CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2722|Reply: 25

[Jenayah] Cita-Cita Menjadi Ahli Gusti Tak Kesampaian:Belasah Isteri Sampai Terkencing

[Copy link]
Post time 22-9-2014 07:43 AM | Show all posts |Read mode
Suami keparat. Itu gelaran layak diberikan terhadap tindakan kejam seorang suami yang tergamak membelasah isterinya hingga menyebabkan mangsa terlantar di Hospital Sungai Buloh selama lima hari.

Mangsa yang berusia 30-an ditumbuk dan dihentak kepalanya di dinding berulang kali hingga menyebabkan kedua-dua mata mengeluarkan air mata darah.

  Sumber polis berkata, kejadian berlaku pada jam 10 malam baru-baru ini ketika mangsa bertengkar dengan suaminya berusia 34 tahun di kediaman mereka di Pandan Indah di sini.

  Menurutnya, pertengkaran itu kemudian bertukar menjadi ganas apabila lelaki terbabit hilang pertimbangan sebelum menyerang isterinya.


“Suspek bertindak menendang, menarik rambut dan menghentak kepala isterinya ke dinding menyebabkan mangsa mengerang kesakitan.

“Tidak cukup dengan itu, dia terus membelasah mangsa tanpa henti hingga terkencing kesakitan sebelum pengsan,” katanya.
  Sebelum itu, lelaki itu menumbuk muka dan mata isterinya berulang kali.

“Dia tidak mempedulikan mangsa yang pengsan sebelum beredar meninggalkan rumah berkenaan.

“Mangsa hanya tersedar kira-kira jam 7.30 pagi esoknya sebelum mengalami muntah darah selain darah turut meleleh keluar daripada matanya kesan kecederaan dipukul,” katanya.

  Bimbang dengan keselamatan dirinya, wanita itu mendapatkan rawatan di klinik berhampiran kediaman sebelum dirujuk ke Hospital Sungai Buloh berikutan mengalami kecederaan teruk.

“Akibatnya mangsa terlantar di hospital selama lima hari sebelum dibenarkan keluar Jumaat lalu selepas keadaannya stabil,” katanya.

  Mangsa yang bimbang dicederakan suaminya sekali lagi tampil membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah, di sini, untuk tindakan selanjutnya.  Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Khairuldin Saad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/ANGKARASUAMIKEPARAT/Article/index_html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2014 07:47 AM | Show all posts
jgn tarik balik report sudah
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Ummah mana ni???
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Lelaki mmg x pernah berubah
Ni la sifat lelaki sebenar..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 07:54 AM | Show all posts
knpa kejam sgt..dulu beria nk buat bini
da dpt dibelasah pulak..
pasni jgn nk tarik balik repot tu..
biar dia berkulat dlm penjara
minta cerai..tk guna berlakikan jntn mcam tu
hidup sorang bukan nya susah mana pun..
aman2 jer....
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 08:00 AM | Show all posts
jgn tarik balik report!!! tak guna punya laki...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-9-2014 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
teringat drama melayu
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 08:08 AM | Show all posts
aku mencik suami yg belasah isteri
kalau tak suka lepaskan jer lah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2014 09:45 AM | Show all posts
bila tolak ansur dah tak ada dalam perkahwinan..
tak pe la.. asalkan berlaki
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Asalkan berlaki kekdahnya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 09:54 AM | Show all posts
sebat laki dia biar sampai terberak pulak
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 09:55 AM | Show all posts
mmg dayus jantanz mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 09:59 AM | Show all posts
Hello, at least sheols bukan andartu hokkay. Sepatutnya sheols sujud syukurrr.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 10:06 AM | Show all posts
sula bontot suami tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 10:15 AM | Show all posts
Jadilah manusia berakal
Isteri bukan punch bag...

Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 03:01 PM | Show all posts
Kalau adik pempuan aku / kakak aku yg kena cmni, mesti balas balik kat laki ni cmtu.
Pebenda laki pukul pompuan. Sampah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2014 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Takutnya dapat laki mcm tuan beron ni..mcm pilih jln ke neraka dunia :Q
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 03:11 PM | Show all posts
lelaki dayus x guna pukul perempuan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 03:11 PM | Show all posts
Kalau dapat suami begini, baik tiada laki..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
kesiannya sheolls.. baru keluar thread arwah suami budiman hantar isteri masuk hospital kemudian eksiden

yang ni hantar isteri masuk hospital guna kaki dengan tangan!
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:31 AM GMT+8 , Processed in 0.068573 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list