CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10650|Reply: 170

[Tempatan] Azmin Ali Angkat Sumpah MB Selangor Baharu Selasa Ini?

[Copy link]
Post time 18-9-2014 04:45 PM | Show all posts |Read mode
Azmin Ali Angkat Sumpah MB Selangor Baharu Selasa Ini?

Shah Alam – Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dijangka akan dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang telah hilang sokongam majoriti ahli dewan undangan negeri (ADUN).

Menurut sumber yang dihubungi SuaraTV sebentar tadi, kad jemputan ‘Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Yang Amat Berhormat Dato Menteri Besar Selangor’ telahpun diedarkan kepada semua penghulu di bawah mukim Selangor.

“Saya dimaklumkan calon Menteri Besar yang baharu telahpun diputuskan dan istiadat angkat sumpah akan diadakan di Balairong Seri, Istana Alam Shah, Klang pada jam 10.00 pagi.

“Walaupun sebelum ini ada yang mendakwa MB Selangor bakal dilantik dari kalangan PAS, namun bagi elak sebarang kemungkinan dan undi tak percaya DUN Selangor Azmin akhirnya dipilih untuk mengisi jawatan tersebut.” katanya kepada SuaraTv sebentar tadi.

Setiausaha Sulitnya Datuk Mohamad Munir Bani, dalam kenyataan sebeum ini berkata Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah akan meneliti senarai calon yang dikemukakan PAS, PKR, dan DAP dan mengambil kira segala aspek sebelum keputusan dibuat.

“Dalam masa yang sama memandangkan kuasa melantik menteri besar Selangor terletak pada budi bicara Sultan Selangor, maka baginda juga akan meneliti nama-nama Adun yang lain daripada Pakatan Rakyat yang berkelayakan dan pada fikiran Sultan Selangor mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri,” katanya.

Namun Adun Bukit Antarabangsa itu gagal untuk dihubungi bagi mengesahkan perkara itu.

Sementara itu sumber yang rapat dengan Azmin sebelum ini menyatakan tiga nama yang dihantar oleh PAS ialah Wan Azizah, Azmin sendiri dan Iskandar.

Bagaimanapun beliau tidak tahu mengenai sebarang nama lain yang dicadangkan oleh PAS.

“Apa yang kami tahu, ketiga-tiga nama ini yang dihantar,” kata beliau.

Krisis perebutan kerusi Menteri Besar Selangor tercetus dengan ‘Langkah Kajang’ yang dimulakan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli pada PRK Kajang Mac lepas, bertujuan menjadikan Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.










MB baru angkat sumpah Selasa ini




Menteri besar baru Selangor akan mengangkat sumpah pada 10 pagi, Selasa depan di Istana Alam Shah, kata sumber istana.

Kad undangan untuk upacara itu dilapor sudah dihantar kepada pemimpin-pemimpin negeri, wakil rakyat dan orang-orang kenamaan.

Menurut sumber lagi, pilihan menteri besar baru itu akan didedahkan kemudian dan keputusan akhir telah dibuat.

Sumber juga enggan mendedahkan menteri besar baru itu daripada parti mana.

Last edited by Magika on 18-9-2014 07:58 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2014 04:47 PM | Show all posts
Jijah kew?
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 04:48 PM | Show all posts
sapakah yg 'bertuah' itewww
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 04:48 PM | Show all posts
Tahniah Datuk Menteri Besar
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa lah agak nyer ye... Tak kisah la sape pun, buat lah kerja dgn jujur dan ikhlas. Ini amanah.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 04:57 PM | Show all posts
pilihan ketum kah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-9-2014 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
wan zizah ye?
kalo dia buang masa je lah sultan ni duk suh bg nama bagai
dr aritu lg patut dah lantik
bertabah jelah iols sapa pun munteri
harap tak huru hara keadaan udah

iols saspek tak wan jijah, azmin tu jelah


hurmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 04:57 PM | Show all posts
berdebar-debar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2014 04:58 PM | Show all posts
agak2 cuti tak?
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 05:06 PM | Show all posts
from the star:

Selangor MB crisis: New MB to be sworn in on Tuesday














PETALING JAYA: The new Selangor Mentri Besar will be sworn in next Tuesday at 10am in Istana Alam Shah, Palace sources have revealed.



Invitation cards to the swearing-in ceremony have been sent out to state leaders, elected representatives and local dignitaries.
It is understood that the choice of the new Mentri Besar will be revealed soon, as a final decision on the post has been made.

Sahihlah tu, cuma sapa MB ittew dari PAS kah!!!





Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 05:10 PM | Show all posts
kalau jijah .. akak nak mogok keja seminggu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 05:13 PM | Show all posts
ada 4 hari lagi untuk berteka teki
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 05:13 PM | Show all posts
noh udang kot??
(kemungkinan utk sejukkan ati org2 yg melopong).
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 05:13 PM | Show all posts
pittjie posted on 18-9-2014 05:10 PM
kalau jijah .. akak nak mogok keja seminggu.

hamboi kaka
nak g melancung maner tu?
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 05:16 PM | Show all posts
kalau dari PAS mampukan nak tadbir Selangor, rumah urut bersepah, spa berlambak, kilang arak sesejuk mata memandang, mampukah nak tegakkan ISLE ...... atau bertahalus al jahanamsi sesama mereka. ISU INI sudah tentu dimainkan semula, maklumlah memperjuangkan ISLAM
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 05:23 PM | Show all posts
pittjie posted on 18-9-2014 05:10 PM
kalau jijah .. akak nak mogok keja seminggu.

takkan seminggu jer kak. jijah jadi mb sepenggal.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2014 05:25 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN posted on 18-9-2014 05:13 PM
hamboi kaka
nak g melancung maner tu?

mana boleh pegi melancung. jijah MB PKR. kalau MB umno katanya boleh ikut pegi melancong ke disneyland.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 05:26 PM | Show all posts
Mudah-mudahan dpt Jijah. Barulah lengkap pelajaran hidup.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 05:28 PM | Show all posts
kucen_miang posted on 18-9-2014 05:23 PM
takkan seminggu jer kak. jijah jadi mb sepenggal.

mati kebulur la akak dik kalau tak keja .. dok tidor je. jijah pun jijah la. janji akak dpt cari makan. janji akak cukup makan.

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 05:31 PM | Show all posts
pittjie posted on 18-9-2014 05:25 PM
mana boleh pegi melancung. jijah MB PKR. kalau MB umno katanya boleh ikut pegi melancong ke disney ...

hahahahahampes

boleh lupa lak kita

agak2 letak banner mogok sekali tak depan pintu rumah?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:52 AM GMT+8 , Processed in 0.132608 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list