CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6417|Reply: 35

Novel Misteri : Jerlun - 1

[Copy link]
Post time 30-8-2014 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sebelum aku mula letak cerita ni iaitu pada malam ini, izinkan aku memberi intro dan sinopsis cerita ni.

Novel ni aku mula taip masa form5 @ 2008. Aku tiba-tiba rasa nak taip cerita ni lepas aku baca Ranggau dari Ramlee Awang Murshid.

Jerlun ini berkisarkan tentang Zam, seorang detektif dari sebuah private investigator firm yang secara tak sengaja terlibat dalam satu serbuan sarang dadah yang lead kepada event-event yang menakutkan dan membahayakan.
Nordin, seorang doktor di Kampung Baharu Jerlun yang menyimpan 1 rahsia besar.
Hassan, seorang anak yatim piatu yang kehilangan keluarganya dalam 1 pembunuhan kejam dan meneruskan kehidupan sebagai pengedar dadah.
Wati, cucu kepada Tok Da, seorang guru silat. Saksi sebuah kejadiaan mistik yang agak ganas.
Ustaz Nor Faiz, isterinya dibunuh kejam oleh makhluk hitam yang menghantui Kampung Baharu Jerlun.
Apakah hubungan mereka semua? Nantikan.
Jerlun.. kau ku puja hingga ke ahir nafasku.
aw yeah.

HEADNOTE : Bagi memudahkan semua mencari chapter-chapter cerita ni.

Prolog - Page 1 (14#)
1 - Page 2 (28#)


Last edited by skalar on 1-9-2014 09:23 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2014 04:21 PM | Show all posts
uwaaa...macam menarik siott
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2014 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
pehhh..da mcm novel RAM dah.aku layan citer camni. lol:lol
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2014 05:38 PM | Show all posts
Apakah??
nak mengarang novel ke
kan ada board Bakat & Ruangan Penulis
http://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=forumdisplay&fid=55
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2014 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
takpa dik,dah alang2 terbukak thread kt sini,proceed jah dulu ceritanya..nnti taula incit2 mod buat kejenya..

dh terpindah thread esok,jgn lupa tag kami2 penunggu setia cerita kamu..

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2014 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
jerlun tu nma Tmpt kt kedah...da kena mgena x?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-8-2014 07:49 PM | Show all posts
ke akhir nafasku better...
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2014 07:51 PM | Show all posts
kipidap tt.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-8-2014 11:23 PM | Show all posts
cik_luna posted on 30-8-2014 05:38 PM
Apakah??
nak mengarang novel ke
kan ada board Bakat & Ruangan Penulis

mungkin boleh di tukar perkataan NOVEL kepada CERITA. settle masalah kn? benda ni cerita je.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2014 11:24 PM | Show all posts
Clover_Hill posted on 30-8-2014 06:03 PM
takpa dik,dah alang2 terbukak thread kt sini,proceed jah dulu ceritanya..nnti taula incit2 mod buat  ...

haha. ty kak. aku dah nk post chapter 1
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2014 11:25 PM | Show all posts
rara90 posted on 30-8-2014 05:24 PM
pehhh..da mcm novel RAM dah.aku layan citer camni. lol:lol

heh3. atas ada bunyi2 halus. aku tukar lah. bkn novel. penceritaan. senang kan. tp memang RAM ni idola aku dalam penulisan cerita ni.heh3.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2014 11:25 PM | Show all posts
jiwakacau06 posted on 30-8-2014 07:23 PM
jerlun tu nma Tmpt kt kedah...da kena mgena x?

ah yg ni jerlun kuala kangsar. bkn kt kedah.heh3.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2014 11:26 PM | Show all posts
ummukender posted on 30-8-2014 07:49 PM
ke akhir nafasku better...

haha. aku amik ayat masa aku taip skolah dulu. ingt rare. skrg bila ang post baru aku prasan. pening2 je ayat aku.haha. nice.ty.akan di consider
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2014 11:30 PM | Show all posts
PROLOG

Hutan tebal , barat Kampung Baharu Jerlun
       
        Zam , Wati , Hasma , Ustaz Nor Faiz dan Ustaz Anis berlari daripada tapak pemujaan itu. Kehadiran Jerlun pantas disedari Zam. Namun , segala-galanya terlambat apabila Jerlun sempat menghidu bau mereka. Jerlun terus melompat dari pokok ke pokok mengejar mereka.
“ Apa yang membuatkan kamu menuduh ‘dia’ adalah Jerlun? “ Ustaz Nor Faiz sempat menyoal Zam semasa mereka berlari itu.
“ Saya ada bukti yang kukuh untuk menuduh ‘dia’, ustaz. Cuma belum sampai masanya lagi. Saya harus fikir cara yang terbaik untuk memancing dia keluar dalam rupa sebenarnya. “ Tenang Zam membalas.

        Larian yang pantas membuatkan Ustaz Nor Faiz keletihan. Usianya yang semakin lanjut memakan dirinya. Lariannya kian perlahan. Pantas Jerlun melihat peluang itu. Dia melompat ke arah Ustaz Nor Faiz dengan agak pantas. Satu cucukan padu diberi ke dada Ustaz Nor Faiz. Darah memercik dan ustaz terpelanting jauh. Wati menjerit ketakutan.
“ ZAM! Ayah! “ Zam dan yang lain terkejut dengan situasi itu. Zam menyuruh semua berhenti dan menyorok di belakang belukar. Wati kelihatan sedang memeluk ayahnya yang di penuhi darah. Jerlun berjalan tenang ke arah mereka.
        Zam mula menyedari bahawa keadaan itu memaksa dia untuk berhenti berlari. Demi keselamatan Wati , dia terpaksa bertarung dengan Jerlun.
Tangan Jerlun tinggi di angkat apabila melihat Wati di depan mata. Dengan mengumpul segala kudrat , Zam berlari dan melompat. Ketika itu Zam meninggi suara, separa menjerit, “Jangan ada yang pandai-pandai nak join ke apa”. Kemudian, kedua-dua kakinya dilunjurkan ke arah Jerlun. Satu sepakan terbang ke dada Jerlun. Dia terpelanting ke belakang. Terus ke kawasan tebing sungai. Dia jatuh di situ. Zam pantas berlari ke kawasan itu. Dia cuba menarik perhatian Jerlun agar Wati sekeluarga dan Ustaz Anis selamat.

“ Jerlun. Khabarnya kau begitu di geruni di kampung ini? “ Lagak Zam begitu berani. Walhal , dalam hatinya menyimpan beribu-ribu rasa.
Jerlun sekadar mengerus kencang. Umpama seladang melihat kain berwarna merah. Zam bertawakkal. Dengan segala ilmu persilatan yang dipelajarinya , dia akan cuba menjatuhkan makhluk itu malam ini.

Zam membuka langkah dengan menyepak kaki Jerlun. Dia menahan dan membalas dengan satu tumbukan. Zam pantas mengelak tumbukan Jerlun. Lembaga hitam itu kini bergerak dengan lebih agresif lagi. Dia mengangkat seketul batu besar dan dibaling ke arah Zam. Zam terpaksa melompat ke dalam sungai untuk mengelak dari terkena batu itu. Jika tidak , pasti nyawanya akan bercerai dari badannya. Mujur saja air sungai tidak begitu deras. Zam menaiki tebing dan berlari ke arah tepi Jerlun.

Wati melihat Zam berhempas pulas bertarung dengan Jerlun. Zam yang menaiki tebing berlari ke arah Jerlun sambil menjeritkan sesuatu ke arah Jerlun. Dengan genggaman tumbukan di tangan, Zam berlari pantas.
        Sejurus itu , Jerlun mengambil langkah dengan melompat tinggi ke arah Zam. Namun , lompatan itu menjadi peluang kepada Zam apabila dia menggapai sebatang kayu dan mencacakkannya. Jerlun berjaya mengelak sedikit. Akan tetapi , kayu itu sedikit tertusuk di badan Jerlun. Jerlun mengerang kesakitan. Matanya tepat memandang ke arah Zam. Dengan rasa penuh benci , Jerlun berlari ke arah Zam dan secara tiba-tiba menghilang dalam kegelapan malam. Zam tahu yang dia perlu berhati-hati kerana syaitan mampu melakukan apa sahaja dengan izin Allah SWT.

        Dari kejauhan , Wati merangkul bapanya , Ustaz Nor Faiz yang dilumuri darah. Hasma dan Ustaz Anis yang berada di situ melihat pertarungan antara Zam dan Jerlun. Mereka ditegah untuk membantu kerana khuatir perkara buruk akan berlaku. Zam juga berpesan kepada Ustaz Anis secara bersendirian , bahawa jika dia mati atau tewas , bawalah keluarga Ustaz Nur Faiz keluar dari situ. Dalam hati Wati , dia begitu merisaukan kekasihnya itu , Meskipun baru bercinta, mereka sudah lama saling mengenali. Hal ini menyebabkan Wati begitu risau akan keadaan Zam. Dia sentiasa berdoa agar Zam selamat.
Zam cuba memberikan fokus 100 peratus agar dia dapat menewaskan Jerlun. Setelah lama menyepi , Jerlun tiba-tiba muncul di sisi atas Zam. Satu sepakan padu tepat mengenai hidung Zam. Darah merah pekat memancut keluar dari hidungnya. Dia menyapu darah itu. Zam terus mencari kelibat Jerlun. Setelah mengenal pasti lokasinya , Zam membuka bunga-bunga bagi Silat Harimau yang dipelajarinya. Dengan beberapa potong doa , Zam menerkam ke arah Jerlun umpama seekor harimau yang garang. Jerlun berjaya menepis tumbukan Zam. Namun , dia leka. Kaki Zam meluru ke dadanya selepas itu. Sakitnya begitu mencengkam. Jerlun tidak mudah tewas , dia bangun dan menyeka darah yang mengalir di bibirnya akibat tendangan Zam yang sangat kuat itu tadi.
         
“ Jangan kau perlekehkan aku , jahanam. Tunjukkan kuasa sebenar kau. Aku tahu kau masih tidak mengeluarkan kuasa kau sepenuhnya. “ Zam menyedari perkara ini kerana dia begitu mahir dalam dunia persilatan. Sebagai seorang yang bukan baru dalam bidang ini, dia mampu mengukur sejauh mana musuhnya menggunakan tenaganya.

        Jerlun kini berdiri dalam keadaan statik , memandang ke arah Zam. Dari tenungan itu , Zam mengagak bahawa Jerlun sedang memikirkan sesuatu.

“ Mari. “ Zam terkejut apabila Jerlun bersuara.  
        Pantas Zam berlari ke arah Jerlun. Dia telah mencapai sebatang kayu panjang di tanah. Dengan gaya seorang samurai , Zam melibas kayu itu ke arah Jerlun. Zam sempat melihat yang Jerlun tidak berganjak walau seinci pun. Kayu yang dipukul oleh Zam pecah berkecai di kepala Jerlun. Namun , Jerlun tidak menunjukkan sebarang reaksi. Dengan sepantas kilat, Jerlun yang berada di hadapan Zam mengenggam kolar bajunya. Lututnya dilayangkan ke perut Zam dan dia berpusing menyepak sisi perut Zam. Dia terpelanting jauh, hampir-hampir ke dalam sungai. Jerlun berjalan tenang ke arah Zam. Zam bangun dan meluru secara mendadak ke arah Jerlun , dia menyiku perut Jerlun dan menyebabkan Jerlun terjatuh.

        Dengusan kuat kedengaran dari Jerlun. Dia bangun dan berlari-lari anak ke arah Zam. Satu sepakan yang begitu padu dihalakan ke arah Zam. Dia sempat mengelak dan menyebabkan sepakan Jerlun terlepas ke udara. Di ketika ini , Jerlun menarik kakinya semula menyebabkan tumitnya betul-betul menghentak tulang belakang Zam. Zam terkaku kepedihan. Jerlun kali ini mengangkat Zam dan menumbuk perutnya bertubi-tubi sehingga menyebabkan pendarahan yang teruk berlaku.

          Di ketika ini , Ustaz Anis terpaksa membawa Wati , Hasma dan gurunya pergi dari situ. Dia begitu sesal kerana dia tidak mampu membuat apa-apa. Dia sekadar menuruti perintah Zam. Wati tidak sanggup meninggalkan Zam berseorangan di situ. Tetapi , desakan kakaknya menyebabkan dia terpaksa akur. Rembesan air mata menjadi tanda perpisahan mereka.

“ Itu sahaja ke yang kau ada? “ Zam sempat memperlekehkan Jerlun. Jerlun begitu terhina. Dia mencampak Zam ke tanah. Dia memijak-mijak tubuh lelaki itu. Sepakan yang terakhir di kepala menyebabkan Zam pengsan. Jerlun melepaskan geram dan menyepak Zam ke dalam sungai.

        Jerlun menjerit sekuat hati dan berundur dari situ selepas berjaya mengalahkan Detektif Zamanhuri. Dia terus berkeliaran semacam gila.

        Di tengah perjalanan semasa melarikan diri , Ustaz Anis , Hasma dan Wati terserempak dengan Dr. Nordin. Dia kelihatan begitu kepenatan.
“ Saya dengar dari orang kampung. Katanya Ustaz Nor Faiz dan lain-lain mencari Jerlun di hutan ini. Saya berlari dari kampung ke sini. “ Dia kemudiannya melihat darah di baju Ustaz Anis.

“ Ya ALLAH , awak luka ke , Anis ? “ Dia begitu prihatin dengan mereka.
“ Bukan saya , tapi Ustaz Nor Faiz. “
“ Marilah ke klinik saya. Saya akan rawatkan. “ Dr. Nordin memimpin Ustaz Nor Faiz.

Ketiga-tiga mereka saling berpandangan…

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2014 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
skalar posted on 30-8-2014 11:25 PM
heh3. atas ada bunyi2 halus. aku tukar lah. bkn novel. penceritaan. senang kan. tp memang RAM ni i ...

sama la ngan aku.mmg betol2 masuk la baca cter RAM.hehe

asal ko tak buat novel je trus cter ko ni? leh jadi pewaris RAM.hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2014 02:53 PM | Show all posts

ni kisah benar ke??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2014 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Tt, kg baru jerlun bkn kwsan kg cina ker.. aku dulu duk kt taman jerlun... misteri ker jerlun ni..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2014 05:50 PM | Show all posts
kalo balik manong mesti lalu jolon ni hew3..haunted ea jerlun?baru tau..
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2014 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
hanna88 posted on 31-8-2014 05:50 PM
kalo balik manong mesti lalu jolon ni hew3..haunted ea jerlun?baru tau..

Mike org manong ker..? Hihi udoh bersoreh..mane la tau kot2 kenal..
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2014 09:24 PM | Show all posts
milodino1 posted on 31-8-2014 09:22 PM
Mike org manong ker..? Hihi udoh bersoreh..mane la tau kot2 kenal..

manong kampong je..tp duk kat kuale kangsor hehe
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:02 PM GMT+8 , Processed in 0.079688 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list