CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2598|Reply: 15

Lelaki tanpa tangan lulus ujian memandu

[Copy link]
Post time 18-9-2014 06:09 PM | Show all posts |Read mode

CAUNITIS menunjukkan lesen memandu yang yang diperolehnya selepas lulus dalam ujian memandu.- Agensi

RIGA, Latvia - Seorang lelaki di bandar ini berjaya memperoleh lesen memandu walaupun dia tidak mempunyai kedua-dua belah tangan dan terpaksa memandu dengan menggunakan kaki, lapor portal MailOnline, kelmarin.

Lebih menakjubkan lagi, lelaki tersebut, Gatis Caunitis, 26, lulus ujian lesen memandu dalam cubaan yang pertama.

Caunitis kehilangan kedua-dua belah tangannya akibat terkena renjatan elektrik ketika berusia enam tahun dan sejak itu dia menggunakan kakinya untuk melakukan semua tugas termasuk memandu kereta.

Walaupun cacat, Caunitis mampu memandu kereta transmisi automatik dengan baik dan lebih selamat berbanding pemandu normal.

Caunitis berkata, pengajar di sekolah memandu tidak terkejut apabila kali pertama melihat keadaan dirinya dan pengajar tersebut sering memberi kata-kata semangat kepadanya.

"Pengajar itu memberitahu saya, dia kagum melihat kecekapan saya memandu kereta walaupun saya hanya menggunakan kaki.

"Saya lulus ujian teori dan praktikal dalam cubaan yang pertama," katanya. - Agensi


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2014 06:37 PM | Show all posts
suke berita2 macam nie..

orang tabah untuk hidup walaupn ade kekurangan..

insaf..insaf..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2014 06:44 PM | Show all posts
cowey posted on 18-9-2014 06:37 PM
suke berita2 macam nie..

orang tabah untuk hidup walaupn ade kekurangan..

Betul tu...kita yang sempurna ni patut bersyukur sangat dengan apa yg kita adaaa....

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 09:34 PM | Show all posts
Kekurangan diri tak jadi halangan selagi ada kemahuan untuk berjaya dan hidup senormal mungkin
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 09:30 AM | Show all posts
semngat yg tggi.....
kekurangan bukan satu penghalang..
tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 11:19 AM | Show all posts
Lebih menakjubkan lagi, lelaki tersebut, Gatis Caunitis, 26, lulus ujian lesen memandu dalam cubaan yang pertama.



aku yg normal ni pun 2 kali baru lulus

cayalah dude!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-9-2014 01:51 PM | Show all posts
kagum aku
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 02:58 PM | Show all posts
yg sempurna yg selalu accident....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2014 01:16 PM | Show all posts
hebat2......usaha tangga kejayaan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2014 01:50 PM | Show all posts
supernaturalee posted on 19-9-2014 11:19 AM
aku yg normal ni pun 2 kali baru lulus

cayalah dude!

Ada tu lebih dari 2 kali gagal pun ada....

Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2014 05:46 PM | Show all posts
Amazing story
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2014 03:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat dubai dah ada engineering student umur 23 hasilkan kenderaan yg boleh bergerak tanpa stereng.dia buat alat manouver kat kaki.khas untuk oku yg xde tangan.dia dah dapat hak patent 20 tahun.nama student tu reem al marzuqi Last edited by ana_w_houb on 17-10-2014 03:32 AM

Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2014 08:37 AM | Show all posts
semangat tinggi ni  ........... yakin diri kata BOLEH!
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2014 12:24 PM | Show all posts
bkn halangan..ada kenal org tu, ambik smpai 7x ujian komputer

apa yg susah pn xtau
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2014 09:00 PM | Show all posts
amyainsamad posted on 17-10-2014 12:24 PM
bkn halangan..ada kenal org tu, ambik smpai 7x ujian komputer

apa yg susah pn xtau

7x..? biar betul

rasa nya ujian komputer ni cuma takat 3x je..
tak lulus yg pertama., repeat utk kali ke 2.., kali ke 2 tak lulus .. repeat kali ke3 tu
terus buat ujian berkelompok di JPJ

ni kes kawan opis aku le..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2014 11:57 AM | Show all posts
supernaturalee posted on 19-9-2014 11:19 AM
aku yg normal ni pun 2 kali baru lulus

cayalah dude!

kahkahkah

sama la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:06 PM GMT+8 , Processed in 0.185159 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list