CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6557|Reply: 38

[Edisi Mulia] Rebecca Nur Islam ambil 5 beradik yatim piatu sbg anak angkat

[Copy link]
Post time 29-8-2014 05:45 PM | Show all posts |Read mode
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul dan atas dasar simpati terhadap lima beradik yatim piatu, pelakon Datin Rabecca Nur Al Islam dan suaminya, Datuk Nor Azam Sulaiman mengambil mereka sebagai anak angkat.

Rabecca yang sememangnya amat mengasihani kanak-kanak tidak sampai hati membiarkan lima beradik itu sepi daripada kasih sayang ibu bapa.

Lima beradik tersebut ialah Muhd Haikal, 16, Fatin Adlina, 14, Mohd Aidil, 10, Norsyamini, 4, dan Nor Auni Safia, 3, kehilangan insan yang amat mereka sayangi apabila orang tua mereka, Jefri Mohd Zain, 46, dan Noorsalawati Ibrahim, 40, tiba-tiba ‘pergi’ meninggalkan mereka selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya pada Mei lalu.

“Selepas saya membaca berita kemalangan yang meragut nyawa ibu bapa mereka, saya berusaha mendapatkan nombor telefon ibu saudara mereka dan selepas berpuluh kali saya menghubunginya, baru saya dapat bercakap dengannya. Saya faham situasi mereka yang terpaksa berhati-hati kerana bimbang ada pihak yang cuba mengambil kesempatan.

“Kini saya dan suami selalu menjenguk mereka di Cheras, bertanya khabar dan berkongsi kasih sayang dengan mereka. Mereka masih tinggal di rumah yang didiami bersama ibu bapa mereka dulu. Saya rasa mereka tiada masalah dari segi kewangan kerana ramai yang menghulurkan bantuan, cuma apa yang mereka perlukan ialah kasih sayang dan perhatian.

“Sebanyak mana kasih yang kami berikan memang tak akan sama de-ngan kasih sayang daripada ibu dan ayah kandung, namun sekurang-kurangnya mereka tahu masih ada orang di luar sana yang mengambil berat mengenai mereka,” kata.

Menurut Rabecca, dia dan Azam turut menasihat-kan agar lima beradik itu meneruskan persekolahan kerana sebelum ini Muhd Haikal bercadang mahu berhenti sekolah untuk menjaga adik-adiknya.

“Saya mahu membahagiakan mereka. Ini bukan kali pertama saya me-ngambil anak angkat tetapi perasaan belas saya pada lima beradik ini me-ngatasi yang lain kerana Allah SWT ‘menjemput’ kedua-dua ibu bapa sekali gus. Kali pertama saya berjumpa mereka, si bongsu Safia memanggil-manggil ibunya. Hati mana yang tidak meruntun, apatah lagi mengenangkan saya sendiri ada anak kecil. Saya mahu anak-anak itu berjaya dalam pelajaran dan buktikan kepada masyarakat anak yatim piatu juga boleh berjaya,” katanya.



sumber : Harian Metro

hiba plak baca.. semoga rebecca dan suami dimurahkan rezeki..
Last edited by skymania on 8-9-2014 07:53 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2014 05:49 PM | Show all posts
sudah datin rebecca ni?......
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 05:59 PM | Show all posts
bagus la, memang anak2 yatim ni perlukan perhatian lebih, supaya tak cari "perhatian" sementara yg merosakkan.

good job atok atin!
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Good job sis
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 06:09 PM | Show all posts
taniah sis beca

walo baju mu kadang ketat metat walo berhijab hatimu baik
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus si rabecca ni. Ada duit diguna arah kebaikan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-8-2014 06:19 PM | Show all posts
bagus la Rebecca buat camtu....semoga murah rezeki nokksss...amiinnnn...kehkehkeh
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak bela kena ikhlas
Tak payah bercerita bagai

Ramai lagi yang membantu depa ber5
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2014 06:54 PM | Show all posts
Jaga anak2 yatim ni pahala besar tapi kene betul2 ..sebab anak yatim ni doa dieorg Allah kabul
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 07:05 PM | Show all posts
baguslah bekah....
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 07:13 PM | Show all posts
bagusnya dia...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 07:27 PM | Show all posts
hero dalam ini cerita ialah laki beca..

seketegaq2 dan seseksi meksi becca noor islam, dapat dilenturnya..

ini lah yang org kata, suami yang memimpin ke sorga.. bukan sekadar sebut di mulut saja..

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 07:34 PM | Show all posts
syukurlah becca. moga rezeki becca suami and family dirahmati dan bertambah banyak. amin.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Tup2 yang dihencap kerna baju jugak yang berhati mulia.harap ummah sedr x judge abbic.

Semoga rabecca dicucuri selayaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
sisi baik datin rebecca and suami..alhamdulillah murah rezeki anak2 yatim piatu ni...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 08:22 PM | Show all posts
sifat yg terpuji membantu insan2 yg dlm kesusahan.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2014 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
bagusla....yg berkemampuan tolong pd yg memerlukan...becca ni pun sebelum kawen dh ada ank angkat...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
beta_carotene posted on 29-8-2014 07:27 PM
hero dalam ini cerita ialah laki beca..

seketegaq2 dan seseksi meksi becca noor islam, dapat dile ...

xpa....becca ni masih boleh menuju kearah yg lebih baik dr skrg...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 08:45 PM | Show all posts
wa salut ayam goreng bersalut tepung
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingat lg masa berita 5 beradik ni kuar, bengkak mata aku nangis. Nk nolong tak la mampu
Syukur laa ada insan berkemampuan yg prihatin
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:48 AM GMT+8 , Processed in 0.067445 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list