CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1135|Reply: 0

Apakah sebenarnya niat DAP Sarawak?

[Copy link]
Post time 11-9-2014 05:29 PM | Show all posts |Read mode
Apakah sebenarnya niat DAP Sarawak?

Posted by MELANAU BLOGGER


Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri, Abdullah Haji Saidol mengecam kenyataan Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen baru-baru ini mengenai penolakan DAP terhadap cadangan peningkatan jumlah kerusi parlimen dan DUN di Sarawak.


"Sekali lagi kita tidak terkejut dengan tindak balas seumpama itu datang daripada Chong. Semua orang tahu penumpuan kepada penduduk yang tinggal di bandar mahupun luar bndar.


Bagaimanapun di kawasan luar bandar, kawasan kampung dan rumah panjang bertaburan di mana sahaja. Sebahagian kawasan pilihanraya adalah merupakan kawasan terbesar sebagai sebuah negeri di Malaysia Barat.


"Bagi memastikan rakyat terutamanya di kawasan luar bandar yang mewakili keperluan dan tuntutan mereka, saya berfikir sudah tiba masanya untuk merangka persempadan semula dipertimbangkan."


Beliau berkata demikian ketika dihubungi Sarawakiana menerusi telefon mengenai perkara tersebut sebentar tadi.


"Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Datuk Haji Adenan Amar Satem akan memastikan memberi tumpuan kepada pembangunan di kawasan luar bandar. DAP menerusi kempen 'Impian Sarawak' yang bermotifkan politik 'palsu' yang mereka cipta sendiri, juga memberi penekanan kepada pembangunan luar bandar. "


"Jadi mengapa perlu dia menentang usaha persempadanan semula ini? Adakah dia tidak ikhlas untuk melihat pembangunan dibawa ke kawasan luar bandar? Jika persempadanan kawasan parlimen gagal untuk mendapatkan sokongan yang diperlukan di Parlimen maka Dewan Undangan Negeri boleh ditentukan di peringkat negeri," soal Abdullah dengan sinis.- Sarawakiana


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:15 PM GMT+8 , Processed in 0.058672 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list