CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: skalar

Novel Misteri : Jerlun - 1

[Copy link]
Post time 1-9-2014 10:56 AM | Show all posts
still waiting for the update.... cepat cepat cepat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2014 04:39 PM | Show all posts
kalau kisah novel misteri boleh je on kat sini...elok la bagitau awal2 sbb novel imaginasi je karang ada ingat berdasarkan kisah benar pulak mcm satu kes dulu tu

jerlun ni selalu jugak aku lalu jln ni nak pegi ke ketior ulu kenas
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2014 09:03 PM | Show all posts
rara90 posted on 31-8-2014 12:07 AM
sama la ngan aku.mmg betol2 masuk la baca cter RAM.hehe

asal ko tak buat novel je trus cter ko  ...

hahaha. cadang nye memang nak wt. tapi tulah.tak sempat nak habis.hoho
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2014 09:03 PM | Show all posts
milodino1 posted on 31-8-2014 04:58 PM
Tt, kg baru jerlun bkn kwsan kg cina ker.. aku dulu duk kt taman jerlun... misteri ker jerlun ni..hu ...

memang kawasan cine. ni cerita rekaan. aku sendiri tak pernah pergi pun sana.bahah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2014 09:04 PM | Show all posts
sepaileman posted on 1-9-2014 04:39 PM
kalau kisah novel misteri boleh je on kat sini...elok la bagitau awal2 sbb novel imaginasi je karang ...

ok ty bro. aku letak kat tajuk nanti okey. haha. lawak sebab ramai yg tahu jerlun ni. haha. aku je tak penah pegi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2014 09:04 PM | Show all posts
clara_nur posted on 31-8-2014 02:53 PM
ni kisah benar ke??

tidak yang. cerita reka je. mengekalkan misterinyaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-9-2014 09:05 PM | Show all posts
ilhamammar posted on 1-9-2014 10:56 AM
still waiting for the update.... cepat cepat cepat...

haha.sabar ye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2014 09:22 PM | Show all posts
Flat Sri Koloni , Ipoh

“ Pemalas! Bangunlah cepat! Kau nak kena denda lagi ke? “ Teriak Lee Ah Wai kepada rakan rumah sewanya di Flat Sri Konoli. Mereka begitu akrab sejak dari zaman persekolahan lagi. Lee mendapat tawaran bekerja di sebuah syarikat perkapalan di Ipoh sebagai kerani sepenuh masa. Kesempitan hidup memaksa Lee merantau daripada Kelantan ke sini.
          
        Lee dan rakan rumah sewanya mula berkenalan semasa rakannya terpaksa bersekolah di Kelantan selama setahun sebelum pulang semula ke Perak. Mereka saling berhubungan sejak pada itu sehingga ke hari ini.

“ Awal lagi la oi , baru pukul 7. “ jawab rakannya dalam keadaan mamai.
“ Memang la baru pukul 7 , tapi , kau kan masuk kerja pukul 7.30 ?” Lee begitu mengambil berat tentang hal rakan rumah sewanya itu. Rakan Lee bangun secara mendadak.
“ YA ALLAH! Aku terlupa aku kena datang meeting Syarikat Samudera tu! LEE! Kenapa kau tak kejut aku awal-awal lagi?” Dia kelam-kabut mencari tuala dan bergegas ke bilik mandi.
“Aku dah penat kejut kau dah. Dari pukul 6 tadi aku gerak kau. Kau kata kau penat , nak tidur lagi. Lagi pun , mana aku nak ingat yang kau ada meeting tu. Aku ke ‘detektif’ terhebat? “ Lee memerli rakannya itu.
“ Woi , kau main-main dengan aku. Aku cabut gigi kau tu! “ Walaupun berlainan bangsa dan agama , mereka tetap mesra. Semangat  1Malaysia yang wujud dalam diri mereka membuatkan persahabatan mereka kekal utuh sehingga ke hari ini. Jika dihitung-hitung , 3 bulan lagi , genap 11 tahun mereka berkawan dan 2 tahun mereka tinggal bersama.

        Rakan Lee siap membersihkan diri. Dia berlari-lari anak mencari pakaian dan seluar yang patut dikenakannya. Hari ini , dia perlu mencari bukti-bukti bagi menguatkan tuduhan bahawa jawatan-jawatan tertinggi Syarikat Samudera bergiat aktif dalam pengedaran ganja dan herion secara gelap. Dia di upah oleh Ketua Pemasaran Syarikat Indera Bayu , Dato’ Termizi , dengan tujuan menjatuhkan Syarikat Samudera. Rakan Lee tahu bahawa dia bekerja untuk pesalah bagi menjatuhkan pesalah. Namun , dia hanya seorang Detektif Tahap 3 dari Ramath Co. Detective Agency. Tahap sederhana yang dimiliki tidak membenarkan dia mengeluarkan apa-apa suara kepada pihak pentadbiran. Dia hanya menerima kerja dan melakukannya. Meskipun begitu , dia ikhlas melakukan kerjanya demi mencari rezeki yang halal.

“ Aku turun dulu , nak panaskan enjin kereta. Kalau kau lambat , aku tinggal kau! “ Suara Lee menghancurkan lamunan rakannya itu.
“ Berani la kau tinggal aku . Aku bagi kau makan kasut nanti! “ Mereka ketawa besar.

        Rakan Lee siap mengenakan baju kemeja lengan panjang berwarna biru tua dipasangkan dengan seluar slack hitam dan bertali leher berwarna kelabu. Dia mencari-cari sesuatu. Setelah menjumpainya , dia merenung barang itu.

                                                         RAMATH CO . DETECTIVE AGENCY
                                                           EXCELLENT BEYOND FINDING
                                                           LEVEL 3 DETECTIVE ( D/L3 )
                                                          AHMAD ZAMANHURI ZULSIZLI
                                                                       D300145901

        Kad pengenalannya sebagai detektif. Sudah 2 tahun dia bekerja di situ. Kebolehannya di asah dari hari ke hari. Dia dipercayai oleh Ketuanya , Detektif Tahap 7 , Master Ram untuk memegang Tahap ke 3 itu. Dia merupakan detektif termuda di firma itu. Hari ini , jika dia berjaya menyelesaikan permasalahan itu , dia mungkin dianugerahkan tahap seterusnya. Dia nekad untuk melakukan kerja ini sebaik mungkin.

Zam siap berpakaian dan menyikat rambutnya. Dia memakai kasut Crocodile yang  baru 3 bulan dibelinya dengan harga RM569. Dia mengunci pintu dan berlari menuju ke keretanya. Jam menunjukkan pukul 7.15.

“ Hah , sampai pun , ingat tidur balik tadi. “ Lee terus menerjah sebaik sahaja Zam membuka pintu kereta.
“ Ala , aku make-up sikit tadi. Biasalah , artis. “ Zam ketawa terkekeh-kekeh. Kedua-dua sahabat itu mula meninggalkan perkarangan flat.

        Perodua MyVi SE kepunyaan Zam itu meluncur ke Pekan Ipoh. Perjalanan mereka dihiasi dengan hilai tawa gelagat dua sahabat itu. Zam tidak dapat menafikan bahawa dia sedikit gementar kerana dia umpama ‘kambing masuk ke dalam mulut harimau’ kerana jika dia di  tangkap menjadi penyiasat bagi Syarikat Indera Bayu , dia pasti menerima padah. Setelah menghantar Lee , dia terus ke syarikat itu.

Syarikat Indera Bayu , Ipoh

        Setibanya dia di syarikat itu , Zam meletakkan kenderaan dan berlari menuju ke bilik mesyuarat di tingkat 5. Memasuki pintu itu , Zam sedikit lega apabila hanya pegawai-pegawai dan akauntan-akauntan syarikat sahaja yang baru hadir. Zam memberi salam dan duduk di tempat duduknya. Zam merupakan salah seorang daripada ‘akauntan’ syarikat itu.

        Semua bangun apabila pegawai-pegawai tinggi serta exco-exco tertinggi syarikat masuk.
“ Assalamualaikum , Tuan. “ Ketua Pegawai ikuti semua orang bawahan memberi salam kepada jawatan-jawatan tertinggi syarikat itu. Namun , mereka sekadar mengangguk. Ego menjadi selaput gelap menutupi pintu di hati mereka. Zam sekadar memerhati gelagat ‘anjing-anjing’ negara itu.

“ Saya harap para pegawai dan akauntan sudah bersedia. Kita akan mulakan mesyuarat sekarang.” Jelas Ketua Pemasaran , En. Sufani.
“ Akauntan diminta mengedarkan laporan mesyuarat sekarang. “ Terangnya lagi. Zam bangun dan mengedarkan laporan kepada setiap orang di bilik itu.

        Semuanya berjalan dengan lancar sehingga tamat mesyuarat. Semua jawatan tertinggi telah di jemput untuk menjamu selera di kantin syarikat. Pada ketika itu , Zam pantas ke kawasan tempat letak kereta. Dia melekatkan ‘sensor’ di ketiga-tiga kereta mewah milik exco dan pegawai tinggi yang menjalankan aktiviti pengedaran dadah. Selepas mesyuarat , mereka akan ke kawasan penghasilan dadah itu. Zam sebenarnya mendapat maklumat ini dari salah seorang kerani syarikat ini.

        Setelah selesai memasang ‘sensor’ tersebut , Zam ke tandas dan menukar pakaiannya . Dia bergegas ke keretanya dan menunggu mereka hadir. Dia mula mengaktifkan alat ‘Global Positioning System’ (GPS) selepas melihat  ketiga-tiga jawatan tertinggi yang terdiri daripada Ketua Exco Tertinggi , Dato’ Alimen , Naib Ketua Exco , Dato’ Haip See dan Pegawai Tinggi memerangkap CEO syarikat , Dato’ Jalil keluar di pintu masuk syarikat. ‘Sensor’ yang dipasang Zam mula diaktifkan. ‘Sensor’ itu mampu mengeluarkan radiasi sejauh 3 kilometer kepada GPS. Bersama-sama mereka , terdapat 6 orang pengawal peribadi yang lengkap bersenjata.

        Peluh menitis di dahi Zam. Kepalanya ligat berfikir tentang perkara yang bakal berlaku jika dia ditangkap di sana nanti.  ‘Kalau aku kena tangkap , masak aku. Tak sempat nak kahwin. ‘ Dengus hati Zam. Meskipun begitu , dia nekad untuk terus membongkar kegiatan haram Syarikat Samudera ini. Di dalam fikirannya , walaupun dia bekerja dengan seorang yang bersifat dengki , tujuan utama dia menerima kerja ini adalah kerana dia ingin menghapuskan ‘anjing-anjing’ yang menyebabkan kehancuran kepada anak bangsa mereka sendiri.

        Ketiga-tiga kenderaan milik exco dan CEO syarikat itu mula meluncur keluar meninggalkan Syarikat Samudera. Setelah hilang dari pandangan mata , MyVi SE milik Zam itu mula mengekori mereka. Kerana kelebihan ‘sensor’ , Zam tidak risau akan jarak. Dia dapat mengekalkan jarak yang selamat dan sukar untuk dikesan oleh mereka.  

Kawasan kelapa sawit , Changkat Larang

        Mercedes Benz Kompressor itu membelok kanan , keluar ke jalan utama. Mata Zam tidak lari dari jalan hadapannya dan GPS. Jarak 1 kilometer dikekalkan supaya mengelakkan sebarang kecurigaan.

Kenderaan ketiga-tiga Dato’ itu bergerak laju melepasi kawasan Bandar Ipoh menuju ke Pasir Puteh. Setelah 30 minit memandu , kenderaan mereka membelok kanan memasuki kawasan kelapa sawit di Changkat Larang.                           

        Zam memberhentikan kenderaan di luar kawasan kelapa sawit. Dia memerhatikan GPS. Ketiga-tiga ‘titik’ di dalam GPS itu berhenti sejauh 2.4 Kilometer ke dalam ladang itu. Setelah memastikan bahawa mereka benar-benar berhenti di situ , Zam memandu memasuki kawasan ladang itu dan meletakkan kenderaannya 400 Meter dari stor usang tempat di mana kenderaan ketiga-tiga jawatan tertinggi syarikat itu berhenti.

Zam menutup keretanya dengan daun kelapa sawit. Dia berlari mengelilingi stor itu ke arah kanan. Dia cuba mengelakkan pintu depan. Dia makin merapat ke arah stor itu. Matanya ligat memerhatikan sekeliling. Risau jika ada pengawal yang membuat rondaan di situ. Apabila Zam betul-betul pasti bahawa keadaan selamat , dia berjalan perlahan-lahan menuju ke stor itu. Tingkap di situ begitu usang dan habuknya begitu tebal. Zam cuba mencari option lain. Dia mencari jika ada lubang-lubang di sekitar situ. Zam menjumpai lubang di kiri tingkap tersebut.
       
        Dari lubang itu , dia melihat Dato’ Alimen , Dato’ Haip See , dan Dato’ Jalil sedang ketawa terbahak-bahak. Dia sempat melihat pokok-pokok yang banyak di situ serta berbotol-botol bahan kimia , Zam positif bahawa itu adalah pokok ganja dan bahan untuk membuat heroin. Dia membuat satu panggilan telefon.

“ Haha , Dato’ , lihatlah kejayaan kita. Tak lama lagi , semua ini akan dieksport keluar negara , ke USA , ke Jepun  , ke Macau ! Haha! “ Dato’ Jalil gembira melihat berbungkus-bungkus ganja serta heroin.
“ Makan besarlah kita nanti ya Dato Alimen , Dato Jalil? “ Dato’ Haip See sempat mengambil hati rakan-rakannya itu.
“ Lepas ini , jutawan lagi lah kita ! Haha! “ Ketiga-tiga rakan ‘gelap’ itu ketawa terbahak-bahak.
       
        Zam yang mendengar perbualan itu merasa begitu geram , dia bukan tidak kenal ketiga-tiga Dato’ itu. Mereka merupakan orang yang berada di dalam TOP 50 Orang Yang Paling Kaya Di Malaysia. Namun , mereka masih tamak dalam mengejar kekayaan dunia. Dia menukar posisinya ke sebelah kiri rumah. Di situ , Zam dapat melihat berbungkus-bungkus ganja dan heroin yang sudah siap dipaketkan. Seorang pekerjanya sedang meletakkan bungkusan-bungkusan itu ke dalam kotak. Zam sekali lagi mendail seseorang .
“ Hello – “ Dengan tiba-tiba , telefon bimbit Zam dirampas. Zam telah ditemui oleh salah seorang dari pengawal di situ. Pengawal itu menghempas dan memijak telefon berjenama Nokia 3310C itu.
“ Berani kau mencereboh kawasan ini. Cuba nak telefon polis lagi tu! “ Gertak pengawal itu.

Dalam kekalutan itu , Zam melihat tubuh pengawal itu begitu besar tegap. Dia menelan air liur. Pistol milik pengawal itu dihalakan ke dahi Zam. Namun , pantas Zam menepis dan menyepak pistol itu. Pistol itu terlepas dari tangan pengawal itu dan terpelanting ke dalam semak. Zam memberi tumbukan padu ke arah perut pengawal itu. Namun , ianya tidak menunjukkan sebarang kesan. Pengawal itu menyepak pinggang Zam. Zam terpelanting jauh.

“ Heh , kau cuba nak lawan aku ya. Mari kita tengok , siapa juara. “ Pengawal itu mencabar Zam.
“ Aku takkan kalah dengan ‘anjing’ yang membantu perosak bangsa macam kau! “ Pantas Zam berlari menuju ke pengawal itu. Dia melompat tinggi dan memberi sepakan padu ke kepala pengawal tersebut. Pengawal itu ke belakang beberapa tapak.

Zam terus memberi tekanan dengan memberi tumbukan tanpa henti kepada pengawal itu. Pengawal itu menepis tumbukan Zam dan menumbuk perutnya , Zam terangkat tinggi. Kemudiannya , pengawal itu menghempas Zam ke tanah. Zam mengerang kesakitan. Tetapi , dengan pantas ,  Zam menyepak kaki pengawal itu. Dia jatuh tersungkur. Zam bangun dan menumbuk padu ke arah muka pengawal itu berkali-kali. Pengawal itu pengsan di situ. Zam bangun dari situ  Belum sempat dia meregangkan otot , dia merasakan sesuatu di acu ke kepalanya.                                                                                                                               
Zam berpusing dan melihat salah seorang pengawal yang memakai kaca mata hitam dan di penuhi misai dan jambang.
“ Jalan! “ Zam ditolak ke dalam stor. Ketiga-tiga lelaki itu terkejut melihat Zam di situ.
“ Kau , kau! Apa kau buat kat sini?! “ Dato’ Alimen begitu cemas melihat Zam.
“ Aku datang untuk menghapuskan bangsat-bangsat macam kau orang semua. “ Zam lantang bersuara walaupun di tahu bahawa nyawanya sudah di hujung tanduk.

        Pengawal-pengawal di situ berang dan memukul Zam. Zam cuba mempertahankan dirinya. Dia membuat sepakan berpusing. Kesemua pengawal di situ jatuh. Ketika Zam cuba meluru ke arah pengawal-pengawal tersebut , pengawal yang menangkapnya tadi mengacukan pistol ke arahnya sekali lagi. Dia berhenti serta-merta.

“Stop! I don’t want to see any bloodshed in here. “ Tegas Dato’ Jalil.
“ Saya jumpa budak  ini kat luar tadi. Dia belasah Abot sampai pengsan. Dia cuba call polis. Tapi Abot sempat tahan. “ Pengawal itu kelihatan begitu elite dan matang.
“ Bagus. Sekarang , you must die, accountant. Aku tak boleh biarkan kau hidup. “ Dato’ Jalil kelihatan begitu arif dalam perkara ini sementara Dato’ Alimen dan Dato’ Haip See hanya senyap dari tadi. Zam sekadar tersenyum mendengar gertakkan Dato’ Jalil itu.
Jack , settlekan budak ni. “ Zam kini tahu bahawa pengawal peribadi professional itu bernama Jack.

        Pistol kini diacu ke kepala Zam untuk kali kedua. Belum sempat Jack menolak Zam ke luar untuk dibunuh, pintu stor ditendang kencang.
“ Polis! Jangan bergerak! Letakkan senjata! “ Suara lantang pihak polis memecah suasana. Jack begitu pantas berlari meninggalkan Zam. Beberapa orang polis mengejarnya. Dia seperti betul-betul takut.

        Kesemua di dalam stor itu menyerah diri. Dato’ Alimen menangis teresak-esak. Dato’ Haip See sekadar tertunduk. Bagi Dato’ Jalil pula , dia merenung Zam dengan renungan yang begitu tajam.
“ Tadi tu , aku nak call mak aku. Haha. “ Zam mengejek ketiga-tiga ‘anjing-anjing’ itu. Mereka bakal berhadapan dengan hukuman yang sangat berat. Sememangnya Zam begitu bijak menipu pengawal itu. Dia telah lama menelefon polis. Panggilan kedua itu hanya sekadar acah sahaja.

“ Terima kasih , Detektif Zamanhuri. “ kata salah seorang pegawai polis.
“ Sama-sama , Tuan. Saya begitu harap tuan dapat datang awal sedikit sebab saya dah hampir nak kena tembak di kepala tadi! “
“ Hahaha , maaflah kawan. Tadi traffic jam lah. “ Inspektor Daniel merupakan rakan Zam sejak kecil lagi.
“ Jam? Kalau aku mati tadi , macam mana ha? Siapa yang nak jawab dekat awek-awek aku? “
“ Haha , marilah. Kita pergi makan. Biar aku belanja. Sebab kau , selesai juga kes ini. Dah berapa lama kami nak tangkap mereka itu. Cuma tak cukup bukti. Tapi sekarang , kami boleh hukum mereka seberat-beratnya. “ Kes pengedaran dadah di Syarikat Samudera telah menjadi perhatian pihak polis sejak beberapa bulan yang lalu.
“ Hah , itu yang aku nak dengar sangat tu. “ Zam dan Daniel bergerak meninggalkan stor itu.

        Hari ini , Zam telah berjaya menyelesaikan kerjanya. Dia telah berbakti kepada pejabatnya , Syarikat Indera Bayu dan pihak polis. Dia bersyukur kerana nyawanya masih lagi panjang. Balik ini , dia ingin mengerjakan solat hajat…
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2014 04:20 PM | Show all posts
skalar ko buat aku......grrr....makin nk suruh ko wat sambungan cepat2...hihihihi..
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 07:58 PM | Show all posts
better gi bod penulisan..
kat sana lebih sesuai rasanya
citer ni best.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2014 06:38 PM | Show all posts
@sepaileman tlg delete post ni ye. aku move ke tmpt menulis
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 11:39 AM | Show all posts
tt besla cete nih...sambung lg....
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2014 04:54 PM | Show all posts
mana sambungan?
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2014 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo posted on 2-9-2014 11:58 AM
better gi bod penulisan..
kat sana lebih sesuai rasanya
citer ni best.

eh ipo di sini.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2014 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
al-tapahi87 posted on 5-12-2014 08:54 AM
mana sambungan?

Tt bz giler.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2014 11:00 PM | Show all posts
menunggu sambungan seterusnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:28 PM GMT+8 , Processed in 0.066607 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list