si ruski nih model katanya... ramai btol set2 rogayah sulong rajin mengomen dlm IG heshe lebih2 lagi gambar shirtless
terjumpa artikel nih, org yg sama kah?
ARKIB : 03/04/2011
Terpikat budaya Melayu
Oleh ROSLI MANAH
(kacakbergaya2011@gmail.com)
Foto JEFFRI IRAN
Solekan AMY NOOR (dari Szemie Artisic & Gallery 012-2578884)
SEBELUM datang ke Malaysia untuk menyambung pengajian, anak muda dari Rusia, Vladimir Shekinahel, sudah mula rapat dengan budaya Melayu. Amalan orang Islam juga membuatkan dia tertarik dan terasa dekat dengan jiwanya. Kerana minat itu dia mula belajar tentang agama Islam di negaranya. Kebetulan Vladimir atau lebih mesra disapa Vlad ada ramai kawan Muslim iaitu pelajar Malaysia yang menuntut di sana. Daripada merekalah dia semakin tertarik mendalami Islam. Akhirnya dia mengikut temannya pulang bercuti ke Malaysia hujung tahun lalu. Selain mahu mendalami Islam, dia juga mahu mencari peluang menyambung pengajian di sini. “Saya ikut kawan ke kampungnya di Kelantan semasa bulan Ramadan lalu. Kami pergi melihat orang kampung menunaikan sembahyang Terawih. “Saya lihat saja dan tidak sembahyang sebab saya bukan penganut Islam pada masa itu. Akhirnya daripada mengikut dan memerhatikan kehidupan mereka, hati saya tertarik untuk menjadi seorang Islam. “Saya memeluk Islam di Malaysia beberapa bulan lalu. Sebelum itu saya sudah menyampaikan hasrat kepada keluarga di Rusia dan mereka menerima keputusan saya dengan hati terbuka,” jelas Vlad. Agama Islam bukanlah agama asing bagi keluarganya kerana di Rusia sendiri ramai penganut Islam. Mereka tidak pernah takut atau rasa terganggu dengan orang-orang Islam. “Saya sangat suka bergaul dengan orang Melayu,” kata Vlad yang kini sudah memiliki ramai kawan baru berbangsa Melayu. Walaupun di kelilingi rakam Melayu, namun lidahnya belum lagi dapat menguasai bahasa kebangsaan Malaysia itu. Dia akan cuba belajar sedikit demi sedikit. Vlad juga meminati seni yang ada unsur kebudayaan. Dia sering ke Istana Budaya untuk melihat aktiviti yang membawakan nilai tradisional. Baju Melayu juga sangat diminatinya dan dia sendiri memiliki beberapa pasang baju Melayu hadiah daripada kawan-kawannya. Laman Santai Istana Budaya juga antara destinasi yang kerap dikunjunginya bersama kawan-kawan baru. Pertemuan dengan seseorang di sanalah yang membawa Vlad ke kolum Kacak Bergaya kali ini. “Saya juga mahu aktif dalam bidang peragaan. Saya sebenar pernah terlibat dalam beberapa peragaan untuk media cetak. Hanya beberapa kerja sahaja dan belum lagi terserlah,” kata Vlad. Bidang lakonan juga menjadi sasarannya nanti, tapi memandangkan belum lagi menguasai bahasa Melayu, dia belum sedia mencubanya. “Bila sudah menguasai bahasa Melayu nanti bolehlah saya mencuba nasib,” katanya kepada Pancaindera.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0403&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_11.htm#ixzz3CB9t0WcE
© Utusan Melayu (M) Bhd
Sekian CSI
|