CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4178|Reply: 33

[Tempatan] Tentera AS jalani latihan di T'ganu, K'tan

[Copy link]
Post time 12-9-2014 10:00 PM | Show all posts |Read mode
Kehadiran sekumpulan anggota tentera Amerika Syarikat (AS) di Terengganu dan Kelantan adalah untuk menjalani latihan Eksesais Keris Strike Siri 18/2014 bersama dengan Tentera Darat Malaysia.

Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan hari ini berkata anggota tentera AS itu adalah dari pasukan United States Army Pacific Command (USARPAC) yang berpangkalan di Hawaii.

"Tujuan utama eksesais bilateral ini dijalankan adalah untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan pengalaman kepada peserta khususnya dalam pengurusan bencana alam dan pelaksanaan Operasi Pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)," kata kenyataan itu.

Seramai 540 anggota USARPAC dan 638 anggota Tentera Darat akan menyertai Eksesais Keris Strike kali ini yang bermula esok hingga 26 Sept.

Menurut kenyataan itu, Eksesais Keris Strike merupakan siri latihan gabungan yang diadakan setiap tahun melibatkan Formasi 8 Briged di bawah naungan Markas 2 Divisyen.

Eksesais Keris Strike dijalankan sekitar kawasan Kem Pangkalan Chepa dan Kem Desa Pahlawan, Kelantan.

"Pada tahun ini ia dilaksanakan berorentasikan pengurusan bencana dan bantuan kemanusiaan dalam senario bencana banjir," kata kenyataan itu.

Tentera Darat berharap penjelasan ini dapat memberi gambaran sebenar berkaitan salah tafsiran mengenai kehadiran tentera AS seperti mana yang telah tersebar di kebanyakan media sosial tempatan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2014 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Annual event
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2014 10:57 PM | Show all posts
Tahniah Malaysia.Satu kejayaan yang membanggakan
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2014 11:01 PM | Show all posts
Kehadiran sekumpulan anggota tentera Amerika Syarikat (AS) di Terengganu dan Kelantan adalah untuk menjalani latihan Eksesais Keris Strike Siri 18/2014 bersama dengan Tentera Darat Malaysia.



Dah 18 kali buat baru nak meroyan bising kat FB konon2 diorang ada udang sebalik batu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2014 11:24 PM | Show all posts
mana sopiah apa entah?
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2014 11:28 PM | Show all posts
ini yg kat fb org sibuk share "Ya Awwoh! askar amareka nak tawan Terengganu!"
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-9-2014 11:34 PM | Show all posts
mana ari tu ada forumer bisisng bising yang singapore bagi muka kat US lah, bagi US buat pangkalan kat sana lah..
kan aku dah kata, tak perlu semua tu.. malaysia baik hati, bagi jer dia orang buat latihan kat bumi malaysia..dan US ni datang dengan equiptment yang serba canggih, habis segala rahsia negara kita ditogelkan, dan for sure dia akan 'share' dengan anak angkat dia kat rantau ni...
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2014 11:39 PM | Show all posts
kelana36 posted on 12-9-2014 11:34 PM
mana ari tu ada forumer bisisng bising yang singapore bagi muka kat US lah, bagi US buat pangkalan k ...

So tuan tada setuju la dgn kegiatan memberi latihan darat ni? ce g komplen kat https://www.facebook.com/MalaysiaMilitaryPower?ref=stream
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2014 11:40 PM | Show all posts
kelana36 posted on 12-9-2014 11:34 PM
mana ari tu ada forumer bisisng bising yang singapore bagi muka kat US lah, bagi US buat pangkalan k ...

Bkn kah banyak benda yang ankle som tahu sebelum ni? depa kan ada mata dari semua sudut....
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2014 11:46 PM | Show all posts
kelana36 posted on 12-9-2014 11:34 PM
mana ari tu ada forumer bisisng bising yang singapore bagi muka kat US lah, bagi US buat pangkalan k ...

tu ler....sama je s'pore ngan m'sia agen amerikaa
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2014 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan kah joint exercise dgn US telah dibuat from mid 80's...jadinya malus amphex ini isnt totally foreign... mengapa baru sekarang nak bising? Dah boikot mcd macam batak tak siap... sekarang paranoid pula nak kena jajah bagai?
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2014 01:37 AM | Show all posts
dah berzaman2 dah buat...
tranning sama2....
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2014 02:52 AM | Show all posts
kelana36 posted on 12-9-2014 11:34 PM
mana ari tu ada forumer bisisng bising yang singapore bagi muka kat US lah, bagi US buat pangkalan k ...

pernah malaysia buat latihan dekat USA? jangan haraplah. tengok negara2 yang dituduh terrorist rusia china dan sekutunya. masing2 happening buat latihan sama2 dan bergilir di negara masing2.





Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2014 02:55 AM | Show all posts
raxief posted on 12-9-2014 11:28 PM
ini yg kat fb org sibuk share "Ya Awwoh! askar amareka nak tawan Terengganu!"

mat said dah pergi selamatkan penguin dia, habislah kena jajah
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2014 03:13 AM | Show all posts
vice versa la tentera malaysia pun ada buat exercise kat US
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2014 03:40 AM | Show all posts
CiliPadiSedap posted on 12-9-2014 10:52 PM
pernah malaysia buat latihan dekat USA? jangan haraplah. tengok negara2 yang dituduh t ...

Bila latihan bersama asyik tentera US datang ke malaysia jer, mana ada pernah tentera kita kesana untuk latihaan bersama?
kalau individual pergi berkursus ada lah.. Yang tak tau main tembak jer cakap.

btw bilateral exercise ni bukan la macam contract berahim catering dgn MAS. boleh jer kalau satu pehak nak stop bilateral training ni anytime, bukan macam agreement tiap tiap tahun mesti kena buat. Kita dah buat berzaman dgn US dari dulu maknanya kita kena teruskan la..begitu..haha



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2014 03:52 AM | Show all posts
kelana36 posted on 13-9-2014 03:40 AM
Bila latihan bersama asyik tentera US datang ke malaysia jer, mana ada pernah tentera kita kesana  ...

ni lah masalah bila agungkan bangsa penjajah
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2014 04:27 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2014 05:09 AM | Show all posts
Menda ni jd isu sbb kes mh370 n mh17 yg dikaitkn ngan us n israel..tambah2 dgn  isu gaza yg membuak2 lately jugak kaitan us n israel..sbb tu jd paranoid...china ngan us mmg x ngam tp aman2 je buat exersice  sama2...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2014 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
kelana36 posted on 12-9-2014 11:34 PM
mana ari tu ada forumer bisisng bising yang singapore bagi muka kat US lah, bagi US buat pangkalan k ...

then...mintaklah US buat pengkalan tentera paling canggih kt pulau redang...habis citer
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:21 AM GMT+8 , Processed in 0.072881 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list