CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9691|Reply: 28

Cara mereka tak profesional - Diana Johor

[Copy link]
Post time 25-9-2014 03:13 PM | Show all posts |Read mode
Cara mereka tak profesional - Diana Johor

Diana Johor


KUALA LUMPUR: Ekoran isu pembabitan Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) memberi tempoh selama dua minggu kepada produksi Unique Twins Sdn Bhd milik Diana Johor dan Lina Johor, Diana dihubungi BH Online untuk bertanyakan mengenai pihaknya pula.

Hari ini menerusi portal hiburan, tiga individu daripada produksi berkenaan untuk filem Rentap yang diterbitkan syarikat produksi itu tampil membuat aduan kepada Karyawan mengenai soal kewangan yang perlu dijelaskan.

"Saya rasa hal ini tak sepatutnya terjadi. Tidak baik sesuka hati mengaibkan saya dan produksi sedemikian rupa. Jika produksi saya salah, kenapa tak dibawa berbincang dengan baik. Alasan mereka cakap saya tak jawab panggilan itu tidak benar sama sekali," kata Diana.

"Telefon saya sentiasa dibuka untuk melayan panggilan. Saya tak sangka mereka boleh mengambil jalan sebegini. Pihak Karyawan sendiri pun ada menghubungi saya, tetapi mereka cakap tak berjaya. Semua itu mengarut.

"Yang saya terima daripada pihak Karyawan ialah mesej menyuruh saya menghubungi mereka kembali. Kenapa mereka tak hubungi saya sendiri dan menjelaskan apa yang terjadi. Cara ini nampak tak profesional," katanya.
Diana menjelaskan, penggambaran filem epik berkenaan sudah diadakan sejak Jun lalu di Kuala Tahan, Pahang selama dua minggu.

Namun atas beberapa sebab, penggambaran filem itu ditangguhkan dan dijangka diteruskan November depan.

"Pihak produksi tengah berbincang semula tarikh untuk meneruskan penggambaran kembali. Penggambaran sebelum ini memang ada perkara berbangkit dan kita kena atur balik jadual. Kita juga tengah buat olahan skrip.

"Untuk filem ini kita ada 80 babak. Tapi ketika dua minggu penggambaran berlangsung hanya 20 babak disiapkan. Seperti yang diberitahu pihak produksi saya, sepatutnya dalam sehari disiapkan empat babak tetapi jadi satu hari hanya satu babak dilunaskan.

"Ia sedikit sebanyak memang merugikan pihak produksi. Ada perkara yang tak perlu tetapi nak juga diwujudkan. Bayangkan pelakon tambahan yang perlu datang sehari sebelum penggambaran tetapi sudah ada 10 hari di sana (Kuala Tahan). Ia jadi serabut dan sebab itu penggambaran ini ditangguh kerana kita perlu selidik apa yang perlu dan tidak," katanya.

Menjawab kepada tuntutan tiga tiga individu yang dimaksudkan iaitu elakon Azliyuszaini Mohd Noor atau Yuzz, Pengarah Fertwork Productions yang menguruskan pelakon tambahan iaitu Nabila Ibrahim dan pemandu pelancong, Abdullah Chik yang dilantik sebagai koordinasi lokasi penggambaran, Diana menjelaskan:

"Macam Yuzz, jelas dalam kontrak kita akan bayar 50 peratus bayaran sebelum dan selepas penggambaran.

"Kita sudah pun bayar 50 peratus tetapi dia nak lagi baki 50 peratus. Bagaimana nak jelaskan baki bayaran sedangkan banyak lagi babak membabitkan beliau belum siap.

"Abdullah Chik pula memang kita tak lantik dia secara rasmi sebagai koordinasi lokasi. Tunjuk bukti kalau ada. Dia timbulkan isu duit penggunaan Rumah Panjang belum dijelaskan sedangkan saya sudah peruntukkan duit itu di bawah kendalian jabatan seni produksi saya.

"Nabila pula, pihak kami sudah jelaskan bayaran kepadanya. Kita cuma sedang selidik dua invois yang diberikan pihaknya. Dalam hal ini kita tak boleh sesuka hati memberi bayaran terhadap invois yang dikemukakan. Kita kena teliti invois ini betul-betul," katanya.


Filem Rentap diarahkan Hashim Rejap dan diterajui pelakon seperti Zachery Francis, Livonia Ricky dan Jasmine Chin.





Last edited by SenahMontanah on 25-9-2014 03:13 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2014 03:26 PM | Show all posts
bagus Diana......jangan lari sila jawab dan bagi bukti. semuanya patut ada hitam putih
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 03:29 PM | Show all posts
gigihnye la buang duit nak buat filem
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 03:32 PM | Show all posts
schababe posted on 25-9-2014 03:29 PM
gigihnye la buang duit nak buat filem

dia ni ank orag kaya nokss, xde heranye keluar duit wat filem ni..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 03:33 PM | Show all posts
mungkin dia ni kaya kot....kehkehkeh....or mmg ada minat mendalam terhadap perfileman Malaysia...kehkehkeh
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 03:42 PM | Show all posts
jap lagi mesti ada org sebut nama NOWA
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-9-2014 04:11 PM | Show all posts
ex wife laki tengku azura, ex biras nora danish, ex ipar suami fasha sandha...
nah sekali 3 nama selebriti terkait.. voleyyy?
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
dia dengan nd lala lain emak lain bapak kan? dan dia tidak hutang rm 15 ribu kan?

akak tahu pun sebab dpt sumber daripada wartawan blogger
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2014 04:17 PM | Show all posts
RatuDunia94 posted on 25-9-2014 04:11 PM
ex wife laki tengku azura, ex biras nora danish, ex ipar suami fasha sandha...
nah sekali 3 nama s ...

Lol..sekali harung kau kasi..Muahahah

tambah lagi.. bekas menantu bekas mentua nora danish..bekas menantu mentua fasha sandha.. apa lagi ?

but she looks so pretty and glowing sekarang ni..suka tgk!
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 04:18 PM | Show all posts
Kembar dia yang khawin ngan pelakun Sidi Oraza tu kan..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 04:21 PM | Show all posts
bukan mek dengar pasal cter nie dari tahun lepas woo .. and budget depa dapat bukan siket.. cecah jota jugak sebab nak angkat cter sejarah jadi felem..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 04:23 PM | Show all posts
Tura_04 posted on 25-9-2014 04:18 PM
Kembar dia yang khawin ngan pelakun Sidi Oraza tu kan..

bkn ke sidi oraza tu bini die Tengku Ismawati
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
RatuDunia94 posted on 25-9-2014 04:11 PM
ex wife laki tengku azura, ex biras nora danish, ex ipar suami fasha sandha...
nah sekali 3 nama s ...

harap jgn dirogol thread nih dgn nama2 yg tak berkaitan walopun penah ade kaitan
hakak macam dah blh hapal cerita apa yg akan di kaitkan tu
dan yg pasti ianya cerita sama yg berulang2
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 04:26 PM | Show all posts
Tura_04 posted on 25-9-2014 04:18 PM
Kembar dia yang khawin ngan pelakun Sidi Oraza tu kan..

haaa... biar btol kembar die kawen ngan sidi oraza....
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 04:39 PM | Show all posts
bukan ke kembar dia kahwin dgn abang zahnita wilson?
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 04:43 PM | Show all posts
Dia mungkin baru pertama kali nak terbitkan drama ofcoz kdg2 otai-otai yg pernah kerja kat produksi gergasi ni kdg2 demand tak bertempat dan menekan, mengambil kesempatan pd org baru. Jgn sampai nanti dia dah naik, dia tak ambil uolls kerja sudeh.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2014 04:48 PM | Show all posts
memandai lah korang...sidi oraza tu kawin tengku ismawati... lagipun sidi tu batch apa....lina tu batch muda sikit...kihkihkih....
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgk tajuk, pelakon kompom x laku
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 05:08 PM | Show all posts
mesti ada hitam putih kan .. xkan sebut molot je kan
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 05:14 PM | Show all posts
ekkk..?? sape dia ni..?
iols xkenal la plak..?? pendatang baru ke..?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:58 PM GMT+8 , Processed in 0.498240 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list