CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1970|Reply: 24

[Tempatan] Pengecas telefon guna haba badan

[Copy link]
Post time 16-9-2014 05:05 PM | Show all posts |Read mode
            KUALA LUMPUR: Seorang pelajar tahun akhir kejuruteraan kimia telah merekacipta sebuah alat pengecas telefon pintar dengan hanya menggunakan haba daripada badan.

Peranti yang hanya perlu disambungkan kepada lengan seseorang akan menukarkan haba badan dan suhu sekitar kepada tenaga elektrik.

Pelajar Universiti Teknologi Petronas (UTP), P. Sukesh Pandian berkata idea itu datang kira-kira setahun yang lalu.

"Idea mencipta alat ini datang tahun lepas kerana saya seorang pengguna tegar telefon pintar menyebabkan bateri cepat habis dan perlu mengecas telefon setiap tiga hingga empat jam," kata Sukesh ketika dihubungi Astro AWANI.

Beliau berkata kebanyakan pengguna turut bergantung kepada bank kuasa yang juga perlu dicas ketika berada di luar.

Mencari penyelesaian yang mesra alam, Sukesh mencipta alat peranti yang dipanggil ‘STATS Charger’.

Alat ini, menurut Sukesh, perlu dilekatkan di lengan untuk mengaktifkannya,  namun ia tidak membahayakan pengguna.


  

  Pelajar Universiti Teknologi Petronas (UTP)  P. Sukesh Pandian menunjukkan peranti yang diciptanya.
  
   

  
  Alat pengecas telefon pintar dengan hanya menggunakan haba dari badan ciptaan P. Sukesh Pandian
.
  
   

"Beberapa eksperimen telah dilakukan dan di peringkat pertama prototaip, keputusannya amat mengagumkan," katanya sambil menambah bahawa beliau kini sedang bereksperimen dengan bagaimana untuk membuat peranti lebih mesra pengguna.

Walau bagaimanapun, masalah yang dihadapi Sukesh adalah tidak mempunyai dana mencukupi untuk membawa ciptaannya ke peringkat global.

"Saya mahu membawa ciptaan ini ke Pertandingan Sains & Teknologi Bahan Amerika Syarikat 2014, yang akan mengambil tempat pada 12 hingga 17 Oktober ini, namun tidak mempunyai dana yang cukup untuk itu," katanya.

Ibunya, seorang ibu tunggal yang mengajar di sebuah tadika di Klang, tidak dapat mengadakan sejumlah RM16,000 yang diperlukan bagi menanggung kos yang diperlukan.

Jumlah itu merangkumi tambang penerbangan, yuran permohonan visa, penginapan, yuran pendaftaran pertandingan, makan-minum dan bayaran rencam lain.

Sukesh akhirya mencuba nasib meminta bantuan melalui Facebook dan statusnya telah dikongsi lebih 1,000 kali oleh keluarga dan rakan-rakan, termasuk ahli-ahli politik di negara ini.

Menurutnya lagi, beliau pada mulanya memohon pembiayaan melalui universiti, namun ditolak.

"Saya tidak tahu mengapa permohonan itu ditolak kerana tiada sebab tertentu yang diberikan.

"Mungkin pihak universiti melihat potensi dalam projek ini atau mungkin mereka tidak mempunyai dana untuk itu," katanya.

"Saya tidak mahu lagi merayu kerana kesuntukan masa. Pertandingan tinggal lagi sebulan," akhir kata Sukesh yang percaya ciptaannya akan membawa kemasyhuran kepada negara.            




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2014 05:06 PM | Show all posts
Caj celah ketiak untuk kuasa maksima?
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2014 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Adakah ini idea first hand? Makna kata tak tiru mana2 idea dari kokesen? Kalau betul, aku nak bangga ni sebagai anak malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2014 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Xda kesan sampingan dengan kesihatan ker ?
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2014 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Berapa ampere alat ni hasilkan?
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2014 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau urang tu demam, lagi laju ke dia cas?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-9-2014 07:16 PM | Show all posts
produk malaysia banyak bagus, tp tiada sponsor daripada gov dan tiada branding. jadi produk2 ni akan di jual pada  syarikat2 besar.

Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2014 07:19 PM | Show all posts
edee_91 posted on 16-9-2014 06:47 PM
Kalau urang tu demam, lagi laju ke dia cas?

cuba cari bahagian paling panas... stakat lengan ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2014 07:21 PM | Show all posts
CiliPadiSedap posted on 16-9-2014 07:16 PM
produk malaysia banyak bagus, tp tiada sponsor daripada gov dan tiada branding. jadi produk2 ni akan ...

nak dpt dana masuk la kickstarter ke... ni skit2 gomen
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2014 07:21 PM | Show all posts
zainuddinmaidin posted on 16-9-2014 05:06 PM
Caj celah ketiak untuk kuasa maksima?

lepas makan kari lagi mantop
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2014 07:24 PM | Show all posts
Kalau bacaan blood preassure aku naik barangkali akan tambah kuasa mengecas, tambah lagi lapas makan durian atau kambing kekah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2014 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
UTP tolak bukan pasal idea dia x bagus. Tapi idea ni tk menggunakan minyak petrol... Tk kayakan prtronas.. Mana2 ciptaan yg gune elektrik mmg akan dihumban dlm laut oleh syarikat petroleum .. Spt kete letrik bagai..

Sebab tu ummah pprt bersorak gembira setiap kali ade release kete baru menggunakan minyak petrol lagi.. Serupa macam 100tahun lalu. Tapi kete letrik dlm page2 akhbar belakang aja..
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2014 08:08 PM | Show all posts
batmana posted on 16-9-2014 07:43 PM
UTP tolak bukan pasal idea dia x bagus. Tapi idea ni tk menggunakan minyak petrol... Tk kayakan prtr ...

ooo..
baru faham

Terimakasih
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2014 09:00 PM | Show all posts
dino posted on 16-9-2014 07:21 PM
nak dpt dana masuk la kickstarter ke... ni skit2 gomen

kenapa terasa ke? gomen kan ada agensi untuk bantu usahawan industri kreatif, ada kepakaran dia orang, kalau tak optimizekan cmne nak bantu mereka yang terumbang ambing start up?
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2014 10:35 PM | Show all posts
CiliPadiSedap posted on 16-9-2014 09:00 PM
kenapa terasa ke? gomen kan ada agensi untuk bantu usahawan industri kreatif, ada kepakaran  ...

motif nak terasa.... nak menghrp kot org ni tak kemana.....
kena berjaya dulu baru la dana dtg mencurah2...
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2014 10:52 PM | Show all posts
sila makan kari byk2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2014 11:06 PM | Show all posts
Aku rasa idea ni diciplak dari pengecas dari cawan kopi panas hari tu.

Dan lagi, mcm nak cari mampos saja tempek li-ion ke body mcm tu. Silap2 haribulan mau berparut lengan kau.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2014 11:14 PM | Show all posts
ni dh kira charge by battery
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2014 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
aku ade duit bnyk aku nk suh mne2 u buat software cek tekanan darah.disambungkn ke hp.satu peranti saiz kecik dililit kt lengan.pas tu bleh cek bile2 mase..pas mkn leh cek..lol..sofware utk jntung x salah aku dh ade.utk darah tinggi xde jumpe lgk.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 12:26 AM | Show all posts
kwn aku beli powerbank solar. hari2 dia jemur powerbank tu. bagus jugak sbb dia recharge hp dia guna powerbank tu je. jimat elektrik.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.070010 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list