CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2437|Reply: 10

[Dunia] Gaza bebas: Kemusnahan dibayar kemenangan

[Copy link]
Post time 3-9-2014 12:28 PM | Show all posts |Read mode



PERTUMPAHAN darah berlarutan kira-kira tujuh minggu di Genting Gaza berakhir dengan gencatan senjata tanpa had antara Palestin dan Israel. Genting Gaza kembali tenang selepas dihujani peluru berpandu rejim Zionis sejak 50 hari lalu.

Bagaimanapun, di sebalik ketenangan itu, ramai penduduk masih dihantui kekejaman Israel kerana kebanyakan daripada mereka kehilangan orang tersayang sepanjang tempoh peperangan tersebut.

Selain itu, ramai penduduk kini tinggal sehelai sepinggang selepas kebanyakan kawasan kediaman musnah teruk akibat dibedil rejim Zionis. Kesan kemusnahan di kawasan seperti Shejaeya, Beit Hanoun dan Khuzaa kelihatan seperti ia dibom dengan senjata nuklear.

Proses pembersihan kesemua sisa runtuhan itu pula dikatakan bakal mengambil masa selama beberapa bulan. Malah, projek pembangunan semula Genting Gaza juga mungkin memakan masa selama beberapa dekad.

Bagaimana nasib ratusan ribu penduduk Gaza yang hilang tempat berteduh ketika ini. Adakah mereka akan terus hidup menderita walaupun Israel telah bersetuju melonggarkan beberapa sekatan yang dikhuatiri sebenarnya hanya untuk mengaburi mata masyarakat antarabangsa?

Kerugian cecah RM16 bilion

Hasil laporan Menteri Kerja Raya Palestin, Mufeed al-Hasayneh mendapati, serangan Zionis menyebabkan kemusnahan infrastruktur mencecah lebih AS$5 bilion (RM16 bilion) di Genting Gaza.
Menurutnya, lebih 50,000 infrastruktur termasuk 277 sekolah, 270 masjid dan 10 hospital musnah akibat kekejaman Israel.

“Kira-kira 10,000 kediaman musnah manakala 30,000 rumah rosak teruk akibat bedilan Israel sejak 8 Julai lalu.Tiga kawasan yang paling teruk terjejas adalah Shejaeya, Beit Hanoun dan Abasan.

“Sebanyak 60 peratus rumah di Shejaeya terutamanya di kawasan timur kejiranan terbabit musnah menyembah bumi. Beberapa bangunan kerajaan termasuk balai polis dan pejabat keselamatan nasional turut menjadi sasaran serangan rejim Zionis,” jelasnya.

Difahamkan, mereka juga terpaksa menanggung kerugian AS$25 juta (RM79 juta) selepas bekalan bahan api di loji janakuasa Gaza dibom. Selain itu, kebanyakan penduduk juga terpaksa bergelap selepas 10 talian kuasa yang membekalkan tenaga elektrik di wilayah itu terputus sejak beberapa minggu lalu.

Mufeed mendakwa sebanyak 70 peratus telaga air di Gaza telah musnah hingga menyebabkan penduduk kini menghadapi krisis bekalan air bersih.

“Kira-kira 300 hektar kawasan pertanian terjejas teruk akibat konflik tersebut. Sektor pertanian adalah salah satu daripada industri penting di Gaza, namun operasi ketenteraan Israel telah menyebabkan ramai petani terpaksa menanggung kerugian besar.

“Zon penampan yang meliputi kira-kira 29 peratus di sempadan telah menyebabkan ramai petani kehilangan punca pendapatan sepanjang tempoh peperangan tersebut.

Susulan daripada itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan kos pembinaan semula Genting Gaza mungkin mencecah lebih AS$10 bilion (RM 31 bilion).

Sektor ekonomi terjejas teruk

Beberapa pakar berpendapat, ekonomi di Genting Gaza mengambil beberapa tahun untuk pulih memandangkan lebih 360 kilang musnah. Persekutuan Perusahaan Palestin memaklumkan, kira-kira 10 peratus kilang di wilayah itu terpaksa menghentikan operasi mereka.

Situasi tersebut menyebabkan sektor perkilangan menanggung kerugian mencecah lebih AS$70 juta (RM220 juta). Kilang terbesar di Gaza, Al-Awda di Deir al-Balah yang mengeluarkan produk  makanan dilaporkan musnah teruk hingga menyebabkan 450 pekerjanya kehilangan pekerjaan.

Pengurus kilang itu, Manal Hassan menganggarkan kerugian terpaksa ditanggung mencecah AS$30 juta (RM94 juta). Selain itu, persatuan nelayan juga mendakwa, hasil tangkapan ikan antara 9 Julai dan 10 Ogos telah berkurangan sebanyak 9 peratus.

Sementara itu, ladang ternakan di Beit Hanoun juga menanggung kerugian besar. Pemiliknya, Mahmoud Nadi berkata, hampir sebahagian daripada 370 lembu di ladangnya mati.

“Puluhan bangkai lembu ditemui bergelimpangan di sekitar ladang ini apabila kami sekeluarga pulang semula ke kawasan terbabit,” katanya.

Di Beit Lahiya, penternak unta, Zaid Hamad Ermelat mendakwa 20 unta ternakannya bernilai AS$2,800 (RM8,820) seekor ditembak mati oleh tentera Israel.

Ahli ekonomi, Omar Shaban memberitahu, hasil laporan awal mendapati, peperangan itu memberi kesan lebih tiga kali ganda kepada ekonomi di Gaza berbanding konflik pada 2008-2009.

“Kadar pengangguran dijangka meningkat berbanding 40 peratus sebelum ini berikutan pemberhentian operasi kilang. Proses pemulihan ekonomi di Gaza sebenarnya bergantung kepada syarat perjanjian gencatan senjata.

“Jika Israel menarik balik sekatan mereka, ia mungkin mengambil masa selama dua hingga tahun untuk pulih,” jelasnya.

Gencatan senjata terbuka

Apa syarat yang telah dipersetujui? Israel bersetuju melonggarkan sekatan di laluan sempadan bagi membolehkan bantuan kemanusiaan dan bahan binaan untuk pembinaan semula Gaza dihantar ke wilayah itu.

Tel Aviv bersetuju memperluaskan kawasan penangkapan ikan dari kawasan lingkungan 4.6 kilometer (km) kepada 9.6 km. Tuntutan terhadap pembukaan lapangan terbang dan pelabuhan serta pembebasan tahanan Palestin di Tebing Barat bakal dibincangkan dalam rundingan akan datang.

Mengapa sukar melaksanakan gencatan senjata kekal? Gencatan senjata pertama dipersetujui Israel ditolak Hamas selepas mereka meragui kandungan perjanjian itu. Sepanjang tempoh 50 hari peperangan itu meletus, beberapa gencatan senjata sementara telah dikuatkuasakan dan ada juga dicabuli.

Bagaimanapun, persetujuan dicapai pada hari ke-50 konflik tersebut selepas kandungannya dikatakan sama seperti syarat perjanjian yang diterima kedua-dua belah pihak ketika Perang Lapan Hari pada 2012.

Gencatan senjata kekal pula didakwa sukar dilaksanakan kerana Israel seakan tidak mengendahkan tuntutan Palestin termasuk menarik balik kesemua sekatan haram ke atas wilayah itu yang dikenakan sejak 2006.  

Garis masa gencatan senjata Israel-Hamas:

Julai
15 - Kabinet Keselamatan Israel menerima cadangan gencatan senjata Mesir, Bagaimanapun, ia ditolak oleh Hamas dan mereka turut menuntut sekatan haram yang dikenakan ke atas wilayah Gaza sejak 2006 ditarik balik.

26 - Gencatan senjata kemanusiaan selama 12 jam dikuatkuasakan.

Ogos
1 - Gencatan senjata selama 72 jam dicabuli rejim Zionis kira-kira 90 minit selepas ia dilaksanakan. Israel turut mengebom kawasan berhampiran bandar selatan di Rafah.

5 - Pasukan tentera darat Israel berundur dari wilayah Gaza selepas memusnahkan terowong rahsia milik Hamas sejurus gencatan selama tiga hari dikuatkuasakan.

8 - Usaha untuk melanjutkan tempoh gencatan senjata selama 72 jam gagal dan pertempuran tercetus kembali.

11 - Gencatan senjata baharu selama tiga hari berkuatkuasa dan disusuli satu lagi gencatan selama lima hari.

19 - Israel melancarkan serangan udara menjelang saat akhir sebelum gencatan senjata berakhir.

26 - Gencatan senjata terbuka yang dicadangkan Mesir diterima kedua-dua belah pihak dan penduduk Palestin menganggap ia sebagai kemenangan buat mereka.

Netanyahu dikecam

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dikritik oleh anggota kerajaan gabungan pimpinannya sejurus selepas gencatan senjata baharu tersebut dicapai. Media tempatan Israel turut melahirkan rasa kecewa mereka terhadap kepimpinan Netanyahu dan kredibilitinya mula dipersoalkan selepas beliau tunduk dengan tuntutan Hamas.

Susulan daripada itu, beberapa pihak mula menggesa beliau supaya meletak jawatan. Bagaimanapun, Netanyahu dilihat cuba melindungi kelemahannya dengan menyifatkan Operasi Perlindungan Sempadan itu kononnya sebagai pencapaian ketenteraan dan diplomatik terbesar buat Israel.

Sementara itu, satu tinjauan terbaharu menunjukkan majoriti  daripada penduduk Israel percaya rejim Zionis tidak mencapai sebarang kejayaan dalam operasi ketenteraan tersebut. Kaji selidik yang dilakukan akhbar Haaretz mendapati kira-kira 54 peratus berpendapat tentera Israel gagal mencapai matlamat mereka.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2014 12:31 PM | Show all posts
dalam perang tak de sapa menang
satu jadi abu.. satu jadi arang

#peacenowar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2014 12:32 PM | Show all posts
atira posted on 3-9-2014 12:31 PM
dalam perang tak de sapa menang
satu jadi abu.. satu jadi arang

perang tidak mendatangkan hasil malah mendatangkan kematian
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah hancur lebur, build up balik pun x guna. Nti dorang serang balik..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2014 12:57 PM | Show all posts
Peya posted on 3-9-2014 12:38 PM
Dah hancur lebur, build up balik pun x guna. Nti dorang serang balik..

BETUL TU , tgu kiamat je la
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 01:04 PM | Show all posts
kehidupan semua makhluk setiap hari juga adalah peperangan.  ada benda yg perlu dipertahankan.  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-9-2014 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Lps ni takde perang dah?.konfiden?
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 01:18 PM | Show all posts
piao posted on 3-9-2014 12:57 PM
BETUL TU , tgu kiamat je la

amboi kak...perkataan tu simple je bila sebut..impak die tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2014 11:16 AM | Show all posts
7 komen sembang aman so far. Masuk je komen zionis wannabe, baru rancak dan bertenaga.
Marah Islam punya pasal.
Menyenget sokong Zionis kat forum..hohoh
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 11:22 AM | Show all posts
atira posted on 3-9-2014 12:31 PM
dalam perang tak de sapa menang
satu jadi abu.. satu jadi arang

Yang macai asik pukul canang kata menang, menang, menang ni apa? Tak reti guna akal ke macai2 ni? Apa yang menang? Menang anugerah yang terkorban paling ramai? Kita kena terima hakikat bahawa tiada kemenangan, unless korang nak kemenangan dalam tafsiran yang lain dari kebiasaan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 11:38 AM | Show all posts
Babai posted on 4-9-2014 11:22 AM
Yang macai asik pukul canang kata menang, menang, menang ni apa? Tak reti guna akal ke macai2 ni?  ...

dengan sebegitu ramai kanak2, orang tua, wanita yg tidak berdosa terbunuh pon mereka sungguh bergembira dgn 'kemenangan',
aku no comment le dgn ummah begini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 12:49 PM GMT+8 , Processed in 0.165415 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list