CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2066|Reply: 4

[Dunia] Suami Cemburu Buta Tikam Rakan Sekerja

[Copy link]
Post time 15-9-2014 07:56 AM | Show all posts |Read mode
Beijing: Seorang lelaki bertindak di luar jangkaan apabila menikam rakan sekerja isterinya berulang kali hingga mati hanya kerana melihat mereka berjalan bersama.

Media tempatan melaporkan Qin Han, 39, yang sudah lama menyangka isterinya Du, 33, mempunyai hubungan sulit menyerang dan menikam mangsa dikenali sebagai Zhao di khalayak ramai.


Seorang saksi berkata, kejadian berlaku dengan begitu pantas dan Qin tidak melarikan diri selepas melakukannya.

“Mangsa mati dalam keadaan berlumuran darah. Namun Qin cuma duduk di situ seolah-olah menunggu polis datang menahannya.
DU (tengah) bersama Qin (kanan). Di belakang, mayat Zhou diperiksa pasukan perubatan.


“Isterinya menjerit dan meraung. Saya mendengarnya menjerit ‘Apa saya nak buat sekarang’” katanya.

Jiran pasangan itu berkata, mereka sering bertengkar kerana sifat  suami yang cemburu buta malah Qin kerap menuduh Du meniduri lelaki lain.

Sifat cemburu itu dikatakan mendorong Qin mengekori isterinya ke tempat kerja untuk ‘mencari bukti’ kecurangannya.

Dia juga tidak mempedulikan cubaan Zhao yang menafikan tuduhannya dan cuba meredakan keadaan.

“Malah dia nampak semakin marah walaupun mangsa berkali-kali cuba memberi penjelasan,” kata saksi.

Menurutnya, Qin mengeluarkan pisau dan menikam Zhou ketika mangsa cuba beredar dari situ.

Ketika ditahan, Qin yang juga berlumuran darah didengar berkata kepada isterinya: “Jagalah anak-anak kita. Ini bukan salah kamu.” - Agensi

Sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2014091322401020140913224010/Article/index_html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2014 08:34 AM | Show all posts
ummah PPRT PRC tak boleh dipisahkan dgn kebodohannya..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2014 08:35 AM | Show all posts
cemburu buta yang sangat bodoh..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2014 08:43 AM | Show all posts
dh lama dia perangai gtu..

pesal tk anta spital aja
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2014 08:46 AM | Show all posts
ni baru betul bermandian darah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 11:29 AM GMT+8 , Processed in 0.080467 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list