CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1318|Reply: 0

Anwar Didesak Henti Aksi Filem Hindustan dan Tamil!

[Copy link]
Post time 11-9-2014 05:27 PM | Show all posts |Read mode
Anwar Didesak Henti Aksi Filem Hindustan dan Tamil!

Posted by MELANAU BLOGGER


Anwar Ibrahim diminta agar menghentikan drama Hindustan atau filme Tamil yang seringkali digunakan untuk menarik sokongan seramai mungkin. Dr. Zuhdi Marzuki menggelarkan krisis Menteri Besar Selangor yang diwujudkan oleh Anwar brahim sebagai sebuah putar belit filem Bollywood.


Dalam postingnya di Facebook, Mohd Zuhdi Marzuki turut menggesa agar Anwar Ibrahim menamatkan drama Hindustan itu. Dan lebih menarik lagi ialah apabila, walaupu Zuhdi memuji Wan Azizah sebagai seorang isteri mithali, Zuhdi bagaimanapun memperkukuhkan kenyataan yang dibuat oleh Hadi Awang bahawa WanAzizah bukanlah seseorang yang mempunyai kebolehan dan keupayaan untuk memimpin.


"Sekarang bukanlah masanya untuk mengaut simpati masyarakat yang mana berjaya dilakukan oleh Wan Azizah pada tahun 1999 sewaktu era reformasi (selepas suaminya disumbat ke dalam penjara). Ini adalah masanya untuk mempamerkan kemampuan dan contoh kepimpinan di Selangor.


"Rakyat mahu melihat Menteri Besar yang hebat, telus, mempunyai skil dan bijaksana untuk menguruskan negeri selepas (Menteri Besar sekarang) Abdul Khalid Ibrahim meletakkan tanda aras yang tinggi (untuk pentadbiran)," katanya.


Berbeza dengan dakwaan bahawa kenyataan Hadi Awang adalah memperkecil-kecilkan Wan Azizah selain bersikap chauvinis, Zuhdi berkata kenyataan Presiden PAS itu merupakan satu sanjungan kepada Wan Azizah.


"Saya tidak melihatnya sebagai satu penghinaan sebaliknya penghormatan dan penghargaan kepada Wan Azizah kerana menjalankan tugasnya sebagai 'isteri mithali," kata Zuhdi lagi.


Menurut Zuhdi lagi, sekiranya terdapat anugerah 'isteri mithali', tidak syak lagi orang yang paling sesuai untuk anugerah tersebut adalah Wan Azizah. Menurutnya, Wan Azizah mungkin mempunyai kebolehan dan kelebihan pada bidang lain, tetapi bukannya dalam hal-hal kepimpinan. Sehinggakan musuh-musuh Anwar, katanya, sangat mengkagumi Wan Azizah selain bersimpati dan hormati serta tidak menjadi sasaran serangan.


Bagaimanapun, Zuhdi berpendapat, cubaan untuk menjadikan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor telah mencemarkan reputasi dan penghormatan kepadanya. -


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:03 PM GMT+8 , Processed in 0.080614 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list