CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1207|Reply: 0

Serupa Anwar si Saifuddin tak sabar nak berkuasa

[Copy link]
Post time 11-9-2014 05:33 PM | Show all posts |Read mode
Serupa Anwar si Saifuddin tak sabar nak berkuasaPosted by The Unspinners at 9/11/2014





Daripada posting FB Datuk Abdul Rahman Dahlan

Saya kurang bersetuju dengan sahabat saya Datuk Saifuddin Abdullah, Pengerusi Global Movement of Moderates yang dipetik berkata bahawa rang undang undang Harmoni Nasional yang ditulis oleh Majlis Konsultatif Perpaduan Negara dan dibantu oleh Majlis Peguam Malaysia, bakal menganti Akta Hasutan. Beliau dan Majlis Peguam Malaysia juga didapati telah mendedahkan kandungan deraf itu kepada umum.

Pertamanya, Datuk Saifuddin dan Majlis Peguam serta NUCC tidak pernah diberi mandat oleh kerajaan untuk mengumumkan kandungan deraf itu kepada umum. Mereka hanya diberi mandat untuk mendengar dan membincangkan cadangan-cadangan dan buah fikiran pihak-pihak yang berkepentingan dalam perbincangan tertutup dan selepas itu, mereka dikehendaki untuk menyerahkan rumusan mereka kepada pihak kerajaan untuk diteliti, diperhalusi dan dibincang.

Adalah salah bagi mereka untuk mengatakan bahawa rang undang-undang yang ditulis oleh NUCC yang dibantu oleh Majis Peguam itu adalah dokumen rang undang-undang yang akan diangkat ke parlimen.

Kerajaan tidak akan berbuat begitu kerana kerajaan akan juga mendengar pandangan daripada pihak selain dari NUCC mengenai cadangan Akta Harmoni Nasional ini sebelum membuat keputusan rasmi.

Selepas itu barulah, pihak Peguam Negara akan menderaf rang undang-undang itu untuk diangkat ke mesyuarat kabinet dan selepas itu dibawa ke parlimen untuk dibahas dan diundi.

Yang keduanya, sebagai anggota jemaah menteri, saya boleh sahkan bahawa setakat artikel ini ditulis, rang undang-undang Harmoni Nasional belum lagi dibentang dalam mesyuarat kabinet. Oleh sebab itu. Datuk Saifuddin dan Majlis Peguam serta NUCC tidak boleh membicarakan isi kandungan deraf rang undang-undang mereka itu di dalam media.

Itu tidak adil dan salah dari segi prosedur. Ia juga boleh mengelirukan rakyat dan boleh dianggap tidak beretika kerana mereka tidak mempunyai mandat untuk meluahkan isi kandungan cadangan mereka itu kepada umum melalui media massa.

Saya amat berharap agar Datuk Saifuddin dan Majlis Peguam berhenti untuk merujuk kononnya cadangan mereka itu sebagai dokumen terakhir yang akan diangkat ke parlimen. Yang akan menentukan bentuk terakhir dokumen rang undang-undang itu ialah jemaah menteri. Datuk Saifuddin dan Majlis Peguam tidak boleh mendahului kabinet Malaysia.

Terima kasih.

------------------------------

Baru jadi Timbalan Menteri Penajian Tinggi dah ranap pensyarah dan budak-budak Universiti hingga berdemo menentang kerajaan di atas dakwaan kesalahan menghasut Dr Azmi Shahrom.

Mereka anggap Azmi yang sering memberi pendapat bukan berdasarkan ilmu atau kepakarannya dalam undang-undang sebagai memberi pandangan akademik. Padahal Azmi sering bercakap mengikut pandangan aktivis yang mutakhir ini tidak menghormati undang-undang.

Setelah kalah di Temerloh pada PRU dan pemilihan UMNO, Dato Najib kasi jawatan kasihan untuk Saifuddin Abdullah sebbagai Pengerusi Global Moderate. Nampaknya baru ada sedikit kuasa dah nak tunjuk esar kepala nak rangka undang-undang dan paksa kerajaan terima.

Betul macam beruk yang dibela untuk panjat kelapa yang tak tahu hargai bunga yang diberi.













Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 06:53 AM GMT+8 , Processed in 0.057330 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list