CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2999|Reply: 52

[Tempatan] Malaysia ranking ke-4, terbanyak top management wanita

[Copy link]
Post time 21-9-2014 02:36 PM | Show all posts |Read mode
SINGAPURA:  Malaysia menunjukkan prestasi lebih baik dari segi bilangan wanita dalam pelbagai peringkat di tempat kerja manakala Singapura, hab antarabangsa penting di Asia, di kedudukan ke empat daripada enam pasaran Asia, menurut Gender Diversity Benchmark for Asia (GDBA) 2014.
Penaja utama laporan yang bertujuan mempromosikan kepelbagaian dan penyertaan itu ialah Bank of America Merrill Lynch.
Kajian itu yang mengukur kepelbagaian gender di 30 syarikat multinasional di enam pasaran iaitu Singapura, Malaysia, China, Hong Kong, India dan Jepun, dilaksana oleh Community Business, badan bukan berasaskan keuntungan yang mengkhusus kepada tanggungjawab korporat dan pemimpin pemikir mengenai kepelbagaian dan penyertaan di Asia.
Ketua Pegawai Eksekutif Community Business ,Fern Ngai berkata, secara keseluruhannya, organisasi itu berpuas hati melihat tanda-tanda kemajuan dalam kajian terbaharu ini.
"Sudah tentu lebih banyak perlu dilakukan dan prestasi berbeza-beza di seluruh rantau. Wakil kaum wanita masih kurang pada peringkat senior dalam organisasi dan kita perlu terus menangani perkara ini," katanya.
Ngai memuji Malaysia atas prestasi negara itu yang bertambah baik dan kukuh.
"Langkah mandatori yang dilaksana oleh kerajaan Malaysia merupakan pemacu utama. Negara itu mencatat prestasi baik dalam semua data walaupun persekitaran kurang menggalakan dari segi kenaikan pangkat untuk wanita di Malaysia.
"Penemuan-penemuan ini menunjukkan kewujudan dasar dan program tidak semestinya berkolerasi dengan keteguhan prestasi dan untuk membawa perubahan memerlukan pelbagai usaha dari sektor berbeza dan pada aspek berlainan," katanya.
Ketua Pegawai Risiko Bank Merrill Lynch Asia Pasifik, Bernhard Steiner berkata, menggemblengkan inisiatif kepelbagaian ke dalam operasi perniagaan adalah asas penting dan memastikan kemajuan yang dicatat menjadi keutamaan kepimpinan, bukan setakat isu wanita.
Steiner yang mempengerusikan majlis kepelbagaian dan penyertaan syarikat itu, berkata di negara seperti Singapura, dasar mesra wanita dan prokeluarga memupuk persekitaran yang dapat membantu syarikat mebangunkan tempat yang baik untuk bekerja.
"Bank of America Merrill Lynch bangga dengan kemajuan yang dicatat setakat ini dalam organisasi kami dan laporan ini akan terus memperkukuh komitmen kami untuk mempromosikan kepelbagaian gender di seluruh rantau," katanya.
Walaupun syarikat di Singapura mencatat kesamaan gender pada peringkat junior (58.5 peratus), pasaran lain juga menunjukkan peningkatan menyebabkan negara itu jatuh dari tangga kedua dalam kajian terdahulu pada 2011.
Malaysia mempamerkan gambaran menggalakkan dengan trend menaik secara konsisten berbanding 2011.
Menurut kajian terbaharu ini, wanita di Malaysia mewakili 58.1 peratus daripada tenaga kerja, 63 peratus di peringkat junior dan 50.3 peratus di peringkat pertengahan.
Seperti Singapura, 'ketirisan' terbesar ialah antara peringkat pertengahan dan senior dengan purata kejatuhan 32.4 peratus.
Dari segi purata perwakilan wanita di peringkat senior, pencapaian terus kukuh pada 34 peratus.
Malaysia berada di tangga kedua untuk peringkat ini di belakang China dan mempunyai peratusan syarikat tertinggi pada 35.3 peratus. - BERNAMA




Last edited by R2D2 on 21-9-2014 02:47 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2014 04:56 PM | Show all posts
Errr, aku bukan nk sexist, tapi korang penah keje ngn bos pompuan x?
Sapa penah sure tau mcm ne best ke x.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 06:36 PM | Show all posts
boss wanita saya dulu telampau paranoid
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 07:06 PM | Show all posts
heheheheheheheehh
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 07:17 PM | Show all posts
Aku takde masalah kalau bos aku wanita. Cuma bos wanita aku dulu tersangat detail sampai menyusahkan..sampai nak beli barang tak sampai RM50 disuruh carik 3-4 quotation. Kalau RM500 tu boleh terima lagi. Dan paling lawak..kalau dlm meeting, big bos tanya dia tak boleh jawab. Untuk elakkan dia kemaluan, aku pun jawab la. Lepas meeting dia serang aku sebab tak bagi dia info awal2 dan aku tak patut jawab on behalf of her. Sengal..
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Dekat office aku, ada satu dept ja HOD dia perempuan. Yang satu ni lah asik bergaduh dengan anak buah.

Kitorang yang lain gelak je nengokkan. :lol
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-9-2014 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
How abt working with non malaysian male colleague? Senang lagi, kot? X banyak songeh?
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 08:42 PM | Show all posts
ada bos pompuan yg ok, tp lg bnyk yg x ok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2014 08:43 PM | Show all posts
kat tempat keje aku, ade manager pmpuan..

sume pgil boss..

vice president ngn asstant vice president pon kiteorg pgil name je..

Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 09:48 PM | Show all posts
aku 13 tahun served bos pompuan.... very moody.. One minute ok the next minute k.o.. Unpredictable..

skrg serve bos lelaki... Terbaik...



Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 10:58 PM | Show all posts
pompuan mai angin dia semua benda tak betul . hampeh
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 11:20 PM | Show all posts
Aku x suka bos pompuan. Sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 06:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Dlm Islam pn da highlight psl isu kepimpinan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 06:53 AM From the mobile phone | Show all posts
aku pun xsuka ex bos pmpuan aku..

profesional ke marah tak bercakap dgn staf?ble tgh marah staf ckp soal kerja nk xnk layan...ererrrrkkklkl..

tapi ak ade je expeeience dgn.bos lelaki yg perangai teruk juga..tau mngular..tunjuk bgus..tp kredit sume dia nak..

so sama je..:lol
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 06:55 AM | Show all posts
tengok tajuk .. dah agak apa komen2 yang akan ada
tengok2...
betul
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
bos pompuan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2014 07:40 AM | Show all posts
mbhcsf posted on 21-9-2014 07:41 PM
How abt working with non malaysian male colleague? Senang lagi, kot? X banyak songeh?

Yang bersunat atau yang tak bersunat macam ACONG?



Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 07:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Bos aku pompuan. Bos kepada bos aku pun pompuan. Bos kepada bos kepada bos aku pun pompuan. Tak cukup lagi kah?
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 08:15 AM | Show all posts
dekat opis aku ni dari PTD sampai la cc semua perempuan. ptd paling muda, cc pulak paling tua. stress melayan drama depa hari2 !
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 08:17 AM | Show all posts
Boss pompuan biasanya clumsy dan paranoid. Tak semua lar. Mgkin @atira ok kot.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.631657 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list