View: 1264|Reply: 7
|
[Tempatan]
China Press: pelacur pun bayar 'cukai'
[Copy link]
|
|
Kegiatan pelacur yang gagal dibendung di negara ini adalah didorong oleh kelonggaran dalam penguatkuasaan.
China Press melaporkan, pelacur asing di negara ini hanya perlu membayar 'cukai' bulanan kepada pegawai tidak beramanah untuk meneruskan perniagaan di negara ini.
"Pelacur perlu membayar dua jenis 'cukai' untuk berniaga di negara ini, bayaran pertama dikenali sebagai 'cukai pintu masuk' yang berjumlah sekitar RM400 dan perlu dibayar sekali sahaja
"Bayaran kedua yang berjumlah antara RM30 hingga RM50 seorang pula perlu dijelaskan secara bulanan," demikian lapor China Press.
Menurut akhbar itu, pelacur asing biasanya akan memilih untuk mendarat di lapangan terbang pada awal pagi ketika keadaan lengang.
"Mereka seterusnya akan dibawa ke 'kaunter khas' dan pelacur yang sudah menjelaskan 'cukai pintu masuk' kepada pegawai tidak bertanggungjawab dapat masuk ke negara ini dengan mudah."
Selain itu, pelacur asing berkenaan juga perlu bersedia membayar 'tol' dari semasa ke semasa ketika berniaga di negara ini.
"Ketika menemui pelanggan di luar khususnya di hotel, pelacur mungkin berdepan sekatan jalan dan perlu merasuah anggota penguat kuasa.
"Ketika di hotel pula, pelacur perlu membayar 'tol' kepada petugas hotel yang menghalang."
Sementara itu, China Press turut melaporkan ramai pelacur dari China pada mulanya hanya ingin bekerja sebagai pelayan bar tetapi ada yang sanggup memperdagangkan badan untuk mendapat pendapatan tambahan.
"Sesetengah pelayan bar pula tidak menawakan perkhidmatan seks penuh tetapi sedia diraba pelanggan untuk mendapat pendapatan sampingan.
"Dengan membiarkan payu dara diraba, pelayan bar dapat memperolehi RM10. Mereka yang sanggup melakukan onani untuk pelanggan pula akan mendapat RM50."
|
|
|
|
|
|
|
|
Janganlah nak sekat China Doll. |
|
|
|
|
|
|
|
spiderman80 posted on 1-9-2014 11:55 PM
Janganlah nak sekat China Doll.
liang liang tak declare cukai ke sis? |
|
|
|
|
|
|
|
TROLIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII
|
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu posted on 2-9-2014 02:37 AM
liang liang tak declare cukai ke sis?
Dia bukan je bayar cukai, malah ada potong EPF jugak tahu? |
|
|
|
|
|
|
|
kalo betullah ramai pegawai x amanah ni, dorg patut malu kerana menjadi pengkhianat negara. |
|
|
|
|
|
|
|
Tolobg check visa dan data imigrsen mereka. Tang risiko kesihatan akibat health related risky behaviour pun satu jugak. Membebankan negara je. |
|
|
|
|
|
|
|
Even gro warga asing pun berpendapatan tinggi dekat malaysia ni..
Gaji besar..kalau ada pelanggan book dia pun dia dapat komisyen..pelanggan order air pun dia dapat komisyen...
Senang senang je dia orang leh dapat sehingga 20k sebulan..
Patutnya pekerjaan macam ni perlu di cukai kan dan diberi pada rakyat tempatan..
Ini dapat pada pendatang asing..cukai pun xkena.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|