CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4101|Reply: 34

[Tempatan] Trending Jual Daging Cara Tipu Untuk Untung

[Copy link]
Post time 19-9-2014 12:08 PM | Show all posts |Read mode
Deraman nasihat peniaga daging jujur, tidak campur daging tempatan dan import.





        BUKIT PAYONG  – Peniaga perlu jujur, jangan kaut untung dengan penipuan. Demikian nasihat seorang peniaga daging segar, Deraman Botok, 70-an, ketika ditemui Sinar Harian di Pasar Besar Bukit Payong, di sini, semalam.

        Peniaga warga emas itu mengulas mengenai perkembangan negatif membabitkan segelintir peniaga daging segar di negeri ini yang didakwa sanggup mencampurkan daging lembu import dengan daging tempatan segar untuk memperdayakan pengguna.

        Menurutnya, perkara itu sudah lama berlaku kerana sikap segelintir peniaga yang mahu mengaut keuntungan cepat walaupun tahu perbuatan mereka salah dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

“Kami di sini hanya jual daging segar... kami jual pada harga RM26 sekilogram. Untuk tulang di campur paru kami jual RM22 sekilogram dan kalau perut dengan daging cincang pula RM14 sekilogram.

“Permintaan terhadap daging segar biasanya menurun menjelang sambutan Aidiladha, namun itu bukanlah alasan kepada peniaga daging untuk mencampurkan daging segar dengan daging import,” katanya.

        Deraman berkata, pengguna perlu bijak memeriksa daging yang ingin dibeli kerana daging import lebih keras berbanding daging segar.

        Sementara itu, seorang peniaga di sebuah pasar tani yang hanya mahu dikenal sebagai Mat Awang, 50-an berkata, dia turut mendapat aduan daripada orang ramai berhubung tindakan peniaga mencampurkan daging berkenaan.

“Mereka (pengguna) kata lebih yakin untuk beli daging segar di pasar tani berbanding di jalanan atau di pasar biasa kerana bimbang menjadi mangsa.

        "Perkara ini didedahkan sendiri pelanggan yang pernah terkena,” katanya.

        Bagaimanapun, berdasarkan tinjauan Sinar Harian di daerah ini, semalam, tiada peniaga sama ada yang berniaga di tepi jalan atau pasar utama mencampurkan daging import dengan daging segar.

        Sementara itu, rata-rata peniaga daging segar di pasar sekitar daerah ini turut kesal dengan perkembangan itu dan meminta agensi berkaitan membuat pemeriksaan agar peniaga terlibat dapat dikenakan tindakan sewajarnya.


Read here: http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/helah-peniaga-daging-kaut-untung-1.318031

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2014 12:14 PM | Show all posts
jahatnya menipu... i mmg x suka bli daging kt pasar or tepi jalan.. x reti sbb pnah terkena dagin x elok.. i berani bli jantung je.. sedap jantung lembu.. nyum..

klu daging, i bli yg australia ke apa kt mall tu..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 12:17 PM | Show all posts
yg ini ok lagi....yang lapah peha lembu hidup-hidup tu lagi gila.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 12:45 PM | Show all posts
penipuan ni rasanya dah lama peniaga2 dok buat.
sbb sorg pakcik kat trganu pun pernah pesan pd kami perkara yg sama klau nak beli daging kat sini.

Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Makan la redmeat banyak2 nanti kena cancer menangis berguling2..
#friendlyreminder
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 05:17 PM | Show all posts
I dah terkena beli daging batang pinang RM28 or RM30/kilo. Beli di Pasar Tani shah alam. Bila balik and masak - bukan batang pinang tapi mungkin batang kayu. Punyalah keras and lama nak empuk. kalau batang pinang cepat empuk walaupun digoreng.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-9-2014 05:19 PM | Show all posts
uda posted on 19-9-2014 09:17 AM
I dah terkena beli daging batang pinang RM28 or RM30/kilo. Beli di Pasar Tani shah alam. Bila balik  ...

Pasar tani kat sek brapa uda?
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 05:21 PM | Show all posts
famri7 posted on 19-9-2014 12:48 PM
Makan la redmeat banyak2 nanti kena cancer menangis berguling2..
#friendlyreminder



aku sangat suka makan daging merah ..


kena cut intake la lepaih ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2014 05:25 PM | Show all posts
GhostWalking posted on 19-9-2014 05:19 PM
Pasar tani kat sek brapa uda?

yg dekat stadium tu - setiap hari ahad
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 05:58 PM | Show all posts
Macam2 cara menipu hanya nak dapat untung lebih
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 06:33 PM | Show all posts

meniaga kalao x menipu x kaya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2014 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
TuntungReturn posted on 19-9-2014 10:33 AM
meniaga kalao x menipu x kaya

Tu persoalan gak tuh.awat ada yang kaya jugak.tapi hati takkan tenang tu memang kompem
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 06:51 PM | Show all posts
GhostWalking posted on 19-9-2014 06:43 PM
Tu persoalan gak tuh.awat ada yang kaya jugak.tapi hati takkan tenang tu memang kompem


orang alim kalao meniaga x menjadik sebab depa tak pandai tipu,,ce tgh jual buah org tny "buah ni manis ke x?"..orang alim akan jawap "walahualam,ade yg manis,ade yang tak,,kene pandai pilih,kalao dapat yg masam tu nasib la"...klo cm ni jawapaan tobat la orang x nak beli! bebanding org x alim die akan jawap "kompem manis,x da yang msam,saya jual banyak dah,,tebaik buah ni.manis sangat2"...org dgr pun besemangat,trus  nak beli
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
TuntungReturn posted on 19-9-2014 06:51 PM
orang alim kalao meniaga x menjadik sebab depa tak pandai tipu,,ce tgh jual buah org tny "buah n ...

rasa nk tekan button like jer..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
clarizsa posted on 19-9-2014 12:14 PM
jahatnya menipu... i mmg x suka bli daging kt pasar or tepi jalan.. x reti sbb pnah terkena dagin x  ...

..sama je kak yg jual kat kedai...time raya itu hari pnyala pnjg beratur....beli 4 kilo tp 1 kilo daging hampir busuk dicampurnya ntah bila masa diselitnya x perasan plk
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 07:09 PM | Show all posts


ni klo bleh makan,perghhhhhhhhhh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2014 07:10 PM | Show all posts
TuntungReturn posted on 19-9-2014 06:51 PM
orang alim kalao meniaga x menjadik sebab depa tak pandai tipu,,ce tgh jual buah org tny "buah n ...

hahaha... ada betul jugak...jujurr wehhh... dan amanah
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
clarizsa posted on 19-9-2014 12:14 PM
jahatnya menipu... i mmg x suka bli daging kt pasar or tepi jalan.. x reti sbb pnah terkena dagin x  ...

Same here,org jual daging mmg kuat menipu.Baik beli daging aussie,mahal sikit takpe daging lembut senang msk.Beli di pasar borong pun menipu,pilih daging peha tempatan yg di gantung bila toleh ke lain campur daging india.Kat pasar tani ok sikit tapi batang pinang mmg daging import.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
melayu makin koat menipu..nak bgi makan anak bini bang oiii. daging takle makan byk dah..dah tua2 ni my blood go upstairs.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 08:58 PM | Show all posts
TuntungReturn posted on 19-9-2014 07:09 PM
ni klo bleh makan,perghhhhhhhhhh...

sedapnyer....teringat ada 1 time tu, teringin sgt nak makan ni....tapi xtau nk cari mana area kl ni....telan liur jer la sampai lama2 hilang keinginan tu dgn sendirinya....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:47 AM GMT+8 , Processed in 0.061742 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list