CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6368|Reply: 6

[NTV] Kyou wa Kaisha Yasumimasu きょうは会社休みます。 (2014)

[Copy link]
Post time 6-9-2014 08:46 PM | Show all posts |Read mode
Kyou wa Kaisha Yasumimasu








Drama : Take The Day Off Work Today (working & literal title)

Romaji : Kyou wa Kaisha Yasumimasu

Japanese : きょうは会社休みます。

Director : Satoru Nakajima

Writer : Mari Fujimura (manga), Shigeki Kaneko

Network : NTV

Release Date : October, 2014


Fukushi Shota dan Tamaki Hiroshi akan berlakon bersama Haruka Ayase dalam drama " Kyou wa Kaisha Yasumimasu "

Aktor yang akan tampil dalam drama TV “ Kyou wa Kaisha Yasumimasu ” telah di umumkan akan berperanan sebagai Tanokura Yuto adalah “ Fukushi Sota ” dan Asao Yu dilakonkan oleh “ Tamaki Hiroshi ”.

Tanokura merupakan mahasiswa yang bekerja di syarikat yang sama dengan “ Aoshi Hanae ” yang dilakonkan oleh Haruka Ayase. Dimana Asao merupakan CEO dari syarikat yang berlokasi di bangunan yang sama dengan syarikat dimana Hanae bekerja. Drama ini di jadualkan akan disiarkan keudara di NTV setiap Rabu jam 10:00 pm bermula bulan Oktober.

Drama ‘ Kyou wa Kaisha Yasumimasu ’ berdasarkan manga karya Fujimura Mari, yang mengisahkan tentang kisah cinta “ Aoishi Hanae ” , seorang wanita di berusia 30an yang belum pernah mempunyai kekasih dalam hidupnya, sehingga dia mula jatuh cinta dengan seorang mahasiswa berumur 21 tahun bernama “ Tanokura Yuto ” .










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2014 01:50 PM | Show all posts
Muckya.... Chiaki Senpai!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 09:03 PM | Show all posts
azimodin posted on 23-10-2014 01:50 PM
Muckya.... Chiaki Senpai!!!!

mula2 tgk..........fokus kt chiaki senpai
gigih aku tgk sbb dia berlakon.......tp aku xsuka style rambut dia
pe color2 ni xlawa.............nk itam gak
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 09:26 PM | Show all posts
rajin betol heroin tu pepagi dh masok opis
siap sempat tanam pokok
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2015 02:58 PM | Show all posts
Edited by gerbera.memopad at 25-1-2015 03:01 PM

Sikit lagi nak buat thread baru. Ingatkan tak ada yang tengok

Pendapat aku lepas marathon:
Nothing new about the whole story sebenarnya tentang Take The Day Off Work Today ni. Kisah seorang perempuan pejabat yg pemalu (awkward tahap separuh kronik sebenarnya pada padangan aku ) & nak masuk umur 30 tapi masih tak ada boyfriend. Lepas tu hook up dengan part-time worker yg 9 tahun lagi muda dari dia.


It kinda reminded me of Love Revolution & Over Time which dua-dua lakonan Makiko Esumi. Ironically aku rasa heroin cerita ni Ayase Haruka pun ada bayang-bayang dia sometimes & seorang pelakon drama HK yg aku tengah nak ingat nama .


Apa-apa pun ada rasa yang sangat best bila tengok cerita ni termasuk dengar OSTnya. Sangat-sangat mengingatkan aku zaman kegilaan drama Jepun tahun 90-an & awal 2000 walaupun settingnya adalah tahun sekarang.



Hanae & Yuto








Asao - The voice of wisdom, the coolest, the richest & the hotest one . Yalah, of course the one yg akan direject oleh heroin







Aku suka juga watak dua orang lagi:


Ooshiro - Mula-mula aku skeptikal dengan watak dia yg kecoh tu tapi alahai sweet & baiknya dia. Seronok tengok usaha dia nak tolong Kagami mengorat Hitomi plus dia ambil berat sebenarnya tentang Hanae. Kesian pulak aku dengan dia .


Kagami - Menyampah aku dengan dia ni. Dahlah kerja macam tak kerja. Berlagak bagus pulak tu. Tapi with times bila dia bagi tahu dia cuma stick around sebab Hitomi plus gelagat comel-comel rude dia tu, aku mula rasa dia sangat funny.


Overall, aku puas hati dengan keseluruhan cerita ni. Watak-watak yang menarik. Sub-cerita yang best. Ada funny parts yang sangat kelakar especially angan-angan terlampau si heroin. Sangat-sangat ku recommend pada peminat Dorama atau saja nak bernostalgia atau mungkin nak kembalikan semangat tengok Dorama balik.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2015 06:46 PM | Show all posts
Edited by HangPC2 at 1-2-2015 03:47 AM

betul ada feel dorama 90an........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2015 08:55 PM | Show all posts
Yup, feel dorama tu ada. Best .

Jangan lupa update eh kalau ada dorama baru. Semangat dah datang balik ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:01 AM GMT+8 , Processed in 0.083379 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list