Gelar Isteri Gemuk Dianggap Sebagai Keganasan Domestik
Seorang ahli politik dari parti Buruh di United Kingdom, Seema Malhotra menyatakan mana-mana suami yang memanggil isteri dengan panggilan ‘gemuk’ boleh dikenakan tindakan di bawah akta keganasan rumah tangga atau keganasan domestik. Seema menjelaskan, memanggil isteri dengan gelaran sebegitu merupakan salah satu daripada penderaan mental dan psikologi yang perlu dihadapi mangsa.
“Kelakuan tersebut dianggap sebagai perbuatan yagn obleh memberi kesan lebih buruk daripada serangan fizikal selain membuat para isteri menjadi takut dan terasa seperti ‘didera’ di rumah sendiri,” katanya memetik Daily Mail.
Menurut Seema lagi, terdapat kes di mana si isterimelarikan diri daripada rumah selepas trauma apabila teruk dikritik suami berhubung penampilan dirinya
|