CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1438|Reply: 0

Anwar dan Azmin rancang saman Istana (secara tak langsung)

[Copy link]
Post time 11-9-2014 05:35 PM | Show all posts |Read mode
Anwar dan Azmin rancang saman Istana (secara tak langsung)Posted by The Unspinners at 9/10/2014




Kenyataan maaf KETUM bukan kenyataan maaf tapi dia tetap berdegil kata dia betul dan istana salah. Sambil itu, dia kata istana tak faham undang-undang tubuh negeri seperti mana yang dia faham.

Hmmm ... lebih-lebih pulak orang Pulau Pinang yang duduk di Segambut tapi pakai alamat pak mertua di Country Heights. Rasa nak penampakq pulak bila dengaq orang dari negeri tak beraja nak ngajaq raja.


KETUM sedar dia sudah salah langkah dan rakyat sedang berbuku dan menyampah padanya dan PKR. Jika ada PRN, PKR akan hancuq di Selangor dan yang untung hanya DAP.

Dia sedang memikir cara untuk dapatkan baik sokongan dan simpati rakyat.

Oleh kerana TSKI bakal bawa gelanggang ke mahkamah, maka tiada cara lain melainkan main juga game di mahkamah. Rancangannya adalah untuk saman dan buktikan dia betul. Dah sah orang degil dan ego.

Pilihannya adalah untuk saman TSKI berdasarkan hujah TSKI gagal memberi nasihat kepada Sultan sebagai MB. Jadi dengan satu batu, secar atak langsung dia harap dapat baling kepala Sultan, baling kepala Khalid dan dapatkan asas untuk tunjukkan tak salah dia cadangkan si Jijah KIPAS.


Semantara itu, lanjutan dari kelahi Azmin dengan KETUM dan Jijah KIPAS malam tadi, Azmin sudah merajuk fed-up macam orang lari rumah.

Terang-terang kata dia sepatutnya jadi MB. Tanpa peduli apa yang dibuat dan dirancang KETUM, dia sendiri mahu saman Khalid atas alasan hampir serupa iaitu Khalid gagal sebagai MB.

Azmin masih geram dengan Khalid yang bersungguh-sungguh menghalangkan hajatnya untuk jadi MB.

Namun begitu, yang buat Azmin lebih geram adalah pemecatannya dari PKNS. Dipercayai Azmin banyak sepatutnya mendapat komisyen macam-macam tapi Khalid sudah halang projek tersebut dan potong jalannya.

Dengan Khalid kekal berkuasa, susah Azmin untuk dapat kerjasama dari staf PKNS. Azmin memang popular dan staf PKNS berharap Azmin yang akan jadi MB. Nampak jelas sekali bagaimana Pengurus Besar PKNS lama, Dato Osman Omar dan Azmin berjalan seoring dan sejalan di enquiry DUN.

Jika dulu PKNS ada OO sebagai bos, sekarang punya bos pula Ah Ah ... angguk saja kepada Khalid. Mana tak Azmin bengkak!!!

Nampaknya Anwar KETUM dan Azmin akan saman pihak Istana dan kerajaan secara tak langsung. Ada pihak lihat saman Azmin itu mungkin dituju juga kepada Istana kerana masa Azmin baru lahir ke dunia di Singapura, pihak Istana sangat mengambil berat akan PKNS.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:39 AM GMT+8 , Processed in 0.056556 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list