View: 10041|Reply: 132
|
[Tempatan]
Terlajakkkkk Putih
[Copy link]
|
|
Putrajaya: Dua produk kosmetik iaitu Dnars Magic Gold Foundation dan Yellow Cream (krim ku-neng) masing-masing dikeluarkan Seri Mh Ummi Sdn Bhd ditarik balik dari pasaran kerana didapati mengandungi racun berjadual iaitu hydroquinone.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kedua-dua produk kosmetik berkenaan sudah diuji sebelum dikesan mengandungi racun hydroquinone yang sama sekali tidak dibenarkan dalam produk kosmetik.
Beliau berkata, produk berkenaan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia malah, syarikat bertanggungjawab juga diarahkan memberhentikan penjualan dan pembekalan dengan serta-merta dan memanggil balik kesemua stok fizikal produk tersebut daripada pasaran dalam tempoh 72 jam.
“Produk yang mengandungi hydroquinone adalah produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.
“Kami mendapati bahawa kedua-dua produk kosmetik itu dicampur racun berjadual berkenaan untuk mencerahkan kulit; merawat masalah jeragat dan kulit tidak sekata,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan di sini, semalam.
Katanya, pihaknya mendapati hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu; ketidakselesaan; perubahan warna kulit yang tidak diingini dan menyebabkan kulit menjadi hipersensitif.
Dr Noor Hisham berkata, kesan daripada penggunaan hydroquinone juga boleh menghalang proses pigmentasi yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.
Justeru, katanya, orang awam dinasihatkan untuk mengelakkan daripada membeli dan mengguna produk kosmetik berkenaan.
“Sesiapa yang mempunyai stok produk di atas dinasihatkan menghentikan penjualan; pengedaran dan penggunaan produk tersebut dengan serta-merta,” katanya.
“Malah, penjual juga diingatkan supaya tidak memiliki produk-produk ini kerana ia melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan Mereka boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya,” katanya.
Katanya, syarikat yang melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 pula boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.
Pengguna adalah dinasihatkan untuk menghubungi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) di talian 03-78835532 atau 03-78835533 atau 03-78835537 jika mengalami sebarang kesan sampingan atau kesan buruk akibat daripada penggunaan produk-produk kosmetik.Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/11
Sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2produkterlarang/Article/index_html
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagus, beritahu terus nama produk. |
|
|
|
|
|
|
|
dnars ni yg iklan dia 'awak memang cantik dari kecik ye?' tu ke?? |
|
|
|
|
|
|
|
Dnars yang pakaging purple putih.... |
|
|
|
|
|
|
|
Tak mengapalah tak putih, asal muka bersih....kalau terajak putih pon, tp muka penuh jerawat, takde nur tiada berguna.......................................... |
|
|
|
|
|
|
|
pakat nak jd putih...racun pun racunla |
|
|
|
|
|
|
|
Produk tempatan mg byk mcm ni... Takut nk pakai.pengasas pon Takde background farmasi atau medical..asal boleh je |
|
|
|
|
|
|
|
ermmmmm.....memacam hal deme nie |
|
|
|
|
|
|
|
Knp taksub sgt nk jadi putih? |
|
|
|
|
|
|
|
Innrukia posted on 11-9-2014 09:17 AM
pakat nak jd putih...racun pun racunla
Selalunya yg kulit jadi putih ni ,putih mcm pucat gitu. |
|
|
|
|
|
|
|
pakai je clorox..bilas dua kali lepas subuh dan masuk maghrib..insyaAllah putih bercahayerrrrr... |
|
|
|
|
|
|
|
Nak putih ala2 kpop...sanggup buat apa shj. |
|
|
|
|
|
|
|
rospinki posted on 11-9-2014 09:35 AM
pakai je clorox..bilas dua kali lepas subuh dan masuk maghrib..insyaAllah putih bercahayerrrrr...:lo ...
Ada yg follow nanti ros....hehehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
nak sangat putih... hydroquinone ni bukan mmg dah diiktiraf mengakibatkan kanser ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa baru sekarang nk tarik? Sabotaj ka apa ni? Btw aku penah pakai sekejap je produk ni.. Abia muka rosak. Tak sesuai kot. Pakai sabun susu beras je elok balik |
|
|
|
|
|
|
|
brums08 posted on 11-9-2014 09:36 AM
Ada yg follow nanti ros....hehehehehe
nak follow bole..tapi tiada termaktub dalam perjanjian
|
|
|
|
|
|
|
|
ini mesti beli secara pukal pastu buat packaging baru... |
|
|
|
|
|
|
|
muka putih tapi hati hitam buat apa... |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa ye...sebelum dipasarkan tak dibuat pemeriksaan menyeluruh terhadap krim2 kecantikan
kenapa dah lepas ke pasaran...org dh guna br dpt detect??
peniaga tamak or peguatkuasa yg lemah?? |
|
|
|
|
|
|
|
memang cantik la aku tengok kulit muka kawan aku pakai dnars ni... tapiiii... sendiri mau ingat laaa... |
|
|
|
|
|
|
| |
|