CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1957|Reply: 5

[Tempatan] Pos Malaysia: 1 juta surat gagal diserahkan kerana alamat tak tepat

[Copy link]
Post time 21-9-2014 11:02 PM | Show all posts |Read mode
BESUT: Kira-kira satu juta surat yang diuruskan oleh Pos Malaysia Berhad gagal diserahkan kepada penerimanya kerana tidak mempunyai alamat yang tepat tahun lepas.
Ketua Operasi PosMel Pos Malaysia, Hasnul Hadi, berkata surat yang tidak dapat diserahkan itu bukan sahaja tidak mempunyai nombor rumah atau nombor lot tetapi juga didapati tidak dijelaskan nama jalan, lorong atau kampung hingga terpaksa dipulangkan kepada pengirim.
Bagaimanapun, beliau berkata surat atau item yang diuruskan oleh syarikat berkenaan yang mempunyai alamat lengkap tidak menghadapi masalah dan berjaya diserahkan oleh posmen serahan dalam waktu yang ditetapkan kepada penerima mereka.
"Pos Malaysia sedang mengatasi masalah penggunaan alamat yang tidak lengkap menerusi strategi khas bagi menyedarkan orang ramai terhadap penggunaan alamat yang tepat dan betul bagi memudahkan serahan surat," katanya kepada pemberita selepas menutup Konvensyen PosMel kepada Posmen Penyerahan dari Kelantan dan Terengganu sini hari ini.


Hasnul berkata, kadar aduan yang diterima daripada orang ramai terhadap mutu perkhidmatan Pos Malaysia sejak kebelakangan ini juga telah berkurangan sehingga tahap 50 peratus sebulan berbanding antara 200 hingga 300 peratus pada tahun lepas.
Katanya, penurunan itu berikutan tahap kesedaran orang ramai yang semakin peka dengan penggunaan alamat rumah dan kediaman yang lengkap dan memudahkan posmen membuat serahan.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata kira-kira 17,000 pekerja Pos Malaysia akan diberi imej baru dengan pakaian seragam korporat yang membabitkan petugas kaunter, PosMel dan Poslaju.
"Pemakaian pakaian seragam baharu Pos Malaysia yang direka khas itu itu akan dilaksanakan pada akhir tahun ini," katanya.
-BERNAMA




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2014 11:22 PM | Show all posts
la ni ada dop lagi orang hantar surat centa????


yg aku selalu dapat, surat (bill) astro), ASB , surat saman (speedtrap) maxis tu jah....surat dari org perseorangan last dapat 20 tahun lepas kot...
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Alamat tepat pun, byk surat yg slh hantar ke rumah. Aku dh byk kali dpt surat org lain.

3 bulan lps aku ade claim socso. Bila tanya socso, dia ckp cek dh hantar ke rumah. Aku tunggu dkt sebulan. Sekali ade org dtg hantar surat tu ke rmh aku. Posmen salah hantar ke alamat dia.

2x aku buat report ke pos malaysia. Benda yg sama berlaku gak. Tak tau nk ckp ape lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 02:09 AM | Show all posts
mesti surat aku ada jugak nie . dah bertahun aku tunggu tak sampai2
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 06:12 AM | Show all posts
Hmm.. selagi boleh bagi alasan...
Terpanggil sgt nak share kat sini
http://www.complaintsboard.com/?search=POS+MALAYSIA

and alot more if google up
sedey!


Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 07:32 AM | Show all posts
i guess kita buka kepada pigeons homing ones, storks , and ant eaters ....

may be selesai masalah ni

sumer kawan snow white gittew
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 04:44 PM GMT+8 , Processed in 0.391427 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list