CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12016|Reply: 146

[Tempatan] Selepas 50 tahun, Tanah Rizab Melayu tinggal 12 peratus

[Copy link]
Post time 21-9-2014 11:04 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR 16 Sept. - Wasiat raja-raja Melayu semasa pembentukan Perlembagaan Perse­ku­­tuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 menetapkan nisbah 50 peratus tanah di negara ini diperuntukkan kepada Tanah Rizab Melayu. Tetapi hakikatnya kini setelah 57 tahun merdeka, ia menyusut kepada 12 peratus sahaja.
Penyelidikan yang dilakukan termasuk oleh pensyarah dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Mohd. Hasrol Haffiz Aliasak membongkar fakta penyusutan keluasan dan realiti terbaharu itu. Ia sesuatu yang mengejutkan dan pasti menggusarkan orang Melayu iaitu tentang Tanah Rizab Melayu, yang dilindungi untuk kepentingan anak cucu bangsa pribumi negara ini.
Satu daripada tujuh wasiat raja-raja Melayu itu menyebut: "Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain."
Amanat raja-raja Melayu itu dimaktubkan dalam Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan yang memberi kuasa kepada Kerajaan Negeri mengisytiharkan Tanah Rizab Melayu dan melarang sebarang bentuk penjualan ataupun pajakan tanah itu kepada bukan Melayu.
Secara tidak langsung, ketetapan itu mengukuhkan kedudukan dan kuasa Enakmen Rizab Melayu yang telah wujud seawal tahun 1913 iaitu kira-kira 100 tahun dahulu bagi menjamin pemilikan tanah oleh orang Melayu di bumi milik nenek moyang sendiri.
Wasiat raja-raja Melayu nyata jauh daripada sasaran. Kajian pada 2009 mendapati keluasan tanah berkenaan hanya kira-kira 12 peratus daripada 12.9 juta hektar keseluruhan tanah semenanjung Malaysia tidak termasuk Pulau Pinang dan Melaka.
Realitinya, kelemahan pengurusan di peringkat kerajaan negeri menyaksikan banyak tanah berstatus Tanah Rizab Melayu yang tidak diganti semula selepas dilupuskan statusnya.
Semakin hari semakin mengecil keluasan Tanah Rizab Melayu iaitu daripada keluasan 3.1 juta hektar (23.92 peratus) pada tahun 1931 kepada 1.57 juta hektar (11.99 peratus) pada tahun 2009.
Cukup menyedihkan, jumlah keluasan Tanah Rizab Melayu juga pernah mencatatkan angka yang cukup rendah iaitu 1.30 juta hektar (9.9 peratus) pada tahun 1983.
Mengambil contoh perbandingan berdasarkan negeri, Perak yang pada satu ketika pernah mencatatkan keluasan Tanah Rizab Melayu sebanyak 1.4 juta hektar pada tahun 1921 telah menyusut kepada 309,051 hektar pada tahun 2009.
"Penyusutan berkali-kali ganda ini tidak hanya sebuah negeri sahaja, malah negeri-negeri seperti Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan mencatatkan penurunan lebih 50 peratus daripada jumlah asal yang diisytiharkan Tanah Rizab Melayu.
"Negeri-negeri seperti Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor telah menyumbangkan peningkatan jumlah keluasan Tanah Rizab Melayu sebagaimana disaksikan dalam statistik tahun 1947 namun trend penurunan kemudiannya dapat dilihat di beberapa buah negeri," kata Mohd. Hasrol Haffiz.
Beliau merupakan pensyarah di Jabatan Pengurusan Hartanah, Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur, UiTM.
Negeriseperti Kelantan, bagai­mana­pun, menunjukkan keluasan yang tinggi apabila mewartakan kira-kira 85 peratus daripada keseluruhan tanahnya di bawah Tanah Rizab Melayu manakala negeri Johor pula memasukkan kesemua tanah Felda dan Felcra di bawah Tanah Rizab Melayu.
Kajian yang dilakukan terhadap negeri Terengganu mendapati, perolehan keluasan yang sedikit kerana negeri itu tidak hanya menggunakan Tanah Rizab Melayu tetapi juga Tanah Pegangan Melayu untuk melindungi kepentingan rakyat negeri tersebut.
Secara rumusannya, kajian beliau mendapati keluasan Tanah Rizab Melayu menunjukkan trend penyusutan ekoran terdapat banyak Tanah Rizab Melayu telah dibatalkan status untuk tujuan pembangunan dan penggantian tidak dilakukan secara serta-merta.
Sama ada melalui pelupusan tanah terhadap Tanah Rizab Melayu milik kerajaan ataupun pengambilan tanah terhadap tanah-tanah milik individu, banyak daripada Tanah Rizab Melayu itu tidak diganti semula seperti dikehendaki oleh enakmen berkenaan.
Perkara 89 Fasal 3 Perlembagaan Persekutuan antara lain meletakkan tanggungjawab kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk menggantikan Tanah Rizab Melayu yang dibatalkan dengan suatu tanah lain yang sama jenis.
Kuasa pengisytiharan Tanah Rizab Melayu terletak pada Menteri Besar dengan kelulusan Raja Dalam Mesyuarat dan perlu dibuat melalui warta kerajaan bertujuan mewujud, membatal, meminda had atau sempadan Tanah Rizab Melayu dan memasukkan tanah ke dalam kawasan tanah rizab sedia ada.
Penangguhan demi penangguhan oleh Pihak Berkuasa Negeri untuk menggantikan Tanah Rizab Melayu menyebabkan trend penyusutan itu berterusan dan tidak mustahil perkara itu menggugat kepentingan generasi Melayu akan datang.
Amat menyedihkan sekiranya Pihak Berkuasa Negeri terus gagal mematuhi undang-undangnya sendiri iaitu wajib menggantikan mana-mana Tanah Rizab Melayu yang telah dikeluarkan daripada statusnya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2014 11:28 PM | Show all posts
UMNO punya kerja la .....saper lagi......
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
macai senyap jet ker
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
perkasa buat per
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 12:08 AM | Show all posts
Perkara 89 Fasal 3 Perlembagaan Persekutuan antara lain meletakkan tanggungjawab kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk menggantikan Tanah Rizab Melayu yang dibatalkan dengan suatu tanah lain yang sama jenis.

Masa perbicaraan kat ptgKL dulu, orang kampong tanya pasaipa takde tanah ganti berkenaan pengambilan semula tanah rezab melayu.
Ada hamba allah tu cakap.... dalam kelompo dah takde tanah nak ganti.

Namun,
saban tahun ada jer perhimpunan agong parti pembela bangsa ni dok pung pang kami pejuang bangsa penegak bangsa hapa bala semua.
Sesambil nyanyi lagu anak kecil main api sampai nanges-nanges betapa prihatin mereka kepada anak bangsa sindiri.










Aku kata: Yeahhhhh! ...Demi bangsaku laa sangat!! Pthuihhh.

Yang benar
Eric Dolmat penduduk kuciwa.


Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 12:11 AM | Show all posts
Nanti gomen ada laa buat magik sket, carik mana-mana hutan belukar ulu banat agak2 boleh cover balik luas kawasan rezab yg hilang dulu tu.

Tadaa!! Ni dia keluasan terbaru rezab manade susut. Cer tengok.... cer tengok.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-9-2014 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Kasihan nasib melayu.. Lama2 merempat di bumi sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 12:56 AM | Show all posts
Apake bongok nak dibandingkan 2009 dengan tahun 1921,1931 . Itu zaman british memerintah apa mau heran kalo banyak tanah dilupuskan status rizab oleh penjajah

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2014 12:59 AM | Show all posts
Puan Botakchinpeng dah meroyan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 01:02 AM | Show all posts
melinda_kerr posted on 22-9-2014 12:23 AM
Kasihan nasib melayu.. Lama2 merempat di bumi sendiri.

Jangan harap lah.
cina yang jaguh merempat. Sampai ada yang diganggu algojo upahan tuan tanah melayu.
Aritu ada pulak kes 100 petani cina dihalau pihak hindu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 01:06 AM | Show all posts
Setakat perangkaan yang keluar dari lobang dubur pensyarah uitm pun mau melatah ka? Bodoh semua
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 01:11 AM | Show all posts

TT tipu lah..  kat Selangor mana ada berkurang...

ada pulak sorang raja fitnah tu kata YB Yakob Sapari banyak gadai tanah melayu kat selangor..



MB: Tanah rizab Melayu meningkat kepada 170,533 hektar
SHAH ALAM 17 SEPT: Kerajaan Selangor semenjak 2008 memantau secara lebih dekat tanah rizab Melayu bukan sahaja melibatkan keluasan tanah malah juga lokasi, jenis kegunaan tanah dan nilai tanah itu mengikut harga pasaran semasa.

Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar dalam satu kenyataan berkata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selepas menjadi Menteri Besar pada Mac 2008 menetapkan polisi setiap tanah rizab Melayu diambil untuk dibangunkan perlu diganti semula mengikut keluasan tanah diambil dan nilai tanah itu mengikut kadar semasa.

mb3728a543b477098a4848e499317bdbbd_XLKatanya, Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor juga menjalankan audit terhadap tanah rizab Melayu mengikut daerah bagi mengenal pasti keluasan sebenar kerana ada tanah-tanah yang tidak diketahui statusnya.

Mengikut statistik terbaharu yang dikeluarkan Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor, jumlah keseluruhan keluasan tanah rizab Melayu di negeri ini adalah 426,334.501 ekar atau 170,533 hektar.

Mengikut daerah, Sabak Bernam mempunyai 13 tanah rizab Melayu dengan keluasan 191,419.004 ekar; Kuala Selangor 57,779.831 ekar (66 rezab Melayu); Klang 19,913.801 ekar (14); Gombak 11,543.458 ekar (19); Petaling 2,776.141 ekar (7); Hulu Langat 33,473.474 ekar (15); Kuala Langat 45,272.742 ekar (14); Sepang 24,802.360 ekar (16) dan Hulu Selangor 39,353.690 ekar (29).

Berdasarkan Laporan Khas akhbar Utusan Malaysia hari ini berkenaan tanah rizab Melayu, boleh dibuat kesimpulan bahawa keluasan tanah rizab Melayu di Selangor telah meningkat lebih dua kali ganda daripada 51,083.50 hektar pada 2009 kepada 170,533 hektar pada 2014.

Peningkatan keluasan ini membuktikan Kerajaan Selangor semenjak 2008 telah mengambil langkah-langkah proaktif untuk menambah keluasan tanah rizab Melayu.

Ia dengan mewajibkan penggantian semula bagi tanah rizab Melayu yang diambil untuk pembangunan mengikut keluasan dan harga semasa, menjalankan audit bagi mengenal pasti keluasan sebenar.

Ia juga dengan menghalang usaha mana-mana pihak termasuk ahli politik untuk menjual tanah rizab Melayu selain menghalang pencerobohan haram menerusi tindakan penguatkuasaan pihak berwajib.

Mengulas perkara ini, Abdul Khalid berkata sebelum 2008 Kerajaan Negeri tidak tahu lokasi dan keluasan sebenar tanah rizab tetapi sekarang Kerajaan Negeri mempunyai maklumat- maklumat lengkap.

“Kita juga telah ada pasukan khas untuk pantau tanah rizab dan akan meneruskan usaha menjaga tanah ini dengan baik,” kata Abdul Khalid.


http://bm.selangorku.com/58833/m ... pada-170533-hektar/
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 01:15 AM | Show all posts
Eeee.... geramnyer aku. Macamana boleh jadi double ni.

Yang benar
Eric Dolmat penduduk kuciwa.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 05:42 AM | Show all posts
Tapikan kalau pr memerintah Malaysia lags teruk... Dap Akan gadai semua tanah rizab melayu...at least under be end adalah 12 %, jadilah kurang2  masih ada lagi.......kata macai sambil pegang bola Krystal......
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 05:50 AM | Show all posts
Hidup Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
hmmm..rupanya kelantan paling banyak...jaga ore melayu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2014 09:03 AM | Show all posts
sebab tu lah orang Melayu kena pertahankan dan percaya perkasakan UMNO..

setidaknya, bila tanah melayu dah takda, mereka masih ada UMNO yang mempu membela bangsa.


Mari kita sama-sama sokong UMNO
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 09:10 AM | Show all posts
cmf_acura posted on 22-9-2014 08:57 AM
hmmm..rupanya kelantan paling banyak...jaga ore melayu

Kelantan hanya membenarkan orang kelantan je beli tanah .... orang luar dari kelantan walau rakyat M'sia tak boleh beli... itu dah peringkat extreme melampau nak mengawal .

Padahal sesama rakyat M'sia tak kiralah negeri mana apa salahnya saling memajukan dan saling berjual beli , guna matawang sama plak tu, bukan boleh menyebabkan impak negatif macam warga asing luar negara membeli  .

Kalau rakyat negeri sendiri aje di benarkan membeli, itu menyebabkan pembangunan jadi terhad apabila orang kelantan sendiri tak amek inisiatif memajukan tanah2 tu dengan sebaik mungkin . Dan itu yang berlaku pun.

Macam duduk bawah tempurung lah plak tak mahu membenarkan rakyat tempatan negeri lain berhijrah ke kelantan .





Last edited by blastoff on 22-9-2014 09:13 AM

Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 09:23 AM | Show all posts
guan eng laa ni yg gi gadai
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 09:30 AM | Show all posts
busuk2 pon org kita
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:14 PM GMT+8 , Processed in 0.085034 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list