CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 17081|Reply: 77

Shuib Rahsiakan Adegan Intim Dengan Zarina Anjolie Takut Siti Sarah Jeles

[Copy link]
Post time 11-9-2014 01:15 AM | Show all posts |Read mode
Shuib (Sepahtu) Rahsiakan Adegan Intim Untuk Elak Isteri Cemburu


PETALING JAYA: Pelawak Shuib (Sepahtu)  tidak memberitahu isterinya iaitu penyanyi Siti Sarah Raisuddin tentang adegan intimnya bersama aktres kontroversi Zarina Anjolie yang dilakonkan dalam filem Amir & Luqman Pergi Ke Laut.
Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 30, berkata, dia enggan bercerita tentang babak tersebut berikutan bimbang akan menggores perasaan isterinya.

"Kebiasaanya setiap kali balik penggambaran saya akan berkongsi cerita dengan dia di rumah, tetapi babak intim dengan Zarina Anjolie saya tidak cerita, biar dia tahu masa tonton cerita tersebut sahaja nanti.

"Kadang-kadang kalau perkara tersebut memudaratkan baik tidak perlu bagi tahu, biasanya dia akan bising kalau ada babak yang agak daring," ujarnya ketika ditemui pada Majlis Pratonton Filem Amir & Luqman Pergi Ke Laut, di pawagam Cathay Cineplex e@curve di sini, malam Selasa lalu.


Antara babak antara Shuib dan Zarina Anjolie.


Dalam filem arahan Mamat Khalid tersebut ada beberapa babak intim apabila Shuib yang memegang watak Luqman digoda oleh Balkish yang dilakonkan oleh Zarina.

Tambah Shuib, sebagai seorang pelakon dia bersedia untuk melakonkan babak yang diminta oleh pengarah secara profesional.

Saya bukan berlakon berdua sahaja, ada puluhan krew yang menyaksikan lakonan kami dan sebagai pelakon ia adalah tanggungjawab saya untuk buat apa yang diminta oleh pengarah.

"Pada asalnya memang saya rasa agak malu dan takut, saya dah bagi tahu apa akibat yang terjadi tentang babak itu nanti abang Mamat akan tanggung," ujarnya berseloroh.

Sementara itu, Shuib mengakui pertama kali bekerja di bawah arahan Mamat Khalid, dia agak tertekan sepanjang pengambaran dilakukan.

Katanya, sebagai pelawak agak sukar untuk dia memberi lakonan secara serius seperti yang diinginkan oleh pengarah tersebut.

"Saya rasa terseksa dan setiap hari takut untuk pergi lokasi kerana selalu kena marah dengan abang Mamat.

"Saya bukan pandai sangat berlakon, kalau setakat berlakon dan buat lawak itu boleh tetapi filem ini memerlukan saya berlakon jadi orang lain," ujarnya.

[size=0.75em]Mamat Khalid memberi arahan ketika penggambaran Amir & Luqman Pergi Ke Laut.



Bagaimanapun, Shuib berkata, dia berpuas hati dengan hasil lakonannya dalam filem tersebut.

Filem Amir & Luqman Pergi Ke Laut turut menampilkan Sofi Jikan, Shuk Balas, Nadia Mustafar, Kaza dan Rashidi Ishak.

Sementara itu, Mamat Khalid berkata, penghasilan filem tersebut adalah melalui pemerhatiannya kepada filem gengster di Malaysia.

Katanya, filem ini mempunyai kritikan sosial yang tajam kepada masyarakat yang sering menganggap kehidupan gengster sebagai sesuatu yang indah seperti digambarkan dalam filem.

"Penonton Malaysia banyak didedahkan dengan cerita-cerita gengster tidak kira tempatan dan antarabangsa. Namun begitu, filem ini mendedahkan di sebalik dunia gengster tersebut apa yang mereka perlu hadapi.

"Watak dalam filem ini adalah berdasarkan kumpulan gangster yang pernah saya tahu di Ipoh dan latar tempat pun kebanyakan saya lakukan di Ipoh juga," katanya.

Filem ini berkisarkan tentang perjalanan dua orang sahabat baik iaitu Amir (Shuk) dan Luqman yang ingin keluar daripada sebuah kumpulan gengster dengan cuba merompak kedai-kedai kecil kerana perlu membayar RM30,000 sebagai syarat untuk keluar daripada kumpulan berkenaan.

Bagaimanapun, cubaan mereka sering kali gagal kerana sifat mereka yang lurus bendul, malah tidak tahu cara untuk melakukan sebarang kegiatan jenayah.

Filem terbitan Astro Shaw ini bakal ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 25 September ini.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2014 08:50 AM | Show all posts
iols baca kat metro ade ckp anju da mintak maaf kat sarah bab agedan tersebut..

Soseh Soseh: Zarina minta maaf kepada Siti Sarah


Kelmarin SS sempat singgah ke majlis tayangan perdana filem Amir & Loqman Pergi Ke Laut arahan pengarah prolifik Mamat Khalid.

Memang meriah! Ramai penggiat filem dan pihak media menghadiri acara berkenaan sekali gus berpeluang menjadi antara yang pertama menonton filem itu.


Hampir dua jam melayari Amir & Loqman Pergi Ke Laut yang dibintangi Shuib Sepahtu selaku Loqman dan Syuk Balas (Amir) sebagai teraju utama yang dibantu pelakon berpengalaman antaranya Soffi Jikan, Kazar, Rashidi Ishak, Kuni, Nadia Mustafar dan Dewa Sapri, SS akui sangat suka dan terhibur menonton filem itu.

Bagi penggemar dan pencinta filem Melayu, kalau tidak mengambil peluang menonton filem ini SS sifatkan sebagai satu kerugian.


Banyak babak menarik dan tidak dijangka dipersembahkan dalam filem ini. Antara yang mendebarkan ialah babak Zarina Anjoulie yang melakonkan watak gadis seksi Balqis menggoda Shuib.


Balqis ialah kekasih kepada ketua gengster iaitu Big Joe lakonan Soffi Jikan.

Mendebarkan bukan kerana aksi Zarina itu keterlaluan tetapi SS bayangkan bagaimana penerimaan Siti Sarah Raissudin menonton aksi suaminya Shuib menerusi babak itu.

Selesai tayangan, SS nampak Zarina yang mesra disapa Anju menghampiri Siti Sarah lalu meminta maaf jika babak di antara dia dan Shuib menyinggung perasaan Sarah. Bahkan ketika sidang media berlangsung Anju dengan rendah diri memohon sekali lagi maaf kepada Sarah.

SS hormat dan kagum dengan keikhlasan Anju. Walaupun dia dilabel artis seksi dan pernah dihambat pelbagai kontroversi, apabila sudah kenal ada budi bahasanya.

Itulah, bak kata pepatah ‘usah menilai buku dari kulitnya’.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2014 01:21 AM | Show all posts
kesian shuib serba salah..haha..
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2014 01:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Satu lagi filem sendu di pasaran. Tgk barisan pelakon pun boleh mati pucuk dibuat nyer....
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2014 01:40 AM | Show all posts
tah pape nak letak part menjawab atas mamat khalid... hape punya laki... huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2014 01:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau filem tak laku sia2 kena marah dgn mamat khalid
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-9-2014 01:43 AM | Show all posts
jangan siti sarah meroyan instagram mcm dd tu udah ler...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2014 06:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Dh nama pn pelakon kn
Watak2 mcm ni biasa je...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2014 06:55 AM From the mobile phone | Show all posts
trend skrg pomot pilem... laki atau bini meroyan. klu sblm ni citer antu tk abih2 si polan2 kene rasuk aje.. ape2 je la
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2014 06:58 AM | Show all posts
Sampai hati shuib buat mcm tu kat siti sarah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2014 07:01 AM | Show all posts
btw ni first job zarina anjolie ke eh?
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2014 07:10 AM | Show all posts
xde pelakon lain ke mamat khalid nk ambk
iolz tgk si zarina ni pun xdak selera... apatah lagi nak tgk kat wayang...
adoiiii...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2014 07:12 AM | Show all posts
Amir & Luqman Pergi Ke Laut

hazabnya tajuk pilem..cam tajok karangan bdk upsr
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2014 07:26 AM | Show all posts
bleh plk dia trima tawaran tu ek...
x byk skit...mesti si sarah ni terasa gak...
ye la sape x syg somi khenn
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2014 07:39 AM | Show all posts
kira siti sarah dah tau la ni kan..
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2014 07:49 AM | Show all posts
ke, shuib x berselera nak berdaring dgn zarina? pastu shuib buat alasan malu & takut?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2014 07:56 AM | Show all posts
aminsaniah posted on 11-9-2014 07:39 AM
kira siti sarah dah tau la ni kan..

sepatutnya dah tau la sebab masa tayangan gala tu
siti sarah ada
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2014 08:03 AM | Show all posts
maxim posted on 11-9-2014 07:12 AM
Amir & Luqman Pergi Ke Laut

hazabnya tajuk pilem..cam tajok karangan bdk upsr

Ala2 Harold and Kumar Go To White Castle Kot?
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2014 08:05 AM | Show all posts
maxim posted on 11-9-2014 07:12 AM
Amir & Luqman Pergi Ke Laut

hazabnya tajuk pilem..cam tajok karangan bdk upsr

dah takde tajuk lain ke
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2014 08:13 AM | Show all posts
blairchuck posted on 11-9-2014 08:05 AM
dah takde tajuk lain ke

kbykkan tajuk filem abg mamat mmg pelik tp TOP, contohnya hantu kak limah balik kampung.....hihihiih
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2014 08:41 AM | Show all posts
rahsia tinggal rahsia jelah shuib.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:20 PM GMT+8 , Processed in 0.468396 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list