CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4082|Reply: 32

[Tempatan] Pelanggan ASTRO terus meningkat ke 4.2 juta

[Copy link]
Post time 21-9-2014 02:28 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Astro Malaysia Holdings Berhad (ASTRO) mencatatkan peningkatan pendapatan kepada RM2.6 bilion sekaligus mengekalkan momentum pertumbuhan dua digit bagi separuh pertama tahun kewangan berakhir 31 januari 2015.

Peningkatan 12% itu dipacu  yang didorong peningkatan pelanggan TV berbayar, pelanggan NJOI, Hasil Purata Setiap Pelanggan (ARPU) dan hasil pengiklanan. Ia juga mencatatkan peningkatan keuntungan selepas cukai sebanyak 25% kepada RM266 juta bagi separuh pertama tahun ini.

ARPU suku kedua meningkat 3% kepada RM98 pada suku kedua berbanding RM97.10 pada suku pertama disokong langganan produk tambah nilai Astro. Manakala, pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) meningkat 15% kepada RM903 juta.

"Kami meneruskan pelaksanaan terhadap strategi utama kami iaitu meningkatkan jumlah asas pelanggan, meningkatkan ARPU dan memacu bahagian pengiklanan. Kami menawarkan lebih banyak pilihan dalam kandungan dan pakej pengguna, termasuk Astro Superpack, Astro Valuepack dan Astro Family Pack serta NJOI, perkhidmatan TV satelit langganan percuma pertama Malaysia.

"Asas pelanggan kami semakin meningkat, untuk kedua-dua Astro dan NJOI pada kos pengambilalihan pelanggan lebih rendah. Jumlah asas pelanggan telah meningkat sebanyak 491,000 tahun ke tahun kepada 4.2 juta, peningkatan sebanyak 127,000 untuk Astro dan 364,000 untuk NJOI.

"Pertumbuhan dalam asas pelanggan meliputi semua demografi dan kami amat gembira dengan pertumbuhan dalam asas pelanggan berbangsa Cina kami, didorong oleh pakej Astro seperti Chuen Min Pack dan Dynasty Pack, serta pengambilalihan daripada NJOI yang lebih tinggi," kata Ketua Pegawai Eksekutif ASTRO, Datuk Rohana Rozhan.

Penembusan Astro melalui isi rumah TV di Malaysia meningkat daripada 54% kepada 60%. Astro Radio telah mengekalkan kedudukannya sebagai stesen radio nombor satu bagi semua 4 bahasa. Bahagian yang menunjukkan peningkatan adalah penontonan TV dan pendengaran radio yang mendorong hasil pengiklanan yang lebih tinggi, peningkatan sebanyak 7% kepada RM290 juta.

Dato 'Rohana Rozhan membuat kesimpulan, "Ini merupakan suku luar biasa pernah berlaku melalui liputan FIFA WORLD CUP BRAZIL 2014 dengan rekod tontonan TV sebanyak 8.2 juta (Astro On The Go) dan 1.9 juta (aplikasi Astro Go 2014 FIFA World Cup)".

Tambah beliau, pertambahan kapasiti selepas pelancaran satelit MEASAT-3B membolehkan Astro menawar produk nilai tambah kepada pelanggan terutama bagi siaran definisi tinggi (HD).

Susulan prestasi kewangan memberangsangkan tersebut Pengerusi Astro Tun Zaki Azmi berkata ahli lembaga pengarah mengumumkan dividen interim pada 2.25 sen sesaham. Ia sekaligus menjadikan dividen bagi enam bulan pada 4.5 sen sesaham, iaitu 12.5% lebih tinggi berbanding tempoh sama tahun lepas.            

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2014 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Njoi tu mesti ramai pelanggan berbangsa Melayu yg amik.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 02:44 PM | Show all posts
nobito posted on 21-9-2014 02:34 PM
Njoi tu mesti ramai pelanggan berbangsa Melayu yg amik.

x jugak.. pengguna byond bil 3 bulan x bayar automatik akaun downgrade ke njoi.

Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 02:48 PM | Show all posts
sape cakap njoi whole life warranty FREE?
lepas 6 bulan konpem kena bayar rm50 for byond box or rm85 for legacy box. itu baru caj servis,belum tukar barang rosak.


Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Bye2 astrok..dah 2 bulan terminate aman2 adja..cuma miss nk tgk Nat Geo je lah
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
saladin780 posted on 21-9-2014 02:49 PM
Bye2 astrok..dah 2 bulan terminate aman2 adja..cuma miss nk tgk Nat Geo je lah

Langgan je lain underground cline SD @ iptv xtro 50 channel HD cume rm30 sbulan aje  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-9-2014 03:29 PM | Show all posts
rumah i..astro ada...hypp tv pun ada...gasakla..tp rugi tak berapa nak tgk pun hypp tv..dah ambik unifi...kenala ada benda alah tu sekali...buang duit ja...
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 04:18 PM | Show all posts
4.2 juta ni termasuk ummah yg boikot yahudi , mekdi ngn stabak aritu ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2014 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Njoi tu dah mcm aerial berbooster la. Dulu pakai aerial booster nak tv kaler terang xde bunyi bising. Skrg pakai njoi, jnji dpt tgk berita, cerita2 ni x layan sgt
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 09:49 PM | Show all posts
noor2 posted on 21-9-2014 03:29 PM
rumah i..astro ada...hypp tv pun ada...gasakla..tp rugi tak berapa nak tgk pun hypp tv..dah ambik un ...

i pun ada astro + hypptv. Tapi hypptv  tu simpan dlm kotak je. macam rugi tapi apa nak buat sbb suka sangat pakai unifi yg super laju nih.

Astro pun berkira2 nak buang tapi sayang sbb kalu boring2  i suka layan zee, afc & kbs. Dalam hypptv takde chanel yg best2 nih...
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
aman aman hidup tanpa estrok
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 07:20 AM | Show all posts
Ummat Islam melayu sunni Astro dan rokok berpisah tiada.
Nak berkorban tiba-tiba macam-macam alasan pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 07:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu bukan main nak potong bila Astro naikkan charge. Tengok sekarang, makin bertambah pulak cuatomer

Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 07:59 AM | Show all posts
bila astro melanggan dgn israel, berebut masing2 mendaptar
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 08:03 AM | Show all posts
ramainye ummah munafiq penyokong yahudi zionist
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 09:23 AM | Show all posts
Masih setia bersama Astro sebab Astro masih lagi memonopoli siaran sukan utama terutama bola Piala Dunia. Apa kata hadiahkan saja hak siaran Piala Dunia akan datang kepada stesen RTM.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2014 09:38 AM | Show all posts
tengok je laa...
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 09:52 AM | Show all posts
tv pun x sempat tengok, apatah lagi astro. kalau mau melayan semua tv astro internet radio majalah buku mmg tak payah pegi kerja duduk rumah saja.
p/s bangla site pun langgan astro
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 09:57 AM | Show all posts
terpaksa subscribe astro ..kalu nk bergumbira diluar kos semakin menigkat skrg..my style build your own paradise kt umah..anak2 tk kecoh nk pi jimba2 kt luar..sekali2 je bawak diorg utk regang2 otot dari duk mangdap tibi 24/7.

wlu ulang2 terpksa..cenel yg essential je simpan mcm movie/learnings/travel dan family/cartoon + HD huhuh..cenel lawak pe jadah segala tu aku buang dah benci betul aku tengok org terkinja2 kt tibi nk gelemr skrg ni. tpi sedihnya..aku tk berpeluang pun tgk cnel feveret aku..asik katun dan korea je

benci tapi rindu kt astro




Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 09:59 AM | Show all posts
dah byk kali tergerak hati nk terminate...tp sampai ker la ni tak terminate2...tak tau naper
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:56 PM GMT+8 , Processed in 0.292550 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list