CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1334|Reply: 1

Krisis PAS, Akibat Kerjasama Dengan Anwar - Dr Mahathir

[Copy link]
Post time 21-9-2014 10:52 PM | Show all posts |Read mode
[size=0.75em]Dr Mahathir Mohamad.

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kemelut antara golongan ulama dan profesional yang melanda PAS harus diambil pengajaran oleh parti itu kerana ia hasil kerjasama mereka dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

[size=0.98em]"Ini (masalah) adalah hasil kerjasama dengan Datuk Seri Anwar, sesiapa yang bekerjasama dengan dia akan hadapi masalah kerana dia suka memecahbelahkan," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.



Dr Mahathir berkata demikian ketika mengulas pergolakan yang berlaku dalam parti kedua terbesar orang Melayu itu yang jelas kelihatan pada Muktamar PAS ke-60 di Johor baru-baru ini.

"Penyokong-penyokong dia pun dia pecah belah...dia punya sejarah memang seperti itu. Dia masuk Umno dia bawa masalah, dia buat Pakatan dia buat masalah," katanya.

Katanya perkara itu sewajarnya menjadi pengajaran kepada PAS.

Terdahulu, Dr Mahathir menyampaikan hadiah kepada para pemenang Kejohanan Rowing dan Perahu Panjang 'Head of Putrajaya 2014' di Kompleks Sukan Air di sini.

Acara yang diadakan selama dua hari itu yang bermula semalam menarik lebih 400 peserta daripada 24 kumpulan termasuk tiga kumpulan dari luar negara iaitu Thailand, Singapura dan Indonesia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2014 12:08 AM | Show all posts
konsep pecah dan perintah menjadi amalan nuor..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:12 PM GMT+8 , Processed in 0.385149 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list