CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: monxys

Sidang Media Shilalat dan Nd lalat tidak berjaya.. Wartawan Boikot deols katanya

  [Copy link]
Post time 25-9-2014 02:38 PM | Show all posts
tak minat shilalat dgn ND lalat....

wartawan tak yah buat apa2 pun aku ttp x minat...

amik jalan damai2 saje tak boleh ke...?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2014 02:39 PM | Show all posts
Shila Amzah: Jika tiada perkara baik, jangan tulis langsung



Selepas lebih seminggu mendiamkan diri daripada memberi sebarang respon berhubung kemelut yang membabitkannya menyelar media Melayu kerana tidak menghadiri konsert sulungnya di Malaysia pada 13 September lalu sehingga mengundang kemarahan pihak media, akhirnya penyanyi Shila Amzah tampil memberi penjelasan dan menjawab segala dakwaan yang dilemparkan kepadanya.

Dalam satu sidang media khas yang berlangsung petang semalam, Shila menyatakan segala dakwaan dan tohmahan yang dilemparkan mengatakan konsertnya itu ditaja oleh sebuah syarikat perjudian terbesar di negara ini adalah tidak benar dan ia membuatkannya tersinggung dengan tuduhan tersebut.

"Sebab mengapa saya pulang ke Malaysia untuk menghadiri sidang media hari ini walhal saya masih ada tugas di China adalah kerana saya benar-benar tersinggung dengan tulisan dilaporkan media, khususnya akhbar Kosmo! yang mendakwa konsert saya ditaja oleh syarikat judi.

"Tohmahan tersebut benar-benar mencalarkan reputasi saya bukan sahaja sebagai seorang muslim, malah sebagai seorang wanita yang mengenakan hijab, serta ayah saya yang begitu mendukung budaya dan agama pasti tahu perkara itu adalah satu kesalahan di sisi Islam.



"Saya membawa nama Malaysia di mana saja saya pergi seikhlas hati saya tanpa meminta apa-apa pun daripada sesiapa, menggunakan perbelanjaan sendiri dan bergerak sendiri tanpa meminta sebarang balasan. Apa yang saya lakukan ini adalah satu tanggungjawab sebagai seorang yang cintakan negara. Sumbangan saya kepada negara sangat kecil kerana saya bukan seorang wira yang pergi berperang dan sebagainya. Namun saya benar-benar terkilan perkara ini berlaku. Jika anda tidak boleh menulis perkara yang baik tentang saya, lebih baik jangan tulis langsung," jelasnya dengan nada terkilan.

Menyentuh tentang tindakannya yang memuatnaik semula (repost) sekeping foto yang diambil dari akaun Instagram @Shilaamzah_photography yang mendakwa media Melayu tidak hadir pada malam konsert dan hanya berminat menulis perihal peribadi berbanding karier, penyanyi berusia 24 tahun ini mengakui berbuat demikian dan merasakan ia bukan satu kesalahan.

"Kenyataan tersebut dibuat berdasarkan pemerhatian peminat yang melihat lebih banyak media bahasa Cina datang ke konsert membuat liputan berbanding media Melayu. Sebaik saja saya melihat kenyataan tersebut, saya sedar ia cuma satu persoalan atau pertanyaan yang disuarakan oleh peminat yang prihatin. Ia juga merupakan satu soalan yang turut membuat saya tertanya-tanya dan pada masa itu, ia masuk akal lalu saya muatnaik semula.

"Saya tidak melihatnya sebagai satu kesalahan kerana sebelum ini saya juga pernah melihat ramai artis yang memuatnaik semula pandangan peminat terhadap karier mereka," ujarnya lagi.


Ditanya adakah dia akan membuat permohonan maaf kepada media Melayu berhubung insiden ini, Shila menyatakan dia boleh memohon maaf tapi dalam masa yang sama merasakan pihak yang terkait dengan isu ini dan membuat tuduhan terhadapnya sebagai tidak matang.

"Sebagai seorang yang muda, saya meminta maaf sekiranya tindakan saya memuatnaik semula gambar pandangan peminat itu telah mencetus kemarahan rakan wartawan. Namun saya juga ingin menambah, apabila ada segelintir di antara rakan-rakan media yang mengaitkan artis lain untuk memberi pandangan tentang diri saya, walhal ada di antara mereka tidak pernah minum kopi bersama (mengenali dirinya dengan rapat), bagi saya tindakan itu lagi tidak matang, tapi saya boleh minta maaf demi menjernihkan keadaan," katanya.


Selain ND Lala, sidang media ini turut dihadiri oleh jurucakap pihak penganjur Mega Music, Eric Chong.

Dalam sidang media tersebut, Shila telah ditemani oleh ayahnya, penyanyi ND Lala dan wakil daripada pihak penganjur serta beberapa orang peminatnya.

Sementara itu jurucakap pihak penganjur Mega Music, Eric Chong pula menafikan dakwaan beberapa pihak media tempatan yang mengatakan mereka terpaksa mengemis bagi membolehkan mereka membuat liputan konsert, sebaliknya menjelaskan pihaknya telah menghantar jemputan kepada setiap agensi berita tempatan beberapa sebelum konsert berlangsung.

"Beberapa hari sebelum konsert, saya telah menghubungi setiap wakil media untuk memastikan kehadiran mereka termasuklah akhbar tempatan, jadi saya hairan bagaimana mereka mendakwa tidak mendapat jemputan daripada kami," ujar Eric.



http://www.tupai.com.my/2014/09/ ... erkara-baik_25.html



Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 02:39 PM | Show all posts
nd lala n famili kaki sentap.wartawan just nak dengar permohonan maaf.bukan konologi kesalahan wartawan.nampak sangat anak beranak ni berasa hebat .wartawan tu manusia jugak.jangan sebab watawan gaji kecik tak pakai x6 kita rasa dunia kita yg punya.nd.lala n shila tak lama lagi lah tu.show i am singer tahun depan ada artis baru.sendu la tak lama lagi.Prc pun dah bosan dgn shila.peminat dia tu lama-lama bosan la asyik dengar lagu cover version.sekarang pun fan n hater tanya asyik nyanyi lagu orang buat duit atas keringat orang.tak bayar royalti ke asyik nyanyi lagu orang kat show.rakyat china pun dah star argue macamna dia buat konsert nyanyi lagu orang?
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 02:40 PM | Show all posts
achik2009 posted on 25-9-2014 02:27 PM
Sidang Media Shila Amzah Gagal Jernihkan Hubungan Dengan Media

Sidang media yang dianjurkan peny ...



Ini lah yg sebenarnya kut terjadi dkt family ni, mereka sedang diuji dgn kejayaan dan kenikmatan dunia. Ikut la pepatah semakin berisi semakin tunduk.

ND Lala turut mempertikaikan pencapaian wartawan-wartawan tersebut yang kononnya tidak setanding jika dibandingkan dengan apa yang telah dikecapi oleh anak kebanggaannya yang telah mengharumkan nama negara di mata dunia.


Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 02:42 PM | Show all posts
makin bambam jer si shila ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 02:46 PM | Show all posts
so, bila dah glamer kat luar negara, semakin kuat sentap? tak payah nak agama sgt, hutang tu selesaikan dulu, kata jutawan MLM, takkan takleh bayar, sekali jentik je kot 15k tu, bukan tinggal kat bawah jambatan pun.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-9-2014 02:47 PM | Show all posts
CiliPadiSedap posted on 25-9-2014 01:35 PM
kih3. nape xbuat live kan? blh juga wartawan bagi bola tanggung isu hutang rm 15 ribu{:1_152 ...

betul tu, slide show dah ada kalau present cara live lepas tu wartawan tanya live tgk apa yg bapa dia nak jawab. dah kaya demand hutang tak jugak di bayarnya he..he

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 02:53 PM | Show all posts
blackred99 posted on 25-9-2014 02:46 PM
so, bila dah glamer kat luar negara, semakin kuat sentap? tak payah nak agama sgt, hutang tu selesai ...

anak pakai bmw x6 xblh bayarkan hutang bapak ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2014 02:55 PM | Show all posts
ish..tah apa2 presentation dia ni. macam budak tingkatan 3 yang buat. anak dia paling bongsu umur berapa eh?
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 02:58 PM | Show all posts
CiliPadiSedap posted on 25-9-2014 02:53 PM
anak pakai bmw x6 xblh bayarkan hutang bapak ke?

boleh je, antara nak atau tanak je. apa tah susah sgt nk byr hutang.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 02:59 PM | Show all posts
artikel ni bias....kehkehkeh....

tapi aku pun takde kat situ kan....ntah2 mmg betol shila anak beranak mengkritik wartawan......wallahualam...kehkehkeh
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 03:05 PM | Show all posts
kalau bukan kerana kontroversi kau yang lari dari rumah pastu upload video nangis berhingus2 sambil nyanyi lagu ombak rindu tu.. takde nye aku kenal ko shilalat.
thanks to the media la, without your controversies you are nothing to the industry.
kau pun nyanyi duk meneran, pade telinge aku tak sedap pun. well, telinge masing2.
pergilah bermastautin kat china tu, kalau itu yg kau banggakan.

boring dengan cerita minah ni. puii
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 03:08 PM | Show all posts
CiliPadiSedap posted on 25-9-2014 01:02 PM
org sombong dengan cerdik beza dia pada slideshow.

err ye ek ehehehe

tp lawak gak la..press conference ngan slide...bukan nak be more humble
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 03:08 PM | Show all posts

Shila Amzah & Bapa Rela Diboikot


25 Sep 2014, 07:17am   |   Farhana Ab Rahman

Selain mengadakan sidang media, penyanyi Shila Amzah dan bapanya, Amir Amzah Salleh atau ND lala juga tampil program bual bicara hiburan tempatan, 'Apa Kata Malaysia' (AKM) yang bersiaran di Astro Ria pada Rabu.

Dalam rancangan bual bicara tersebut, ND Lala menegaskan yang sidang media dibuat bagi menjelaskan keadaan sebenar dengan menceritakan kronologi bagaimana kemelut itu boleh tercetus. Datuk Aznil Nawawi selaku pengacara AKM juga turut bertanya pendapat ND Lala mengenai isu yang mana anak perempuannya itu didakwa sedang diboikot media tempatan.

“Sekiranya saya dan Shila diboikot, kami redha,” ujar ND Lala ketika bercakap kepada pengacara program berkenaan.

“Saya menghormati pandangan siapa saja. Kalau keputusan memboikot itu boleh mengangkat kembali kredibiliti wartawan hiburan di negara ini, supaya masyarakat hormat kepada pengamal media dalam bidang yang berkaitan, jadi begitulah kiranya," ujar ND Lala.

Terdahulu, Shila memuat naik semula (repost) gambar dan kapsyen yang ditulis oleh akaun kelab peminatnya, @shilaamzah_photography yang mempersoalkan mengapa tiada liputan daripada media berbahasa Melayu berbanding media berbahasa Cina mengenai konsert sulungnya di Malaysia baru-baru ini.

Tindakan penyanyi lagu 'Patah Seribu' itu memuat naik semula gambar tersebut seolah-olah bersetuju dengan kenyataan dan pendapat kelab peminatnya. Isu ini mendapat perhatian media Melayu kerana difahamkan pihak media tidak mendapat jemputan untuk menghadiri konsert tersebut.


http://www.gua.com.my/berita-art ... _Rela_Diboikot.html
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 03:09 PM | Show all posts
die dok kata fitnah konsert ditaja syarikat judi, tp die ade bg tau x sape y taja?
sapa y taja sbnrnye
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 03:10 PM | Show all posts
lil_honey posted on 25-9-2014 01:54 PM
iols panggil shila hamzah tu silalat la noks  
kan dulu diorang panggil shilalat gak shila n ...

Lalat dimana2 noks. Seme org konfius. 2-2, bapak anak dipanggil lalat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2014 03:11 PM | Show all posts
achik2009 posted on 25-9-2014 03:08 PM
Shila Amzah & Bapa Rela Diboikot

25 Sep 2014, 07:17am   |   Farhana Ab Rahman





Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 03:11 PM | Show all posts
erk siap powerpoint bagai...

wartawan gi kusus ke

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 03:12 PM | Show all posts
juliez posted on 25-9-2014 02:35 PM
Selagi mana boleh nak kaitkan kisah hidup dgn sharnaz dulu. Bila org cuit sikit terus meroyan. ...

apa kata wartawan repost ni balik pastu tag Shila....nak tgk apa komen balas dia selepas ni....meroyan tak?....
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 03:14 PM | Show all posts
Iols nak memadankan muka je 2 beranak ni kena boikot dgn wartawan. Iols xdak perasan sekelumit simpati langsung pun pd theyols bdua ni. Attention seekers sgt. Bapak anak sama jah.

Gigih sgt buat slideshow bagai. Motip??? Ko ingat ko nak ngajar students??????

Iols tgk shilalat ni dah mcm bakyah dah. Arbakyah in the making kott??! Last edited by kakasotong on 25-9-2014 03:15 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:31 PM GMT+8 , Processed in 0.092846 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list