CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1241|Reply: 3

[Dunia] Di China, pendapatan pengemis 10,000 yuan (RM5,200) sebulan

[Copy link]
Post time 17-9-2014 08:42 AM | Show all posts |Read mode
Beijing:  Seorang lelaki tua dari wilayah Jiangsu yang hidup dengan mengemis di bandar raya ini mampu mengirim wang 10,000 yuan (RM5,200) setiap bulan untuk menyara keluarganya.
Menurutnya, wang hasil mengemis itu menjadi satu-satunya sumber pendapatan keluarganya.

Dengan wang itu, dia membiayai pengajian tiga anggota keluarganya di universiti serta membina rumah dua tingkat di Jiangsu.



Menurut sumber, lelaki berusia 70 tahun  itu datang ke sebuah pejabat pos di Beijing setiap bulan untuk mengirim  10,000 yuan kepada keluarganya.  Pada musim cuti, jumlah wang dibawanya mencecah 20,000 yuan (RM10,400).  Baru-baru ini, selepas Festival Musim Bunga, lelaki itu datang ke pejabat pos tiga hari berturut-turut kerana tidak mampu mengira semua wangnya dalam masa sehari.

Dia biasanya akan mengira wang itu dilantai, satu persatu, sebelum menyerahkan ke  kaunter.  Lelaki berkenaan juga menawarkan upah 100 yuan kepada mereka yang membantunya mengira.

Bagaimanapun, seorang kerani yang membantunya  enggan menerima upah itu.
“Dia pelanggan utama kami,” kata kerani itu.

Gambar yang merakam lelaki tua itu mengira wangnya menjadi viral di Internet baru-baru ini. - Agensi

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2014 09:24 AM | Show all posts
x sehebat si Zhang Jian yg dtg sini bawa balik RM300 juta! Malaysia ni syurga skim!

Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
nk tukar profesion la mcm ni :lol
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 10:52 AM | Show all posts
one way tix to beijingg - nak berak pun senang - tepi jalan sajaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:51 PM GMT+8 , Processed in 0.060407 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list