CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2186|Reply: 4

saya usahawan i.t(pendapat,idea,nasihat)

[Copy link]
Post time 12-9-2014 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Saya ingin minta pendapat semua tntg perniagaan saya,sebenarnya saya dah 10 tahun cebur dalam bidang ni cuma buat sebagai income sambilan,skrgni saya baru betul2 begerak untuk hidupkan balik perniagaan i.t saya,saya lebih kepada supply & services,peralatan komputer,mobile phone,networking,website designer,cctv dan juga bercadang utk masukkan p.o.s system sekali.soalan saya:

1.bagaimana untuk mencari client dgn lebih efektif?
2.dimana badan2/jabatan yang boleh memberi saya kursus atau bantuan dari segi ilmiah dan juga kewangan?
3.saya tiada lesen kewangan untuk tender kerajaan,buat masa ini saya hanya boleh pergi ke premis/office swasta saja,untuk jangka masa panjang apa nasihat rakan2 untuk saya survive dalam perniagaan ini?

Terima kasih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2014 11:22 AM | Show all posts
aku ada baca cerita ko dekat board masalah kekasih, kesian ko kan.

takpe sini aku nak kongsi sikit tips. harap membantu.

ok ko dah ada produk nak jual, itu sudah bagus.

pertama sekali ko kena ada mentor, aku tak tahu la macam mana ko nak cari mentor dalam bidang ko ni. tapi seboleh-bolehnya cari mentor untuk dapatkan bimbingan dari sudut marketing, operation dan bla3. cadangan aku pergi jumpa orang yang buat business ni, ko cakap la saya ni nak baru nak belajar buat business ni, boleh tak mohon tunjuk ajar ke, itu pandai2 la ko susun ayat.

aku nak kongsi pasal marketing. pertama sekali ko kena ada unique selling proposition. apa uniknya orang nak beli kat ko berbanding beli kat lowyat. maybe ko boleh buat free delivery ke, 24 hours service after sales ke, diskaun 70% ke, apa kelebihan yang ko boleh buat berbanding pesaing lain, itu ko fikir sendiri.

bila dah ada usp, ko tekan kan ko punya usp tu dalam marketing. kalau offline marketing aku cadangkan :

1. print flyers let say 15k, bagi kat pengedar flyers untuk edarkan samada edar dari rumah ke rumah atau pejabat ke pejabat atau insert dalam newspaper.

2. print poster tampal banyak2 dekat dalam universiti atau kolej.

3. buat company profile cantik2, rajin2 redah pergi jabatan kerajaan ke, ko cakap la ko ni sape, dari mana, kalau boleh nak jumpa person in charge nak bagi company profile, kalau person in charge takde takpe tinggalkan je kat sape2 company profile tu. tapi yang ni kena tebal muka sikit la. kalau dapat jumpa person in charge kena rajin2 la call dia, maybe 2 minggu sekali ke, tanya ada apa2 job ke.

4. promote dekat orang sekeliling ko, yang ni paling penting. jangan malu cerita dekat kawan2 atau family ko buat business ni. sebab orang terdekat la yang akan tolong kita. pergi wedding bagi business card tu kat orang lain.

ok yang tadi cerita pasal offline, ni pasal online marketing plak.

1. buat fanpage untuk cerita pasal business ko, untuk permulaan, beli likers let say 5k ke, untuk bina kredibiliti page ko. so that potential customer tengok page ko ada 5k like, dia lebih yakin la.

2. pastu belajar pasal fb ads, untuk promote ko punya fan page.

3. buat website, website kena nampak profesional la, jangan pakai blogspot plak, kalau boleh beli domain, tengok website competitor ko, pastu follow cara dia buat.

4. dah ada website, belajar pasal seo. seo ni nak bagi ranking website ko top la kat google. contoh kalau orang taip, 'servis repair laptop', ko punya website keluar page nombor 1, so cerah la peluang customer tu nak call ko.

5. belajar pasal google ad words, yang ni untuk ko punya website keluar kat google yang iklan tepi2 tu.

6. buat instagram sekali, sebab dah trend sekarang instagram tengah naik. ada apa2 produk nak jual, update kat instagram, page fb sekali, kasi update sekali testimonial dari customer.

7. masuk jugak forum2 yang top kat malaysia ni, untuk promote business ko.

nak belajar pasal fb ads, seo, ad words, ini semua kena banyak membaca, rajin2 la godek2 kat google, ataupun beli ebook yang meyakinkan.

tengok cara competitors lain buat marketing, camne diaorang buat promosi.

fuhh panjang lebar aku taip, so bila nak belanja aku teh tarik ni?

haha takde la gurau je, harap membantu ye

akhir sekali aku doakan semoga ko dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan, solat jangan tinggal dan banyak2 istigfar, salawat dan berzikir. bagi rahmat dari Allah tu datang.

good luck bro!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2014 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
apekebende posted on 13-9-2014 11:22 AM
aku ada baca cerita ko dekat board masalah kekasih, kesian ko kan.

takpe sini aku nak kongsi siki ...

Thank you sahabat kerana berkongsi idea...boleh check pm x?nak share contact
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2014 05:43 PM | Show all posts
Salam Vapetrol,
idea saye share di sini, harap2 dapat membantu.

1) sila list down 100 kawan anda yang kenal. Bermuda business daripada mereka, saudara mereka dan tempat syarikat kerja.
ini adalah lebih berefektif daripada mane mane cari marketing biz anda.
mesti buka mulut bagitau tujuan anda dan servis anda bagi kepada mereka, seperti Jual laptop, servis laptop. Dan sebagainye.
kawan kawan yang ande kenal merupakan client yang paling esekutif dan akan bagi anda referral. Focus 80% pada mereka, anda akan success.

2) tak perlu join kursus dulu, tapi kenalkan freelancer yang ade kamahiran tertentu seperti programmer, apps developer dan sebagainye.
Ambil kursus tidak wajar utk skrg, bazir masa dan duit. Knowledge yg berlaja itu pun akan menjadi not up to date lepas you belajar.
Manakala pergi join society yang dapat kenal ramai orang seperti youth club, cycling club, hiking club dan sebagainye. Ini akan berbaloi daripada Ambil kursus tertentu.

3) apabila soalan 1dan 2 dapat lakukan, issue kewangan, permit dan tender bukan masalah.

"Kenalkan ramai kawan akan meneja business succeful  , duit yang banyak tidak akan menjenakan business succeful"

Last edited by Leekeehui on 16-9-2014 05:49 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2014 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Leekeehui posted on 16-9-2014 05:43 PM
Salam Vapetrol,
idea saye share di sini, harap2 dapat membantu.


Thank you friend..idea yg u bagi itulah yg i buat skrg
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 06:38 PM GMT+8 , Processed in 0.118313 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list