CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2527|Reply: 19

[Tempatan] Mekanik hidup mewah ditahan

[Copy link]
Post time 16-9-2014 12:19 PM | Show all posts |Read mode
Mekanik hidup mewah ditahan           Oleh AZELI ALI
azeli.ali@utusan.com.my

MIOR Faridalathrash Wahid (kiri) bersama dua pegawainya menunjukkan kenderaan mewah yang dirampas polis di IPD Timur Laut, Georgetown, Pulau Pinang, semalam.

PULAU PINANG 15 Sept. - Biarpun hanya bekerja sebagai mekanik, seorang lelaki mampu tinggal di sebuah kondominium mewah di Jalan Chain Ferry, Butterworth di sini.

Malah dia juga sering kelihatan bertukar-tukar kereta mewah antaranya Porsche, BMW dan Mercedes-Benz selain sering berhibur di pusat hiburan terkemuka di negeri ini.

Polis yang memantau aktiviti lelaki berketurunan India berusia 36 tahun itu mendapati dia sebenarnya merupakan anggota sindiket curi kenderaan mewah yang pakar dalam melakukan kegiatan itu selain turut terlibat mencetak cukai jalan palsu.

Hasil intipan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, lelaki itu yang turut memiliki enam rekod jenayah lampau berkaitan pecah rumah dan curi kenderaan berjaya ditahan di Lebuh Farquhar dekat sini awal pagi Jumaat lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, hasil soal siasat ke atas lelaki tempatan itu, pihak polis dibawa ke sebuah kondominium di Harbour Place dekat Butterworth dan menemui lima kunci kereta mewah selain beberapa cukai jalan palsu.

Katanya, polis turut menjumpai sebuah kereta Porsche Cayman, BMW 520i, dua Mercedes-Benz jenis E200 dan CLA2000 serta sebuah Toyota Land Cruiser yang dianggarkan bernilai RM1.1 juta di tempat letak kereta kondominium itu dengan kesemuanya menggunakan nombor pendaftaran palsu.

"Kesemua kereta itu dipercayai dicuri di Selangor kerana bersangkut dengan repot di bawah Seksyen 379 A (1) Kanun Keseksaan iaitu curi kenderaan dan Seksyen 395/397 kanun sama iaitu samun di Serdang, Klang, USJ, Subang Jaya dan Seri Kembangan, Selangor.

"Kita percaya kereta-kereta itu disimpan di negeri ini untuk dijual ke luar negara oleh anggota sindiket lain yang masih dikesan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Tambah Mior Faridalathrash, ini merupakan rampasan terbesar tahun ini bagi IPD Timur Laut sementara suspek kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan dan akan diserahkan kepada Polis Selangor untuk tindakan lanjut.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2014 12:45 PM | Show all posts
kesiannya?            
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2014 01:16 PM | Show all posts
Tak reti lay low... kan dah kena cekup
Teringat kesah mamat keja bank dulu tu.
Yg amik 5 sen bila org buat atm transaction.
Kantoi sbb dok tetukar keta gak.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2014 01:19 PM | Show all posts
yeaaaaaa????
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2014 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
menteri hidup mewah melampau drpd gaji org tak heran gak ek
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2014 01:35 PM | Show all posts
senang nye org jahat cari makan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-9-2014 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Selamat Hari Malaysia?
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2014 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
anak menteri yg setahun jagung pakai kereta mewah tanak pantau ke ape dia buat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2014 08:10 PM | Show all posts
Beemer 5 series dah hebat tp y nombor bersepah??BMN 9329???WTH??
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2014 08:15 PM | Show all posts
axl_bach posted on 16-9-2014 04:10 PM
Beemer 5 series dah hebat tp y nombor bersepah??BMN 9329???WTH??

kan nombor palsu tu... pandai la tu dia cari nombor yang orang tak nak, tak guna.
kalau letak popular number nanti ada orang lain yang perasan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2014 08:20 PM | Show all posts
kelana36 posted on 16-9-2014 08:15 PM
kan nombor palsu tu... pandai la tu dia cari nombor yang orang tak nak, tak guna.
kalau let ...

btol gak eh.....kalo letak nombor canthek mesti org notis yer x yer gak tu.....letak jer laa nombor sepah busuk, bijak bijak hahahahahah

Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 01:16 AM | Show all posts
manusia dan perasaan berlagak dgn manusia lain takleh dipisahkan...
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 02:52 AM From the mobile phone | Show all posts
sepandai2 tupai melompat..tertangkap jgk..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 04:01 AM | Show all posts
shabbasshh inspektor sahabb..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 06:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Nama polis ni unik lak.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 06:10 AM | Show all posts
apam posted on 16-9-2014 01:33 PM
menteri hidup mewah melampau drpd gaji org tak heran gak ek

menteri ada lesen untuk ....you know what i mean

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2014 06:57 AM | Show all posts
unik nama polis tu...
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 07:10 AM | Show all posts
Nama polis daysat !!! Trash

Tambah Mior Faridalathrash,
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 09:06 AM | Show all posts
yelah unik. aku sebut nama polis tu berulang kali
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
sueism posted on 17-9-2014 06:10 AM
menteri ada lesen untuk ....you know what i mean

ha'ah, buat bisnes haram mcm kedai judi, kedai todi, kedai lendir boleh jadi halal kaau ada lesen.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:43 PM GMT+8 , Processed in 0.092017 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list