CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: s1musafir

RUKUN, FARDU DAN HAKIKAT SYAHADAH

[Copy link]
Post time 6-9-2014 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Dzulqarnain posted on 6-9-2014 05:06 PM
Salam bangcomel...



Ikut suka kamulah dgn clone2 tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2014 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebelum terlupa.

Apa itu Rukun Syahadah Tauhid?
1. Tiada tuhan yg berhak disembah melainkan Allah
2. Membenarkan pada lisan
3. Membenarkan pada niat

Apa itu Rukun Dua Kalimah Syahadah?
1. Aku bersaksi tiada tuhan selain Allah dan bersaksi Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.
2. Lafaz
3. Niat
4. 1 Imam 2 saksi (imam org muslim termasuk bapa, bapa saudara yg bersanad)
5. Berakal
6. Baligh

Apa hukum akal?
Wajib
Harus
Mustahil

Apa hukum hati?
Wajib
Sunat
Harus
Makhruh
Halal
Haram

Wajib pasangannya sunat
Harus pasangannya makhruh
Halal pasangannya haram

Suatu amalan berhukum wajib atau sunat adalah utk memelihara akal dan hati
Suatu amalan berhukum harus dan makhruh adalah utk memelihara akal
Suatu amalan berhukum halal dan haram adalah utk memelihara hati

Jika ada kesalahan, fix it for sharing
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2014 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Contoh memahami hukum.

Amalan Wajib dan sunat kpd diri sendiri TIDAK BOLEH dinyatakan terus kpd individu melainkan dgn hikmah atau ceramah. Kerana ianya berkaitan ilmu dan pilihan manusia dalam maksud iman.

Cukuplah syarah pendek asas kefahaman dari saya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2014 01:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagaimana caranya membenarkan syahadah?
1. Dengan ilmu, amal dan berjemaah dlm solat sekurang2nya 1 imam (bersanad) 2 saksi. Jika tidak berilmu, terus ke perkara (2)
2. Melafazkan dan berniat sekurang2 1 kali dihadapan 1 imam (bersanad) 2 saksi
3. Jika menyudahkan salah satu daripada perkara diatas, maka sentiasa bersyahadah ketika selesai wudu', sebelum bersolat, ketika tidur, ketika bangun tidur dan pada bila2 masa yg perlu disaksikan 2 malaikat kiri dan kanan.

Diharuskan tauliah utk memelihara akal. Makhruh jika tauliah diwajibkan tanpa merujuk perkara rukun

Ada pun perkara yg wajib utk syahadah itu demi memelihara akal dan hati . Sunat memperdengarkan kpd lafaz syahadah yg sewajarnya. (tidak meninggikan suara)

Apa makna 1 imam 2 saksi? Jika berjemaah, maka memadai dgn 1 imam dan 2 org jemaah. Adapun ketika bersendirian, baik muslim atau muslimat, maka imam itu diri sendiri dan 2 juga malaikat. Imam bermaksud pemimpin.

Imam itu ada kategorinya. Maka tidaklah patut perempuan menjadi imam utk kaum lelaki melainkan menjadi imam utk kaum sejantina sahaja. Maka diharap penjelasan ini menjelaskan makna 1 imam 2 saksi.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2014 01:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebaik2 muslim dan muslimat, sebelum berjemaah : Laksanakan Rukun 2 Kalimah Syahadah walaupun 1 kali ketika dirinya ingin bersolah secara jemaah (permastautin digalakkan).
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2014 02:50 AM | Show all posts
s1musafir posted on 5-9-2014 05:23 PM
memang pada awal perjalanan nak menuju ke arah tersebut
tetapi dah ada gangguan, dan saya tak pun ...

Saya assume saudara buka thread ni sebab saudara betul nak tahu perkara yg ditanyakan dlm post awal.

Sebab saya tak tahu apa jawapannya, saya take effort buat goggle. Nak juga tahu apa beza syahadat saya dgn yg tuan tanya. Officially on paper, hanya CONVERTS jer menzahirkan syahadah dpn wakil kerajaan utk tujuan formalities.

Incase saudara nak try guna google, kat search box tu saya masukkan keyword: rukun dan hakikat syahadah THEN CLICK SEARCH.

Saya dpt link bawah ni. Mudahan ia berguna utk saudara yg mahu mendalami lagi syahadah dari sudut lain yg mungkin advance level. Saya browse through jer tadi.

http://tarikatusufiah.blogspot.in/2013/02/rukun-syahadah.html
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-9-2014 03:40 AM | Show all posts
Abangcute posted on 6-9-2014 06:11 PM
Ikut suka kamulah dgn clone2 tu.

Mana clone? Yg kengkunun dh selesai jalan mujahadah tu ek...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2014 06:43 PM | Show all posts
elok merahkan ayat tu, ....sebab tu saya kata org yg tak selesai perjuangan mujahadah nafsu, memang takkan faham dan salah kefahaman dalam ilmu bila berbicara apatah lagi hal hal makrifat itu sendiri....

semua hati maukan kemenangan bukan mahu Allah.....
Reply

Report


betul...mujahaddah melawan hawa nafsu ini yang sangat sangat dituntut untuk dilakukan setiap kita...tapi ia bukanlah suatu tugas yang mudah...kita terpaksa mempelajari perkara2 sifat keji yang wujud dalam setiap diri kita...diumpamakan PERANG BATIN katakan...jadi, kita terpaksa menkaji kelemahan musuh(sifat keji!) supaya senang kita mengalahkannya..pelajari taktik perang!...dan jangan lupa pulak mengasah sehingga TAJAM senjata(sifat mulia!) yang ada dalam diri...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2014 06:47 PM | Show all posts
Betul tu habakuk. Ilmu syariat ni mudah je.. Yang susah nak amalkan. Amal tulah tariqat. Barulah kita tahu kesannya yang dikatakab hakikat. Hasilnya adalah makrifat... Baru ujud perasaan kehambaan.  Ta susah islam ni. Amalkan aja syariat yang di ajar nabi., dan istiqomah. Tak perlu nak kaji2 bab yg belum layak. Haqiqat ni rasa sendiri. Makrifat tulah yang menghasilkan taqwa


Terbaikkkk bro! penerangan yang simple dan mudah difahami setiap kita tentang syariat tarikat hakikat dan makrifat...harap penerangan ini memberi manfaat para pembaca....
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2014 07:03 PM | Show all posts
Saya assume saudara buka thread ni sebab saudara betul nak tahu perkara yg ditanyakan dlm post awal.

Sebab saya tak tahu apa jawapannya, saya take effort buat goggle. Nak juga tahu apa beza syahadat saya dgn yg tuan tanya. Officially on paper, hanya CONVERTS jer menzahirkan syahadah dpn wakil kerajaan utk tujuan formalities.

Incase saudara nak try guna google, kat search box tu saya masukkan keyword: rukun dan hakikat syahadah THEN CLICK SEARCH.

Saya dpt link bawah ni. Mudahan ia berguna utk saudara yg mahu mendalami lagi syahadah dari sudut lain yg mungkin advance level. Saya browse through jer tadi.

http://tarikatusufiah.blogspot.in/2013/02/rukun-syahadah.html


hmmmm...baru lepas jenguk site tuh...taak banyak yang menarik kerna semua sudah kita pelajari sebelum ini... cuma yang menarik pada saya berkenaan 50 Akidul Iman.....dan kefahaman saya tentang 50 Akidul Iman tu adalah:

20 sifat wajib Allah
20 sifat mustahil Allah
1 sifat harus Allah
4 sifat wajib Rasul
4 sifat mustahil Rasul
1 sifat harus rasul

Jadi, total semua adalah 50! dan sebab inilah ia dipanggil 50 Akidul Iman!

Tapi semua ini kita sudah mempelajarinya....dan apa yang hendak saya bangkitkan adalah tentang CARA MEMBERI NAMA ILMU itu yg saya kurang berkenan! kerna ia sangat MENGELIRUKAN orang awam!

Sebab apa mengelirukan?

sebab IMAN itu bukan hanya 50! banyak lagi tentang iman, terutamanya perkara tentang malaikat, tentang kitab, tentang kiamat dan tentang takdir! ini sudah pasti Akidul Iman itu bukan hanya 50! malah lebih atau tidak terkira!!!

sebab itu apabila ilmu mula diberi NAMA2 BARU(agar ia nampak hebat! mungkin!), ramai yang keliru...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2014 02:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada Allah dan Rasul menyuruh menyifatkan Allah utk menjelaskan sebaliknya?

Saya tidak mengatakan salah, yg ini kena faham dgn jelas. Malah bukankah kita sudah tahu Allah swt melarang menyifati sifatNya termasuklah sifat selain yg Dia nyatakan? Bukalah Alquran dan carilah apa yg Dia maksudkan.

Setiap sesuatu ilmu itu adalah ujianNya. Yg penting, setakat mana kita mahu mendengar dan taat akan perintahNya?

Di dlm Alquran, terlalu byk perumpamaan, bukti2 dan kejadian utk dijadikan petunjuk.

Susah ke nak beriman? Kacang goreng aje nak beriman terutama pada hati (amalan hati). Akan tetapi sukar utk benar2 beriman pada perbuatan dan kata2.

Sebenar2 akidah itu mendengar dan taat apa yg Dia kata dan suruh. Antara akidah yg Dia perintahkan kpd sesiapa yg mahu melaksanakannya adalah membaca Asma Ul Husna (99 namaNya). Ini antara ilmu tauhid berkenaan sifatNya yg meliputi APA YG KITA HANYA PERLU TAHU. Kita hanya boleh memahami pada maksud ciptaanNya sahaja itupun pada maksud perumpamaan dan tidak boleh menyamakan sifat pada makhluk sebagai dalil merujuk terus sifat2Nya.

Dalil menyatakan mustahil pada sifat2Nya itu hanyalah ujianNya. Kerana akal manusia itu sebenarnya terbahagi kepada 3 hukum merujuk DIRI SENDIRI. Utk memahami apa yg Dia kehendaki, hukum akal pada mustahil hanya boleh dikatakan "Mustahil Allah itu makhluk"

Cuba guna akal yg SIHAT, Allah ada 99 nama yg Dia sifatkan dan di dlm Alquran. Kenapa yg manusia sifatkan sebagai mustahil BUKAN 99? Tak ke Allah menerangkan dalam Alquran perihal ini? Kamu semua dok bincang mcm faham Alquran dan tak mau ambil yg Allah tetapkan?

Apa kata kamu dtg kpd saya, cuba ajar saya ilmu yg kamu katakan itupun jika mampu? Jika ada mana2 guru yg pakar ilmu2 sifat 41, datanglah kot2 nak terbiyah kata saya sesat.

Kpd sesiapa yg mahu mengajarkan ilmu tauhid, tiap guru Allah berikan ilmu yg berbeza. Yg Dia nak lihat, berapa ramai yg benar2 mendengar dan mentaati perintah Allah.

"Tiada tuhan selain Allah" jika kita nak mudah faham "Tiada tuhan MELAINKAN Allah". Nak mudah lagi faham "Tiada tuhan (yg berhak disembah) melainkan Allah". Perkataan penting "Allah". Kerana ketika berjumpa Allah, Dia boleh kata apa sahaja sekiranya mulut anda tidak mampu berkata2.

Wallah Hu'alam Last edited by Abangcute on 8-9-2014 02:49 AM

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2014 02:55 AM From the mobile phone | Show all posts
rujuk :
Setelah diketahui demikian maka tidaklah patut disamakan Allah Tuhan yang berkuasa mengawas, tiap-tiap diri dan mengetahui akan apa yang telah diusahakan oleh diri-diri itu, (dengan makhluk yang tidak bersifat demikian). Dalam pada itu, mereka yang kafir telah menjadikan beberapa makhluk sebagai sekutu bagi Allah. Katakanlah (wahai Muhammad): "Namakanlah kamu akan mereka (yang kamu sembah itu). Atau adakah kamu hendak memberi tahu kepada Allah akan apa yang tidak diketahuiNya di bumi? Atau adakah kamu menamakannya dengan kata-kata yang lahir (sedang pada hakikatnya tidak demikian)?" Bahkan sebenarnya telah diperhiaskan oleh Iblis bagi orang-orang yang kafir itu akan kekufuran dan tipu daya mereka (terhadap Islam), dan mereka pula disekat oleh hawa nafsu mereka daripada menurut jalan yang benar. Dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan pilihannya yang salah) maka tidak ada sesiapapun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.

(Ar-Ra'd 13:33)
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2014 03:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila dikatakan pada hukum akal Mustahil Allah itu makhluk, maka sesinambungan hukum akal menjadi wajib utk menerima sifat2 Allah 99 yg Dia nyatakan di dlm Alquran. Hukum akal diharuskan memahami perumpamaan makhluk2 ciptaanNya utk memahami akan sifat2Nya.

Inilah ilmu tauhid yg patut ditanam pada akal.

1. Wajib pada akal menerima Allah bukan bersifat makhluk berdasarkan apa yg Dia sifatkan 99 nama.
2 Harus pada akal menerima Allah bukan bersifat makhiuk berdasarkan perumpamaan ciptaanNya utk memahami makna sifat 99.
3 Mustahil pada akal menerima Allah sebagai makhluk dan apa yg bukan sifatnya yg dinyatakan oleh makhluk.

Kita kata pegang Alquran dan Sunnah. Kenapa kita masih mengambil ilmu nafi akan sifat Allah sedangkan kita tak ikut petunjukNya?


Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2014 07:13 AM From the mobile phone | Show all posts
rujukan lain:
Bertanyalah kepada Bani Israil, berapa banyak keterangan-keterangan yang telah Kami berikan kepada mereka (sedang mereka masih ingkar)? dan sesiapa menukar nikmat keterangan Allah (dengan mengambil kekufuran sebagai gantinya) sesudah nikmat itu sampai kepadaNya, maka (hendaklah ia mengetahui) sesungguhnya Allah amat berat azab seksaNya.

(Al-Baqarah 2:211)

Di antara orang-orang Yahudi ada yang mengubah (atau menukar ganti) Kalamullah (isi Kitab Taurat), dari tempat dan maksudnya yang sebenar, dan berkata (kepada Nabi Muhammad): "Kami dengar", (sedang mereka berkata dalam hati): "Kami tidak akan menurut". (Mereka juga berkata): "Tolonglah dengar, tuan tidak diperdengarkan sesuatu yang buruk", serta (mereka mengatakan): "Raaeina"; (Tujuan kata-kata mereka yang tersebut) hanya memutar belitkan perkataan mereka dan mencela agama Islam. Dan kalaulah mereka berkata: "Kami dengar dan kami taat, dan dengarlah serta berilah perhatian kepada kami", tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih betul. Akan tetapi Allah melaknat mereka dengan sebab kekufuran mereka. Oleh itu, mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja (di antara mereka).

(An-Nisaa' 4:46)

Maka orang-orang yang zalim di antara mereka menukarkan perintah itu dengan perkataan yang tidak dikatakan kepada mereka. Oleh itu, Kami turunkan azab dari langit menimpa mereka, dengan sebab kezaliman yang mereka lakukan.

(Al-A'raaf 7:162)

Mereka menukarkan ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit (dari faedah-faedah dunia), lalu mereka menghalangi (dirinya dan orang-orang lain) dari agama Allah; sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah kerjakan.

(At-Taubah 9:9)

Tidakkah engkau melihat (dan merasa ajaib) terhadap orang-orang kafir yang telah menukar kesyukuran nikmat Allah dengan kekufuran, dan yang telah menempatkan kaum mereka dalam kebinasaan?

(Ibrahim 14:28)
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2014 01:23 PM | Show all posts
Cuba guna akal yg SIHAT, Allah ada 99 nama yg Dia sifatkan dan di dlm Alquran. Kenapa yg manusia sifatkan sebagai mustahil BUKAN 99? Tak ke Allah menerangkan dalam Alquran perihal ini? Kamu semua dok bincang mcm faham Alquran dan tak mau ambil yg Allah tetapkan?

"Dialah Allah, tidak ada Tuhan/Ilah (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai asmaa'ul husna (nama-nama yang baik)." - (Q.S. Thaa-Haa : 8)[1]
Katakanlah: "Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaa'ul husna (nama-nama yang terbaik) dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam salatmu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu" - (Q.S Al-Israa': 110)[1]
"Allah memiliki Asmaa' ulHusna, maka memohonlah kepada-Nya dengan menyebut nama-nama yang baik itu..." - (QS. Al-A'raaf : 180)[1]



Bro @abgcute... jelas sangat ayat dalam quran ini tentang NAMA-NAMA ALLAH...ulang sekali lagi..NAMA-NAMA! BUKAN sifat ALLAH.... yang 99 tuh adalah NAMA-NAMA ALLAH bro... sebab tu takde 99 sifat mustahil ALLAH... jangan samakan SIFAT dengan NAMA...berbeza tu...

harus difahami apa itu NAMA...apa itu SIFAT...
NAMA-NAMA ALLAH digunakan untuk menyeru ketika berdoa... sedangkan SIFAT-SIFAT ALLAH digunakan untuk MENGENAL ALLAH....

Tentang Ilmu sifat 20 nih memang betul tiada dalam Quran dan Hadis secara TERANG lagi JELAS... ilmu ini di pelopori oleh ulamak imam kita terdahulu... Ia hanyalah sekadar METHOD atau KAEDAH pengajaran dalam memahami dan mengenali Yang Maha Pencipta...

Ia sama juga dengan HUKUM2 wajib,sunat,harus,makruh dan haram... Ia tidak dinyatakan secara JELAS DAN TERANG...  tapi semua ayat2 dan hadis2 yang berkaitan HUKUM dikumpulkan.. dan ulamak2 kita membuat kesimpulan tentang 5 HUKUM ini(wajib,sunat,makruh,harus dan haram)..

Dan ia sama juga tentang SOLAT... Tiada dinyatakan dengan jelas lagi terang dalam Hadis atau ayat2 Quran yang menyatakan "solat itu ada 13 rukun"... tetapi ulamak2 kita yang menyimpulkan bahawa solat itu ada '13 rukun'...dan kita membenarkannya kerna ada 13 perkara yang kita lakukan dalam solat...

Walau apa pun semua ini HANYALAH METHOD atau KAEDAH pembelajaran supaya lebih mudah dipelajari dan lebih senang untuk diingat...ia antara sumbangan besar ulama2 terdahulu...

Sama juga seperti sumbangan besar sahabat rasullulah Abu Bakar dan Umar... Tiada dinyatakan dengan JELAS LAGI TERANG dalam HADIS atau QURAN tentang membukukan ayat2 quran...tetapi ia dilakukan oleh Abu Bakar dan Umar demi KEBAIKAN UMAT ISLAM....sama juga tentang sumbangan uthman yang meletaknan titik dan baris pada ayat2 quran! ini jelas tiada dalam Quran dan Hadis.... Last edited by habakuk on 8-9-2014 01:25 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2014 05:01 PM | Show all posts
habakuk posted on 8-9-2014 01:23 PM
"Dialah Allah, tidak ada Tuhan/Ilah (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai asmaa'ul h ...

terima kaseh kpd sodara yg budiman

memang begitulah tujuan forum yg sebenar benar, untuk berkongsi ilmu sbg membuka minda penyegar jiwa...
sebab dah lama saya perati tgk, cara org yg ada guru dan tiada guru sgt berbeza
cara org yg berbincang satu2 hal dan kemudian memetik quran berselindung disebalik nama Allah semata nak pertahan pendapat sendiri, hanya nakkan kemenangan yg murah sedikit....

sodara ini bagi saya adalah org yg punya guru....
sebab tu saya malas nak layan cakap org yg tak faham sebenar apa itu sifat dan nama
satu2 isu kena selesaikan, kalau isu sifat 20, kenalah dlm lingkungannya, bukan main raut semua mcm tu, kaedah org menuntut mmg tak sama dgn tiada guru murobbi itu.....

para sahabat dulu tu satu2 perkara bukan main ikut suka walaupun nabi dah tiada, tetapi mereka ni dah ada cop R.A (Allah redha pada mereka, mereka pon redha pada Allah), makam insan kamil tu... sebab tu penting tahu hakikat ilmu 4 sahabat [pada yg berkenaan]...
sekiranya tidak tiadalah syekh kutub alqader jelani berkata apabila muridnya yg juga wali Allah bertanya padanya, apakah perbandingan diri tuan dgn para sahabat? terus syekh kutub menyatakan "habuk di kaki kuda pun belum tentu" - bukan saja2 dia merendah diri, syekh kutub mmg tahu perbandingan sebenar dirinya dgn para nabi, sahabat, dan org shiddiqqin serta solehin...

bagi saya, ulama dulu2 bukan sebarang ulamak, ulama yg haq pewaris nabi yg mana kita tak pernah bergaul kenal dan bertemankan mereka seperti guru dan murid baik sahabat dan kawan....tetapi mereka inilah yg mewariisi ilmu para nabi anugerah Allah secara haq...yg bermakrifat

sebab setahu saya, seseorg diri yg benar2 sudah guru dan bermakrifat, Allah mmg akan menghantar orang2 yg akan mengaji kepadanya secara sembunyi atau terang2, tidak putus2, dari mula diri itu mursyid dan telah matang ilmu dan bersedia pembelajarannya, sehinggalah dia wafat kelak esok, spt imma ghazali, imam ahmad, tokoh2 ulama mazhab....mereka semua itu bukan sekadar pakar fiqah, tetapi mereka juga telah berjaya memahami dan menyelaraskan syariat tarikat hakikat dan makrifat, secara ringkas...tugas guru makrifat bukan mudah , sedikit sebanyak ada sangkut paut sepertimana jalan nabi muhammad itu sendiri (serba sedikit)....jalan para sahabat itu sendiri....dan mcm2 la...ringkasnya...



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-9-2014 05:05 PM | Show all posts
AwgSagi posted on 7-9-2014 02:50 AM
Saya assume saudara buka thread ni sebab saudara betul nak tahu perkara yg ditanyakan dlm post awa ...

terima kasih byk atas rujukan tuan,
inilah baru diantara bentuk pertolongan yg dijalankan...
saya akan membacanya....insyallah....
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2014 09:58 PM | Show all posts
habakuk posted on 8-9-2014 01:23 PM
"Dialah Allah, tidak ada Tuhan/Ilah (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai asmaa'ul h ...

Nak tanya, sebelum membaca Alquran, berapa banyak nama tuhan yang kamu sebut? Bukan apa, nampak anda sendiri tak faham apa yang sedang kamu perkatakan.

Saya nak tanya, tuhan kamu siapa? Ceritakan sikit leh pada kalimah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Tolong ajar kepada saya yang bodoh ini mberapa banyak tuhan kamu nak ceritakan kat kalimah ini? Dah kata kamu Ar-Rahman itu nama Allah dan bukan sifat Allah... Ceritalah wahai sayang...

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2014 11:05 PM | Show all posts
habakuk posted on 8-9-2014 01:23 PM
"Dialah Allah, tidak ada Tuhan/Ilah (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai asmaa'ul h ...

Untuk pengetahuan umum, Allah swt menerangkan akan nama-nama Allah pada maksud "Allah tidak boleh disifatkan MELAINKAN apa yang Dia sifatkan pada maksud senarai nama-nama Allah yang jumlahnya 99".

Saya hairan, kenapa pula anda berkata :
hmmmm...baru lepas jenguk site tuh...taak banyak yang menarik kerna semua sudah kita pelajari sebelum ini... cuma yang menarik pada saya berkenaan 50 Akidul Iman.....dan kefahaman saya tentang 50 Akidul Iman tu adalah:

20 sifat wajib Allah
20 sifat mustahil Allah
1 sifat harus Allah
4 sifat wajib Rasul
4 sifat mustahil Rasul
1 sifat harus rasul

Jadi, total semua adalah 50! dan sebab inilah ia dipanggil 50 Akidul Iman!


Jika ikutkan apa yang kamu nyatakan, secara terang kamu menyatakan 20 sifat mustahil Allah sedangkan kita tidak boleh menyifati Allah sembarangan. Yang kamu kata tadi Nama-nama Allah itu hanyalah sebahagian iaitu 20 sifat wajib Allah? Bila masa Allah tetapkan Nama-nama Allah yang kamu katakan hanya 20 sifat wajib Allah? Apa penjelasan akidah kamu? Jika kamu beriman kepada Allah, kamu kena terima 99 Nama Allah yang Allah sifatkan untukNya kepada makhluk untuk memahami seperti mana yang Dia kehendaki.

Tolong jelaskan sikit, adakah kamu faham bawaan akidah kamu tu BETUL atau TIDAK ni? Kamu kata kamu beriman kepada Alquran, tetiba kamu kata 20 sifat wajib Allah? Sedangkan sifat wajib Allah itu apa yang Dia maksudkan pada nama-nama Allah.

Okey gini aje lah... fahamkan makna Nama-nama Allah

Nama Allah = dah tentu merujuk kepada Nama Allah
Bila disebut Nama-nama Allah (plural) = dah tentu lah merujuk nama-nama Allah (pada apa yang Dia sifatkan sebanyak 99 merujuk kepada perkataan Allah). Dan kita kena iktikad, apa yang Allah nyatakan itu mengenai diriNya hanyalah untuk kefahaman makhluk. Dan Allah dan Nama-nama Allah itu BUKANLAH MAKHLUK.

Contoh kefahaman tauhid: [Perkataan Allah]. Bila Pencipta Alam ini mengatakan namaNya Allah, maka kita hanya perlu menyebut Allah
1. nama khas yang Dia tetapkan kepada diriNya untuk dimakhlukkan bagi memudahkan akal makhluk memahaminya.
2. sebagai rujukan kefahaman kpd makhluk ciptaanNya, memahami keberadaan Dia selaku Pencipta Alam ini yang tidak boleh dimakhlukkan.

So untuk memahami 99 nama-nama Allah HANYA melalui perumpamaan. Contoh, Nama Allah Yang Maha Membinasakan : Perumpamaan pada kisah kaum Ad yang Allah swt hancurkan kota mereka (sebagai contoh kefahaman makhluk sedangkan TAK PATUT DIMAKHLUKKAN).



Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2014 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Abangcute posted on 8-9-2014 09:58 PM
Nak tanya, sebelum membaca Alquran, berapa banyak nama tuhan yang kamu sebut? Bukan apa, nampak an ...

Abangcute & @habakuk

Adakah kekeliruan tentang mana sifat dan mana nama ALLAH SWT kerana interpretasi atau pemahaman atau ambilan guru yang berbeza?

Mungkin guna perbandingan dengan penggunaan bahasa melayu lebih senang kot? Contoh:

Bayi yg lahir tanpa anggota yg lengkap akan disebut sebagai lahir cacat atau bayi OKU atau juga disebut lahir tak cukup SIFAT.

Manakala, dermawan, pemurah, penyayang, pemarah dsbnya dipanggil sebagai sikap terkadang tabiat terkadang akhlak.

Kadang2, apabila hendak bercerita mengenai seseorang yg kita tak ketahui namanya, kata ganti atau gelaran yg biasanya merujuk keadaan sifat atau fizikal digabung dgn sikapnya akan digunakan, contoh:

si bongkok yang perkasa,
tuan rambut putih yang dermawan,
si pipi merah yang penyayang,
dsbnya.

Kadang2 dlm penggunaan bahasa melayu, sifat dan sikap boleh tersilap interpret kerana ada nama seerti.

Sifat boleh dirujuk sebagai anggota badan. Cuma perkataan sifat jarang disebut kecuali sebagai utk merujuk sesuatu yg tak baik umpamanya:
"dah lah tak cukup sifat, pencuri pulak tu" akan menjadi nama atau gelaran hinaan pada individu yg kudung yang rongang sebagai sikudung rongang yg pencuri.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 12:48 AM GMT+8 , Processed in 0.496605 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list