View: 901|Reply: 3
|
[Tempatan]
Pengarah filem veteran, Datuk Jamil Sulong koma
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR 1 Sept. - Pengarah filem veteran, Datuk Jamil Sulong, 88, masih lagi berada dalam keadaan koma setelah dimasukkan ke dalam wad pada Khamis lepas akibat diserang penyakit angin ahmar.
Menurut isterinya, Seniwati Datin Rosnani Jamil, suaminya belum menunjukkan sebarang tanda-tanda untuk sedar dan keadaannya masih sama sejak dimasukkan ke wad di salah sebuah hospital swasta di Petaling Jaya.
"Setakat ini, doktor hanya mengesahkan Pak Jamil menghidap angin ahmar. Dua hari lagi keputusan sebenar akan dikeluarkan dan barulah tahu jikalau ada penyakit lain yang menyerangnya.
"Saya berharap semua orang mendoakan yang terbaik buat kami sekeluarga," katanya yang sudah empat hari bermalam di hospital berkenaan
|
|
|
|
|
|
|
|
Insya Allah. Semoga cepat sembuh. |
|
|
|
|
|
|
| |
|