CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cikX87

ALKISAH SERAM VOL I : CIK KAK CINA? #205

  [Copy link]
 Author| Post time 20-9-2014 09:18 PM | Show all posts
salam uolls. ni baru masuk 24 jam cikX post thread ni dan da nak masuk story 3. yakin sangat menaip. huahuahua. seperti yang cikX janjikan siang tadi, ni cikX nak cerita satu lagi kisah area rumah GF adik cikX tu. cerita ni pendek ja and tak di experience oleh cikX tapi oleh bapak cikX. jom baca.


BUNIAN MELINTAS


lewat petang tu, atau lebih tepat lagi, lepas maghrib, bapak cikX baru selesai meeting dengan geng geng dia. so bapak dan geng geng nya pun beransur pulang. bapak lalu ikut jalan area rumah si A (GF adik cikX dalam post sebelum ni) tapi tidak lah masuk ke dalam. cuma laluan jalan raya besarnya saja yang sama.

tengah bapak driving feeling feeling tetiba ada sekumpulan gegadis melintas jalan. ye. sekumpulan. dalam 5 atau 6 orang macam tu. bapak takde lah kira kan. cuma main agak ja. melintas jalan dari arah seberang sana ke lane bapak. slow and steady. punyalah slow sampaikan bapak cikX ni boleh hafal cara gegadis ni berpakaian.

bapak kata ada sorang tu hat depannn sekali. pakai baju kuning kalau tak silap. siap dengan accessories kepala uolls. pastu gegadis lain pakai baju biru ke hijau camtulah. memang sopan gila cara diorang jalan. bapak cikX pun macam terpaku tengok diorang jalan slow sangat bak ang. bila da selesai melintas tu, barulah bapak macam tersedar. bapak terus tengok cermin pandang belakang. tapi YILEKKK. gegadis itu sudah gak ada. hilenggg. hahaha. (cikX hahaha je konon tapi kalau experience sendiri mau terkincit buih. huhuhu.)

so si bapak ni tak puas hati dia cakap sorang sorang, "mana pulak perginya? tak apa. aku U-turn. kalau ada, maksudnya manusialah tu. maybe baru balik dari show. kalau tak ada, memang setan." ye. memang cenggitulah dialog bapak. bila dia sampai je kat rumah malam tu, bapak terus cerita pasal benda ni. tu yang fresh in my memory tu. hihi.

so nak dijadikan cerita, bapak pun U-turn lah. sebab tak puas hati mana mungkin sekejap macam tu ja da hilang? sebab bapak memang da masak sangat dengan area situ. mana ada rumah. kalau ada pun, tu haa, kena masuk macam nak pergi ke rumah si A tu. so bila da U-turn, memang sah. segerombolan gegadis tadi tu memang tak ada. mustahil menyorok. tak ada tempat pun nak dibuat tempat penyorokkan area situ tu.so bapak simpulkan yang depa bukan dikalangan kita. mungkin bunian mungkin juga dari kalangan jin. tapi kalau ikutkan cara gegadis tu berpakaian, macam ada ciri ciri bunian. kata bapak. wallahualam.

bapak ni jenis tak takut benda tu semua. mewarisi sifat arwah atuk cikX gamaknya. arwah atuk dulu kecik kecik da silat. pandai mengubat orang. solat tak tinggal. dan tak pernah nampak atuk tu marah tau. memang senyum manjang. rindunya kat arwah atuk.

lepas tu kan, sempat lah jugak cikX tanya bapak, "tak takut ke tadi?" bapak selamba ja jawab, "mana ada hantu lah kat dunia ni. nak takut apa?" okay fine. hahaha. so gitulah sedikit bingkisan susulan area rumah si A yang sememangnya haunted tu. bayangkan, kat sana ada asrama sekolah agama. cikX pernah pegi melawat kazen cikX kat sana beberapa kali. nama ja sekolah agama. tapi kawasan angker okay? wuwuwu.

ada sesiapa pernah experience pasal bunian tak? pernah jugak baca thread bunian dalam ni. tapi ingat ingat lupo lak aih. okay da. tu ja. cikX nak refresh memori sat naa. terima kasih sudi baca! Last edited by cikX87 on 21-9-2014 02:00 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2014 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya dia nmpk jgk le tu...tiap kali kepala dia toleh kt bhgn cermin rumah nanges aje. Makin kuat plk tu tangisannya...masa tu nak bukak ayat Quran kt fon ni...tp xblh sbb xde wifi...huhu. bila bg kat ibu dia baru mcm ok cket...
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 12:45 AM From the mobile phone | Show all posts
We want moreeeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 01:28 AM | Show all posts
hieeuww.. seramnyeh..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2014 02:32 AM From the mobile phone | Show all posts
nayl.isabell posted on 21-9-2014 12:19 AM
Rasanya dia nmpk jgk le tu...tiap kali kepala dia toleh kt bhgn cermin rumah nanges aje. Makin kuat  ...

uikss. tengok cermin je nanges? aiyakk. tatotnye titeww. ni kat rumah siapa nayl?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2014 02:33 AM From the mobile phone | Show all posts
GhostWalking posted on 21-9-2014 12:45 AM
We want moreeeeeee

haha! ai gip yu mo tumoro! insyaallah! hihi. thanks for reading!
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-9-2014 02:35 AM From the mobile phone | Show all posts
mizzmimi posted on 21-9-2014 01:28 AM
hieeuww.. seramnyeh..

hihi. seram ke? nanti cikX gali balik cite lain k! thank you for reading!
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 03:41 AM | Show all posts
cikX87 posted on 21-9-2014 02:35 AM
hihi. seram ke? nanti cikX gali balik cite lain k! thank you for reading!

ok cikX
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-9-2014 11:10 AM | Show all posts
selamat pagi korang! hari ni cikX nak cerita throwback pengalaman sendiri masa kat Melaka. ada sesapa sini orang Melaka? hihi. da, jom baca!


CIK PONTI IN MELAKA


pertama sekali bukan niat cikX nak takutkan orang Melaka ye. setan ni mana mana pun ada. tapi kejadian ni jadi kat Melaka so cikX terpaksa jugak cerita. i wont change any details regarding my experiences.

benda ni jadi dua tahun lepas. cikX pegi Melaka menemankan kakak cikX outstation. so sambil jadi peneman, sambil makan angin lah ye. cikX ada sorang kawan baik study kat Melaka. so petang tu kitorang cadang nak meet up. around jam 4 ke 5 camtu, kawan cikX datang ambik cikX dan kakak kat hotel. since we dont really know the places in Melaka.

kawan cikX ajak gi Klebang pekena coconut shake. im sure orang Melaka tau kan mana yang kawan tu maksudkan. tapi masa tu hujan so, kempunan yo lah den ni haa. (padahal tak reti pun makan mende tu hihihi) last last kawan tu ajak pegi Dataran Pahlawan.

sampai DP, kitorang park kereta kat bawah (basement). masuk ja kawasan parking cikX nampak sajian orang cina kat sebelah kiri cikX. (cikX duduk kat seat depan. kawan bawak kereta. kakak duduk belakang) mulut ni pun kan macam takdak insurance. laju aje pi tegur, "mak aih. gila besar sajian kat sini." kawan tu da beliakkan mata dia pandang cikX. hahaha. dia punya comeback paling sempoi, "sini kan ramai cina, awak." hahaha apa kah kena mengena ramai cina dengan sajian besar? siap ayam panggang uolls. siapa orang Melaka atau yang pernah datang DP mesti pernah nampak. ke waktu tu je jamuan besar besaran dia? tak pastilah cikX.

im half chinese. so kalau menurut kepercayaan orang cina, bila mana sajian makanan (tempat depa letak tokong kecik tu) dibuat secara besar besaran dengan pelbagai makanan, maksudnya tempat tu keras. sebab tu sajian kena yang kaw kaw punya lah. kiranya sebagai imbalan untuk penunggu sana. ini apa yang cikX pernah baca dan dengar dari orang cina sendiri lah ye. kan biasa kita tengok tokong kecik tu sekadar lit up colok dan sebekas buah buahan ja? betul tak? haa yang ni memang kaw kaw gila macam buat open house. da terlanjur tegur ye dak? cikX menyesal pun tiada berguna. huhuhu.

kitorang decide nak tengok wayang. masa tu ada cerita vampire ke dracula tah. so kitorang bertiga beli lah ticket nak tengok cerita tu. korang tau tak? masuk 3 ke 4 kali tah pihak GSC terpaksa play balik cerita tu dari awal sebab asyik sangkut. last last diorang refund ja duit customers. cikX pun tak tau lah napa sampai jadi macam tu. "dia" marah ka tak bagi kitorang tengok cita hantu? hahahaha. alih alih ambik kau, melayan hobbit kami bertiga. tu pun tak habis sebab kakak kena balik. ada meeting malam tu. so kitorang pun tapau makanan bawak balik hotel. nak makan sana takut tak sempat.

sampai ja kat bilik hotel, kakak terus ambik barang barang dia and turun bawah pi bilik conference yang ofis dia buat kursus ke meeting tah. so tinggal lah cikX berdua dengan kawan cikX. da lama tak jumpa kan? so kitorang berborak lah malam tu sambil makan makanan yang kitorang tapau tadi. meh cikX kasi gambaran sikit tentang kedudukan kitorang time tu. kitorang duduk kat coffee table by the window. cikX hadap pintu bilik, kawan cikX hadap tingkap.kitorang duduk berdepan. tengah layan borak sambil makan tu, tetiba cikX terdiam. nak tau sebab apa? sebab cikX nampak sorang pompuan pakai baju putih macam gaun tido tu, berdiri depan pintu tandas. bukan hadap cikX tau. "dia" hadap pintu tandas. pintu tandas pulak sebelah main door. so of course lah cikX nampak jelas kan. lagi pun time tu cikX baru lepas tunduk suap makanan. angkat angkat muka ja nampak pompuan tu. "dia" sliding ke pintu toilet tahu tak korang?? padahal pintu toilet elok ja bertutup rapat. jahanam betul. memang aku tak masuk toilet lah malam tu kan. hahahahaha.

melihat cikX diam lain macam, kawan cikX pun tegurlah, "awak. awak nape? okay tak ni?" cikX cuma mampu jawab, "TAKUT." hambik kau. dikalangan kawan kawan, cikX ni memang antara yang berani bab bab macam ni. so bila cikX takut, maknanya? hahahahaha.

kawan cikX tak banyak tanya. sebab mungkin dia pun tak nak menakutkan diri dia sendiri. so dia pegi ambik buku yassin cikX yang cikX letak atas bantal. pass kat cikX. suh cikX pegang. lepas da okay sikit baru lah kawan cikX ni tanya apa jadi tadi? so cikX pun ceritalah dari A-Z. tak lama lepas tu, bell pintu bunyik. maka adegan tolak menolak pun bermula. cikX suruh kawan bukak, kawan suruh cikX bukak. alih alih dedua pegi bukak pintu. bukan apa. kan kena lalu tandas. wakakakakakakaaka!

sampai pintu, kawan cikX boleh pulak tanya, "siapa tu?" dan manusia kat luar tu jawab, "orang." bahahahahahahahaahahhaah! kakak den yang balik haa. bengong betul soalan dan jawapan ittew. bila kakak da masuk, kitorang terus story mory lah. kakak capai laptop terus main surah Manzil. lega sikit rasa. malam tu kitorang ajak jugak kawan tu stay hotel, esok baru balik. dia tak mau. alasan dia, lupa bawak charger. sanggup lah dia drive balik malam tu. semata mata handphone punya pasal. siot betul.

so lepas da hantar kawan tu pegi lif, laju laju cikX dengan kakak cikX jalan menuju bilik. da macam apa ja rasa jalan laju. pertandingan jalan kaki ka? hahaha. kau gila? baru sekejap tadi mak nampak ponti. boleh ke kau rasa mak nak buat rileks? taik. hahaha. malam tu memang takda gangguan sebab pasang Manzil kan? tapi cikX memang tak dapat nak lelap mata. asyik berdoa "cepatlah siang, cepatlah siang."

so gitulah kes kat Melaka yang cikX boleh recall. untuk orang Melaka, jangan takut ye. kat Perak ke, Sabah ke, Ganu ke, KL yang liplap tu pun ada gangguan tau. hihi. cumanya cikX ja yang bertuahhhhhhhhhh sesangat dapat meet up dengan selebriti dunia lain tu. kerlassssssssss sangat. okay nanti tepek cite lain! thanks korang sebab baca! Last edited by cikX87 on 21-9-2014 02:00 PM

Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
cikX87 posted on 21-9-2014 02:32 AM
uikss. tengok cermin je nanges? aiyakk. tatotnye titeww. ni kat rumah siapa nayl?

Kat umah nayl sendiri cikX...huhu.tp rumah tu smggu skali je nayl singgah...rumah 2 ayah dah beli cuma blum tggl scra rasmi dlm tu.yela...umah ni kdg2 bila kita tggl cmtu...mmg ada je bnda2 gini.tanya mak n kakak...td sblm masuk umah ada bg salam x....kakak ckp ada...tp 2 la...huhu.ntah mana makhluk ni dtg...
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
cikX87 posted on 21-9-2014 11:10 AM
selamat pagi korang! hari ni cikX nak cerita throwback pengalaman sendiri masa kat Melaka. ada sesap ...

Fuh...cikX nmpk x dgn jelas bagaimana muka ponti tu?huhu. Yela...cikX smp x dpt tdo kan...hihihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2014 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
nayl.isabell posted on 21-9-2014 01:31 PM
Fuh...cikX nmpk x dgn jelas bagaimana muka ponti tu?huhu. Yela...cikX smp x dpt tdo kan...hihihi

muka tak nampak sebab "dia" hadap pintu tandas. so makna kata, cikX nampak dari sisi sajok. rambut panjang, lurus. baju putih polos macam baju tido. menonong aja masuk tandas dengan pintu tertutup. benda ni jadi dalam beberapa second je. sangat cepat. tapi cikX tau bukan hallucination ke apa. memang betul nampak. wuwuwu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu betul2 nmpk muka beliau, agaknya mau cikX demam seminggu kot...hihihihi.just joking cikX..mujur x nmpk kan...agak2nya bnda halus tu ikut cikX dr DP lg kot.mne tau masa cikX terlepas ckp tu beliau rasa bagai diseru2. Hohoho.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2014 01:50 PM | Show all posts
nayl.isabell posted on 21-9-2014 01:46 PM
Klu betul2 nmpk muka beliau, agaknya mau cikX demam seminggu kot...hihihihi.just joking cikX..mujur  ...

aah. cikX pun rasa macam tu jugek. tapi colleague kakak cikX pun ada jugak yang kena ganggu kat hotel tu. memang depa kata hotel tu haunted.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 01:56 PM | Show all posts
Hoo yeke...patut la...kiranya hotel tu mmg haunted btul la ya....huhu.
Mesti ada sesuatu tu smp dganggu...mgkn hotel tu dlu tmpt tggl deme kot.2 yg dia menghantui penghuni2 hotel 2.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 02:00 PM | Show all posts
Macam-macam ye TS dh jumpa...Alhamdulillah sy setakat ni ni blom dan tak nak jumpa pun...kalau setakat dgr bunyi main guli..mainla..jgn ko menjelma sudah. Last edited by sranua on 21-9-2014 02:16 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-9-2014 02:01 PM | Show all posts
nayl.isabell posted on 21-9-2014 01:56 PM
Hoo yeke...patut la...kiranya hotel tu mmg haunted btul la ya....huhu.
Mesti ada sesuatu tu smp dga ...

nama pun hotel awak. bilik bukan selalu terisi. memang lah ada yang numpang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2014 02:05 PM | Show all posts
sranua posted on 21-9-2014 02:00 PM
Macam-macam ye TS dh jumpa...Alhamdulillah sy setakat ni ni blom dan tak nak jumpa pun...kalau setak ...

ni baru sikit je yang cikX cerita ni srauna. terima kasih sudi baca. alhamdulillah sebab awak tak pernah encounter benda ni semua. cikX pun tak mintak boleh nampak or dengar semua tu. cikX sensitif sikit dengan benda gini. nak kata ada sixthsense ke, hijab terbuka ke, terpulanglah. siapa suka cerita cikX boleh baca. yang tak percaya, tak dapat den nak nolong. hihi.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 11:54 PM | Show all posts
TT. Hotel yg mn ni..
mggu ni aku kn tinggal di 2 hotel yg berlainan di melaka..
kamu bikin takut saja ba...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2014 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Aneem posted on 22-9-2014 11:54 PM
TT. Hotel yg mn ni..
mggu ni aku kn tinggal di 2 hotel yg berlainan di melaka..
kamu bikin takut s ...

hi aneem,

ala takda apa lah tu. cikX tak mau mention lah. nanti ada pulak yang avoid stay kat situ. huhu. bawak Quran, download surah Manzil dalam hp atau laptop. pasang sepanjang stay di hotel ya. mana mana hotel pun sama. kita cuma berhati hati. kan? dont worry! have a safe trip, neem!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 01:38 PM GMT+8 , Processed in 0.094743 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list