CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3360|Reply: 26

[Tempatan] 500 berpakaian kuning demo di Seksyen 16

[Copy link]
Post time 21-9-2014 02:57 PM | Show all posts |Read mode

Setelah dilihat agak lama membisu dalam isu kemelut menteri besar Selangor, Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar muncul bersama ratusan rakyat Selangor memberi sokongan kepada sultan.

Beliau bersama lebih 500 rakyat mewakili 18 badan bukan kerajaan (NGO) berkumpul dengan berpakaian kuning di Seksyen 16 Shah Alam hari ini dalam Himpunan Menjunjung Kasih Sultan Selangor melafazkan ikrar taat setia kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam pemilihan menteri besar.

Noh berkata BN tidak boleh lagi berdiam diri apabila sultan dipertikaikan oleh pihak pembangkang dalam melaksanakan hak baginda memilih peneraju negeri itu.

“BN bangkit apabila institusi diraja dicabar dan tidak dihormati dan akan terus berjuang sekiranya selepas majlis angkat sumpah menteri besar baharu mendapat tentangan pihak tidak berpuas hati dengan pilihan sultan.

“Kita kena sokong siapa sahaja yang diperkenan sultan, jika ada mana-mana pihak yang mempertikaikan keputusan tuanku selepas Selasa ini dan juga cuba gugat kestabilan Selangor kerana tidak puas hati dengan keputusan dibuat Tuanku maka BN tidak akan berdiam diri kita akan bangun dan terus berdiri teguh di belakang tuanku,” katanya dalam himpunan yang dianjurkan oleh gabungan NGO yang diberi nama “Gerak Daulat” itu,

Noh menafikan BN sebelum ini memberi sokongan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atau mana-mana individu untuk membentuk kerajaan perpaduan sebaliknya hanya menyokong usaha Khalid bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan masalah air di negeri ini.

Malah beliau menjelaskan BN tidak mempunyai apa-apa kepentingan dalam pentadbiran dan hanya mahu krisis ini diselesaikan segara dengan akur kepada keputusan sultan agar tidak menyusahkan rakyat sendiri.

Ini termasuk sebarang bantahan atau rancangan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas lantikan menteri besar baru Selasa ini

“Sesiapapun dilantik kita tetap jadi pembangkang dan buat kerja sebagai pembangkang, terima sepenuhnya pilihan tuanku.

“Diharapkan semua rakyat dan parti politik akur dan terima dengan keputusan tuanku.

“Bubar DUN..kita tak mahu fikir sekarang. Kita harap lepas Selasa kemelut ini akan selesai, banyak kerja nak buat, Selangor mesti ditadbir dengan baik demi rakyat,” katanya.

Pakatan Rakyat dilihat tidak bersatu hati dalam krisis ini apabila PKR tetap mahukan presidennya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai menteri besar.

PAS pula dilaporkan menghantar nama ADUN mereka sendiri kepada istana setelah presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara terbuka tidak setuju dengan pilihan Wan Azizah menggantikan Khalid.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2014 02:59 PM | Show all posts
ni bakal MB dari BN kaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 03:04 PM | Show all posts
korang tak sokong sultan pun dia akan tetap jadi sultan...tak payah la nak mengampu sultan...mereka bukan politicion.. ...bodo..
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 03:07 PM | Show all posts
confirm penuh ngan spesis amran pekida
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni la spesis lagi taik dari taik, hanya tahu menangguk di air yg keruh
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 03:32 PM | Show all posts
dapat duit makan n thsirt - ok apa
aktiviti di hujung minggu
sambil2 berzumba - goyang kanan kiri
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-9-2014 04:18 PM | Show all posts
Pesal kuning
Ingat bersih td
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 04:21 PM | Show all posts
la... perlu kah ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2014 04:25 PM | Show all posts
jgn hina balak MB Slangor la weiiii.....bakal MB tu kan...
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
bakal MB sudey bersuara
Sebenarnya
Kami mahu Noh Udang
laungan dlm hati 500 peserta
wpun hakikatnya x dapekler den nk nulongnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2014 05:35 PM | Show all posts
kalau tak ada FRU, polis
fhm2 la siapa di belakang demo ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 07:13 PM | Show all posts
So buat demo ni dapat apa? Aku dr dulu xfaham. Demo sana sini, apa kesan dia actually?
Apakah yg ko dapat capai dr demo2 ni?
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 09:30 AM | Show all posts
UMNO dan macai dah takde modal...terpaksa bodek sultan dgn harapan akan dpt sapot dari rakyat
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 09:31 AM | Show all posts
demo bukan budaya kita



tu dulu laaaaaaaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 09:48 AM | Show all posts
Sekarang dah terdesak sanggup jilat ludah sendiri....
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 09:53 AM | Show all posts
eh,  bukan ke waner kuning dah haram dlm ugamer mazhab umno
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2014 09:55 AM | Show all posts
ish3333 nasib semalam tidooo jew kat umah
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 10:15 AM | Show all posts
AHMADVW posted on 21-9-2014 03:07 PM
confirm penuh ngan spesis amran pekida

nape seru amran plak ni??tau tak amran grup yakuza???


Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 10:35 AM | Show all posts
zjen posted on 22-9-2014 09:53 AM
eh,  bukan ke waner kuning dah haram dlm ugamer mazhab umno

dulu haram kini halal yang penting yakini BN sayangi selangor
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 10:36 AM | Show all posts
nak bersih 4.0 ke??
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:05 AM GMT+8 , Processed in 0.370338 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list