CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8385|Reply: 32

nak cepatkan Proses Penceraian

[Copy link]
Post time 12-9-2014 03:11 PM | Show all posts |Read mode
mod:klu salah ruang tlg bgtau ya..

Assalamualaikum..
hal ni berlaku dalam keluarga jah..masalahnya kakak jah dah proseed utk tuntut penceraian..
antara sebab2nya:
1.suami tak bagi nafkah(duit anak semua, belanja sekolah semua kakak yang tanggung)
2.suami tak hormat kat mertua dia( satu tahap dia panggil merua n adik ipar dia ibu anjing dan anak anjing)
3. suami menambah beban tanggungan kakak jah(kakak jah berniaga kedai runcit..tak sempat nk pusing modal..diambiknya rokok, makanan n minuman serta duit dalam kedai)
4.suami sekarang tak kerja (means semua makan minum free jer la..)
5. suami kata klu dia berpisah dgn kakak dia akan keluar dari islam( mmg gila ganja ka aper punya mamat)
6. sekarang suami dia berbogel dalam rumah semata2 nk suruh kakak jah berbual dan layan dia (mmg muka tak reti malu)

kakak jah dah ke makamah...dah 2 kali naik makamah...terpaksa tangguh sbb suami dia tak hadir ke makamah..
hakim suruh kakak dapatkan lawyer ka camner...sbb suami tu tak nak lepaskan dia..

bagi kakak dia mmg dah tak tahan..dulu bekerja boleh lg..wpun tak sumbang aper2 kat keluarga tp jarang ada kat rumah...
skrg tak bekerja anak2 pun dah hilang hormat sbb bapak diaorg pun tader rasa hormat langsung kat isteri dgn anak2..
rasa semuanya dia jer yang betu...
dia jadi gitu segala2 nya sebab kakak jah (kata dia la..)

pls...saper2 tau cara nk mudahkan proses makamah tolong la..
jah tak sanggup tgk kakak dalam keadaan gitu..
tak sanggup takut2 abg ipar tu bertindak diluar batasan..
aper tah lagi kat rumah tu mak, adik pompuan dan nenek ader sekali..
rumah bercantum antara rumah emak dgn kakak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2014 03:25 PM | Show all posts
Ish jah! Bogel dlm rumah? Mental ke aper? Bahaya jah kalau mental... Takut jadi jenayah pulak nnt...

Kalau ambik lawyer kena ada duit...
Tunggu biro bantuan guaman... Lambat

Hmmm
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2014 03:29 PM | Show all posts
mintak je taklik. dah terang tak bagi nafkah. kalau pegawai agama suruh sabar. suruh dia mai pack bag duduk dalam rumah dalam 1-2 minggu tengok perangai abang ipar. kalau tak bagi nafkah or tahap pukul isteri. boleh cerai taklik bayar je rm10 kalau tak silap.

jangan pulak kakak tu pandai2 mention suami nak keluar islam bagai. daripada proses senang nanti jadi leceh, kang ada orang suruh kakak pi bimbing balik lah apa lah. staright to the point tak bagi nafkah dah tak tahan and nak kena tanggung dia lagi. tu je.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2014 03:31 PM | Show all posts
anakmak posted on 12-9-2014 03:25 PM
Ish jah! Bogel dlm rumah? Mental ke aper? Bahaya jah kalau mental... Takut jadi jenayah pulak nnt... ...

itu la....ni adik kata dah kali ke2...dulu dah pernah buat sekali..
mmg muka tah gaban tak malu...
dah la anak perempuan pun dah besar2..
sekarang nih umpana nk kasi malu kat kakak jer...
pernah dia keluar luar rumah pakai spander jer...tak ke giler laki gitu...
upah lawyer biasa makan ribu riban ka???


Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2014 03:37 PM | Show all posts
Kes daftar nikah luar negara kena charge RM6K... Lain loyer lain charge agak nyer ...

Kalau cerai tak tau lah jah!
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2014 03:37 PM | Show all posts
munchkin posted on 12-9-2014 03:29 PM
mintak je taklik. dah terang tak bagi nafkah. kalau pegawai agama suruh sabar. suruh dia mai pack ba ...

Ish macam senang jer cerai tak link ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-9-2014 03:38 PM | Show all posts
anakmak posted on 12-9-2014 03:37 PM
Ish macam senang jer cerai tak link ni

Taklik heheh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2014 03:56 PM | Show all posts
munchkin posted on 12-9-2014 03:29 PM
mintak je taklik. dah terang tak bagi nafkah. kalau pegawai agama suruh sabar. suruh dia mai pack ba ...

emm...tanya ustaz td...dia kata klu nk taklik ka fasakh panjang jugak ceritanya...
ambik masa sbb makamah akan tengok semua dokumen masa kawin dulu-dulu..
klu dgn persetujuan bersama baru mudah..
masalahnya mmg abang ipar tu tak nak lepaskan kakak...
klu kakak perlukan lawyer insyallah kami adik beradik try tolong..
kesian kat kakak...selama kawin nih setahun 2 bahagia...
yang lain2 dia pendam jer...
tahan sungguh kesabaran dia..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2014 03:58 PM | Show all posts
anakmak posted on 12-9-2014 03:37 PM
Ish macam senang jer cerai tak link ni

kalau dah suami tak bagi nafkah selama berapa bulan berturut turut or pukul isteri. mmg boleh cerai taklik. tapi ramai tuntut fasakh. ada sampai nak dekat 10 tahun. mana keadilan pada isteri. jadi taklik ni jawabnyalah. itu hak isteri. takkan biar suami bebas buat apa. pastu biar isteri merana. tak silap kalau nak tambah taklik boleh buat masa nak nikah/sebelum nikah. takdelah suka suka suami buat isteri.

klaau dah suami baik semua. buat apa takut pada taklik.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2014 04:02 PM | Show all posts
tiputipujah posted on 12-9-2014 03:56 PM
emm...tanya ustaz td...dia kata klu nk taklik ka fasakh panjang jugak ceritanya...
ambik masa sbb ...

taklik panjang cerita. biar betullllll...

kalau fasakh ye panjang cerita.

taklik tu hak isteri. pi bayar rm10 je. dah cuba ke belum. pi lah cuba dulu. pastu update susah ke tidak. so apa keadilan pada isteri kalau taklik tu susah.

ustaz mana ni? daripada pejabat agama tu sendiri ke. then kalau susah buat apa duduk lama nak dengar apa yang dibaca suami masa nikah. baik tak yah ada lafaz taklik tu.

minta your sister insist taklik kat pejabat agama. cuba dulu. kalau susah then you mai cerita kat sini balik. kongsi sikit pengalaman. setau i minta fasakh tu memang susah sebab nak tunggu suami. taklik tak susah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2014 04:05 PM | Show all posts
munchkin posted on 12-9-2014 04:02 PM
taklik panjang cerita. biar betullllll...

kalau fasakh ye panjang cerita.

ooo...okies....
nk bgtau kakak kejap...
mmg jika ikut taklik standard tu pun 3 bulan tak bagi nafkahkan dah bleh mintak taklik kan?..
tq munchkin
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2014 04:06 PM | Show all posts
tiputipujah posted on 12-9-2014 04:05 PM
ooo...okies....
nk bgtau kakak kejap...
mmg jika ikut taklik standard tu pun 3 bulan tak bagi na ...

kalau tak silap ye. pi ngadu minta taklik. bukan minta fasakh. taklik ni banyak berpihak pada isteri. lain2 semua kat tangan suami.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2014 04:07 PM | Show all posts
http://www.hmetro.com.my/article ... _ugutcerai/Article/

Ramai pasangan suami isteri keliru, malah sesetengahnya tidak faham cerai taklik, sama ada dari segi hukum syarak atau peruntukan undang-undang.

Akibatnya banyak kes perlanggaran taklik tetapi pasangan itu masih hidup bersama sebagai suami isteri.

Terdapat juga tuntutan taklik yang difailkan isteri, ditolak mahkamah kerana tidak memenuhi kehendak pembuktian.

Cerai taklik bermaksud, suami menggantungkan jatuh talak terhadap isteri sehingga berlaku perkara yang dimaksudkan itu.

Maka, sebaik berlaku perkara yang dimaksudkan itu seperti isteri keluar dari rumah, jatuhlah talak berkenaan atau si suami berkata, selepas saja anak yang dikandung itu lahir, jatuh talak satu. Maka apabila anak itu lahir, jatuhlah talak satu terhadap isteri.

Lafaz taklik sama sekali tidak boleh ditarik dengan apa cara sekalipun. Undang-undang Keluarga Islam menghendaki pasangan terbabit memanjangkan kes itu ke mahkamah untuk pengesahan sabitan taklik melalui permohonan pengesahan perceraian di luar mahkamah.

Jika mahkamah mendapati bahawa taklik itu sah, si suami boleh mengambil tindakan atas kesalahan melafazkan cerai di luar dan tanpa kebenaran Mahkamah Syariah dan boleh dijatuhi hukuman denda.

Perceraian yang berlaku ini dikategorikan sebagai talak raji’e (boleh dirujuk) jika jumlahnya satu atau dua.

Justeru, jika pasangan itu ingin merujuk semula sebagai suami isteri dan dalam masa yang sama, kes di mahkamah masih belum selesai, mereka hendaklah merujuk perkara itu di pejabat agama dan surat rujuk sementara boleh dikeluarkan.

Dari sudut peruntukan undang-undang perceraian dengan cara di atas berbeza dengan permohonan cerai taklik kerana apa yang dimaksudkan dengan permohonan cerai taklik ialah si isteri memohon perintah mahkamah mensabitkan jatuhnya talak berdasarkan taklik yang dilafazkan suami selepas akad nikah.

Taklik itu tertera di dalam surat perakuan nikah dan ditandatangani suami.

Kebiasaannya, setiap negeri menyediakan taklik itu secara taklik khuluk (tebus talak) agar perceraian berkenaan dikategorikan talak bain sughra (tidak boleh dirujuk).

Tujuannya untuk mengelakkan suami bertindak merujuk kembali isterinya selepas keputusan perbicaraan menyebelahi isteri.

Kaedah pembuktiannya adalah sama. Jika suami mengaku melanggar taklik itu atau kedua-duanya bersetuju berlaku pelanggaran taklik, maka jatuhlah talak.

Tetapi, jika suami tidak mengaku atau tidak bersetuju dengan dakwaan isteri, maka si isteri bertanggungjawab membuktikan kesahihan dakwaannya sama ada melalui saksi, dokumentasi.

Dalam kes ini, elok sekiranya puan memfailkan kes ke mahkamah syariah untuk mengesahkan kedudukan lafaz takliq yang dibuat oleh suami puan, ini kerana perkara yang ditakliqkan itu adalah jelas dan boleh menjatuhkan talak.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2014 04:09 PM | Show all posts
http://sukapeguamsyarie.blogspot.com/2013/02/cerai-taklik.html

PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG MENGENAI TA‘LIQ

Berdasarkan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002, Seksyen 50, seseorang perempuan yang bersuami boleh jika berhak memohon penceraian menurut syarat-syarat ta‘liq yang dibuat selepas akad nikah. Kandungan lafaz ta‘liq tersebut :

1.                 Meninggalkan isteri selama empat bulan berturut-turut.
2.                 Tidak memberi nafkah yang wajib selama empat bulan berturut-turut.
3.                 Menyakiti tubuh badan isteri.
4.                 Suami tidak mempedulikan isteri selama tempoh empat bulan berturut- turut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2014 04:16 PM | Show all posts
munchkin posted on 12-9-2014 04:07 PM
http://www.hmetro.com.my/articles/KanunSyariah_Kejiisteri_ugutcerai/Article/

Ramai pasangan suami ...

adakah ini bermaksud yg tuntut cerai tu biarkan saja..bukak file baru tuntut utk takliq.??
biasanya lama tak ambik masa??
sori..nk terangkan kat kakak...sbb dia sendiri pun mmg kosong bab gini..
ini pun proses makamah pak sedara yg tolong..
tp bab taklik tu mmg ader lafaz pasal nafkah semua..
tq so much
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2014 04:17 PM | Show all posts
munchkin posted on 12-9-2014 04:09 PM
http://sukapeguamsyarie.blogspot.com/2013/02/cerai-taklik.html

PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG MENGENAI  ...

..tengah baca gak blog nih td...
sambil2 duk try cara aper cara bleh tolong dia..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2014 04:18 PM | Show all posts
tiputipujah posted on 12-9-2014 04:16 PM
adakah ini bermaksud yg tuntut cerai tu biarkan saja..bukak file baru tuntut utk takliq.??
biasan ...

tak tahulah. tapi kl tuntut cerai 1000 tahun dia tak cerai pun takkan cerai kan? so cuba buat tuntutan baru.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2014 04:19 PM | Show all posts
tiputipujah posted on 12-9-2014 04:17 PM
..tengah baca gak blog nih td...
sambil2 duk try cara aper cara bleh tolong dia..

ok. good luck. caranya terus pergi cepat and minta cerai taklik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2014 04:31 PM | Show all posts
munchkin posted on 12-9-2014 04:19 PM
ok. good luck. caranya terus pergi cepat and minta cerai taklik.


insyallah...tq kerana membantu...

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2014 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
tiputipujah posted on 12-9-2014 04:31 PM
insyallah...tq kerana membantu...

Welcome. Saya doa segala dipermudahkan buat kakak and family jah semua.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:31 PM GMT+8 , Processed in 0.069914 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list