikan ada yang terlalu menyayangi pembantu rumah dan menganggap mereka sebahagian daripada ahli keluarga.

Baguslah kalau begitu, sekurang-kurangnya kita tahu pembantu rumah juga manusia biasa yang ingin rasa 'kekitaan' dan disayangi. Namun, lain pula jadinya bila majikan terlampau bergantung dan percaya pada pembantu rumah. Dan inilah yang terjadi pada teman Lofa.

Pembantu rumah yang selama ini disangka jujur, rupa-rupanya penuh tipu muslihat. Akibat terlalu mempercayai pembantu rumah, teman Lofa berkongsi segala cerita dan infomasi peribadi.

Lama juga si pembantu rumah itu bekerja dengan teman Lofa dan menganggapnya seperti kakak sendiri. Dijadikan cerita, satu hari apabila teman Lofa balik dari kerja, dia berasa seperti ada yang tidak kena dengan gelagat pembantu rumahnya.

Gerak hati teman Lofa pula mahu memeriksa bilik tidur pembantunya sambil mengingatkan satu dua perkara kepadanya. Teman Lofa cuba rapatkan almari yang dilihat seperti dipenuhi barang serta tidak ditutup kemas.

Percaya atau tidak, teman Lofa terkejut apabila mendapati seorang pengawal warga asing cuba bersembunyi di dalam almari bilik pembantunya. Rupa-rupanya, sudah lama mereka berhubungan dan pembantu rumahnya membawa lelaki tak dikenali masuk ke rumah. Pasti perkara seperti itu boleh mengundang pelbagai kemungkinan negatif.

Satu lagi pengalaman teman Lofa, apabila pembantu rumah ibunya mahu pulang ke Indonesia dan meminta membuat kek untuk dibawa pulang ke kampungnya. Dalam perjalanan ke lapangan terbang, pembantu terbabit baru tersedar yang dia tertinggal kek yang dibuat tadi dan meronta-ronta untuk patah balik dan mengambilnya.

Keluarga teman Lofa tidak mengikut kehendaknya sebab yang pasti dia tidak akan sempat memandangkan penerbangan sudah dijadualkan.

Keesokan harinya, hendak dijadikan cerita, apabila keluarga teman Lofa makan kek yang tertinggal dengan niat tidak mahu membazir, mereka terjumpa barang kemas yang dibakar sekali di dalam kek itu. Kreatif! Namun itulah hakikatnya bahawa mereka akan sedaya upaya mencari jalan untuk mengambil kesempatan.

Pembaca pernah terbaca tak cerita sebegini? Pasti pernah, kan? Bila terdengar luahan hati teman Lofa, pada mulanya Lofa marah kerana terlalu mempercayai pembantu rumah mereka. Yalah, sedangkan adik-beradik sedarah pun boleh menipu, inikan pula orang luar. Namun tak mengapa, nasi sudah menjadi bubur, kan? Nak menyesal pun tak guna. Yang penting, langkah pencegahan.

Di sini Lofa nak kongsi beberapa langkah yang perlu anda ikuti bagi memastikan perkara sebegini tidak berulang. Tip ini juga sebagai peringatan buat diri Lofa sendiri.

Pertama, jangan terlalu mempercayai orang luar. Tidak kisah berapa lama sekalipun si pembantu rumah berkhidmat dengan anda sebagai majikan, anda masih perlu letak satu garis pemisah yang membezakan diri anda sebagai majikan dan pembantu rumah itu selaku pekerja.

Tidak bermakna anda perlu garang sehingga harus mendera. Cukup sekadar si pembantu sedar anda masih majikannya dan masih ada garis panduan yang perlu diikuti.

Kedua, jangan sewenang-wenangnya bercerita atau beri info sulit seperti nombor akaun bank, kad bank dan salinan kad pengenalan kepada pembantu rumah. Mungkin ada daripada anda yang terlampau sibuk sehingga terpaksa memberi tanggungjawab membayar bil kepada pembantu rumah.

Jika pembantu rumah boleh diharapkan sekalipun, berilah dalam bentuk wang dan bukan kad bank. Seperkara lagi, jika pulang ke kampung halaman, bawa pembantu rumah bersama. Jangan biar dia bersendirian di rumah. Lain pula jadinya nanti.

Ketiga, sila pegang passpot pembantu rumah anda dan simpan ia di tempat yang tersembunyi. Bukan apa, tanpa pasport, pasti ia akan menyukarkan pembantu rumah untuk melarikan diri dalam apa situasi sekalipun. Jika berlaku sebarang insiden yang tidak diingini sekurang-kurangnya anda ada pasport si pembantu rumah untuk dijadikan bahan bantuan siasatan.

Keempat, awasi pergaulan dan aktiviti sosial pembantu rumah anda, terutama jika rumah anda ada kawasan pembinaan berhampiran. Selalunya, pembantu rumah akan bermain cinta dengan pekerja kontrak di kawasan pembinaan itu.

Sentiasa ingatkan pembantu rumah, tiada orang asing dibenarkan masuk ke rumah. Jika hendak bersosial sekalipun, lakukan di luar kawasan rumah tanpa mendedahkan selok-belok keadaan rumah.

Akhir sekali, jadilah majikan disenangi. Sentiasalah bertanya perkembangan si pembantu rumah. Tunjukkan rasa sayang anda padanya. Semuanya bermula dengan psikologi. Jika pembantu rumah rasa disayangi, insya-Allah, dia akan berfikir panjang andai mahu melakukan perkara buruk terhadap kita.

Itulah sebahagian daripada apa yang Lofa dapat ceritakan mengenai dilema apabila mempunyai pembantu rumah. Ibarat ditelan mati bapa, diluah mati emak. Insya-Allah, jika kena caranya, pembantu rumah boleh menjadi sahabat terbaik kita.

Ingatlah, tidak semua pembantu rumah jahat dan bermasalah. Namun sebagai langkah pencegahan, boleh jadikan tip Lofa sebagai panduan. Apa yang Lofa kongsikan di atas hanya sekadar pandangan Lofa. Pasti anda semua ada cara tersendiri, kan? Jika ada, apa kata kongsikan bersama Lofa di laman sosial Twitter. Insya-Allah, kita akan bertukar-tukar pandangan dan tip. Hingga bertemu lagi minggu depan, Assalamualaikum.

Artikel ini disiarkan pada :
Ahad, 14 Disember 2014 @ 5:17 AM

Credit:hmetro.com.my
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-12-2014 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
angsaemas posted on 14-12-2014 11:41 PM
Pembantu rumah: Boleh percaya ke?
Oleh Neelofa


Kreatif gler maid tu boleh kek dlm tu ade emas..
Ckp psl maid ni, meh aku nak tumpg kepoh jugak, dlu
Aku satu family pegi balik kg.. Tup tup balik rumah gate pintu terbukak.. Tp maid tu ade je kat rumah tu.. Akak aku tnye nape gate bukak dia kate lupa nak tutup  masa siram pokok then dia berlakon gosok baju... Esok nye aku tgok kt laci aku rm 10 xde( dlu 10 ringgit manyak tauu utk budak 13 tahun mcm aku )   rupenye duit adik badik n brg kemas mak aku pun hilang..  Mak aku tnye dia.. Dia ngaku, pastu mak aku soh pulgkan balik dia kate dah jual.. Hampeh n Sakit hati betul..tp mak aku xamik tindakan pon.. Just berhenti kan keje.. Then ganti maid lain.. Maid tu plak asik sakit je memanjangg.. Last2 ktrg adik badik yg kne buat sendiri basuh baju gosok sume..
Amik maid yg duduk umah sekali ni memang byk karenah..
Sekarang dah amik maid yg tak tido rumah.. Tp asik mintak cuti je.. Tp kire okla.. Bagus. Cepat n cekap it's ok je..

BTW, tips lofa mmg betul.. Passport dia mmg kte kne pegang.. N jgn terlalu baik sgt.. Nnt dia pijak kepala kita.. Klu xmencuri xberlakuan xsenonoh pun.. Nnt dorg akan berani lwn ckp kita.. Aku selalu kene.. Tau la kte budak lagi..  

Sedap plak bercerita psl maid ni.. Hahaha..
Ni sume makcik lofa punye psl.. Haha..
Kbai..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2014 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts
adeqo posted on 15-12-2014 12:19 AM
Kreatif gler maid tu boleh kek dlm tu ade emas..
Ckp psl maid ni, meh aku nak tumpg kepoh j ...


Mmg susah klau x der maid tp skrg ni nk cari maid bgus laaagii susah noks..

Nk jaga satu pun mcm2 peel..dgn lakonan dorg yg x bleh bla,dgn keinginan dorg nk bercinta..sume ni kene monitor.

Tp klau nasib baik ada jumpa yg baik budi pekerti,solat,jaga rumah tp yg spesis ni pulak cepat laku dipinang org..8last blik indon kawen..kita gak melopong sedih..hmm

Lofa mmg patut bg tips sbb sheol mesti phm perangai sorg2 maid..nak2 maid kat umah sheol 4-5 org.

Rumah sheol shj 2 maid kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2014 12:43 AM From the mobile phone | Show all posts
angsaemas posted on 15-12-2014 12:36 AM
Mmg susah klau x der maid tp skrg ni nk cari maid bgus laaagii susah noks..

Nk jaga satu pun  ...

Betul nokss.. Klu yg baik bebetul cepat sgt dipinang org indon sana.. Sedih aku(penah terjadi jugak )  

Aah 2 org kot..  Lofa kaya, 2 org maid apela sgt pada dia..   N nmpk maid dia mcm baik2 sumenye, Tp tula.. Kne hati2 jugak.. Takut nnt dia pijak kepala kita....
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2014 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
angsaemas posted on 14-12-2014 11:41 PM
Pembantu rumah: Boleh percaya ke?
Oleh Neelofa


Thanks @angsaemas
Minggu ni tak dapat beli paper.

Padat dengan info yg berguna tajuk ini.

I like it   
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2014 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Nota neelofa hari ni..

Usah terlalu mudah menghukum
Oleh Neelofa
Assalamualaikum semua. Minggu ini, Lofa nak bercerita mengenai sambutan Hari Natal yang bakal disambut semua sahabat kita yang beragama Kristian pada 25 Disember ini.

Lofa tengok, pusat beli-belah memang penuh dengan orang yang berpusu-pusu membeli-belah. Ada yang nak beli hadiah untuk Hari Natal, ada yang nak membeli-belah sempena jualan murah akhir tahun dan ibu bapa pasti ke pusat beli-belah dengan tujuan membuat persiapan menjelang sesi persekolahan 2015.

Tak kisah apa sekalipun tujuan anda ke pusat beli-belah, berbelanjalah ikut keperluan dan kemampuan. Jangan ikut nafsu.

Sebenarnya, Lofa tak sabar-sabar nak menulis artikel minggu ini sebab topiknya berkisar Instagram Datuk Chef Wan. Untuk pengetahuan semua, Lofa peminat tegar Datuk Chef Wan.

Selain meminati gaya dan skil masakannya, Lofa antara ribuan yang mengikuti Datuk Chef Wan di Instagram. Sesiapa yang mengikutinya pasti perasan beliau sangat jujur dan lantang dalam berkata-kata melalui kapsyen gambar di Instagram. Saban hari ada saja cerita dan isu akan disampaikan.

Sejujurnya, Lofa sangat terhibur dan akan berfikir sejenak setiap kali membaca kapsyen beliau. Namun paling menarik perhatian Lofa ialah kapsyen mengenai sikap segelintir daripada kita yang cepat melatah dan menjatuhkan hukuman tanpa berfikir panjang, terutama membabitkan agama dan bangsa.

Contohnya, budaya mengucapkan Selamat Hari Natal. Ada yang cakap, sebenarnya salah bagi kita umat Islam mengucapkan perkataan itu.

Contoh lain, ada juga yang mendakwa memberi angpau sewaktu musim perayaan Tahun Baru Cina adalah salah. Lofa tak mahu memandai-mandai tentukan betul atau salah perkara itu sebab Lofa rasa ada lagi mereka yang lebih arif daripada Lofa untuk mengulas perkara sebegini.

Apa yang mengganggu Lofa ialah betapa mudah dan cepat kita menghukum. Bagi Lofa, amalan bertukar hadiah sewaktu sambutan Hari Natal sebagai contoh bagi kalangan mereka beragama islam bukan kesalahan besar. Sebaliknya, ia lebih bersifat toleransi dalam hidup bermasyarakat.

Lofa pernah mengirim hadiah kepada kenalan Lofa sempena Hari Natal. Niat Lofa ketika itu hanya untuk memeriahkan lagi sambutan Krismas kenalan Lofa.

Kalau difikirkan, jumlah mereka yang menyambut Hari Natal di Malaysia adalah kecil berbanding sambutan perayaan lain. Jadi tak salah jika Lofa berbuat demikian. Yang menjadi kesalahan jika individu itu menyambut secara berlebihan. Berlebihan yang Lofa maksudkan ialah minum alkohol dan sebagainya.

Seperkara lagi yang Lofa nak tegur, pasti semua sedia maklum Malaysia adalah negara yang sangat kaya dengan kepelbagaian bangsa dan budaya.

Kita semua sebenarnya patut rasa beruntung sebab dapat bersama-sama meraikan pelbagai jenis acara perayaan, biarpun ia bukan perayaan kita. Kita sepatutnya saling hormat menghormati antara satu sama lain. Rasanya sedari kecil lagi, kita semua diajar menghormati kepercayaan dan agama orang lain.

Jangan kita dengan sewenang-wenangnya nak mengutuk atau menghentam, apa jenis sekalipun ritual atau rutin sambutan sesebuah acara perayaan.

Itu belum lagi masuk bab ustaz dan ustazah ekspres sosial media. Rasanya seakan-akan trend pula kebelakangan ini.

Apabila tiba satu musim perayaan, tiba-tiba muncul pelbagai isu. Benda itu tidak boleh, benda ini tidak boleh.

Lebih menambah kerisauaan Lofa, kepantasan teknologi seakan-akan membuatkan ramai dalam kalangan kita antara sedar atau tidak sedar, menjadi rasis dan bersifat perkauman.

Nasihat Lofa, jika kita tidak mahir sesuatu perkara, usah mudah menjatuhkan hukuman dan menjadi hakim di dunia. Seelok-eloknya, berdiam diri saja. Ini tidak. Dapat mesej berantai, dengan pantas dikongsi konon nak jadi antara yang terawal menyampaikan berita. Inilah satu daripada bahana sosial media.

Cukup mengenai sikap segelintir daripada kita yang menjengkelkan Lofa. Mari kita cakap pasal Hari Natal. Bagi pembaca semua, apakah elemen sambutan Hari Natal yang paling anda semua suka?

Macam Lofa, pasti Lofa suka warna-warni sambutannya. Di samping itu, bila tiba musim sambutan Hari Natal, ini secara tak langsung bermakna bermulalah musim 'gila shopping'.

Mana taknya, boleh dikatakan hampir semua kedai buat jualan murah. Bagi orang yang dah lama berkeinginan memiliki sesuatu barang yang dulunya tidak mampu dimiliki, inilah masanya untuk shopping sakan.

Siap ada yang sanggup terbang ke London dan tempat lain di luar negara semata-mata nak membeli-belah sewaktu musim sambutan Hari Natal. Nampak tak penangannya?

Sebenarnya seronok duduk di Malaysia. Pelbagai acara dapat kita sambut, lihat dan rasakan pengalamannya. Kita sepatutnya berbangga.

Pesanan Lofa, nikmatilah kehidupan dan hormatilah perbezaan antara kita. Insya-Allah, Malaysia akan terus aman dan damai dengan sikap toleransi antara kita semua.

Buat golongan ibu dan ayah, walaupun hujung tahun barangan semuanya murah, keperluan anak nak kembali ke sekolah jangan dilupakan pula.

Untuk adik-adik kesayangan Lofa, lagi seminggu sekolah dibuka. Dah bersedia? Jahatkan kak Lofa, rosakkan mood dengan tanya soal sekolah. Saja gurau-gurau.

Sebelum mengakhiri catatan Nota Neelofa minggu ini, Lofa ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Natal buat seluruh rakyat Malaysia yang menyambutnya. Sambutlah dengan meriah dalam kesederhanaan bersama yang tersayang.

Artikel ini disiarkan pada :
Ahad, 21 Disember 2014 @ 5:02 AM


*** kali ni artikel lofa ada yg aku tak bersetuju dgn kata2 dia dlm ni... Mlm skit aku komennn.. Hahaha..

Btw, kemana hilangnya karatzz sume??? Hahaha..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:38 AM GMT+8 , Processed in 0.093074 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list