CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3784|Reply: 11

Zara pelik dikata bercinta

[Copy link]
Post time 25-9-2014 04:41 PM | Show all posts |Read mode
Zara pelik dikata bercinta

Lucu tetapi selagi ia tidak memberikan apa-apa impak tidak baik kepada kerjaya seni mahupun peribadi, pelakon popular Zara Zya tidak ambil pusing dengan isu yang cuba di-timbulkan berkaitan hubungan baiknya dengan aktor Fahrin Ahmad.

Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 28, menegaskan dia sendiri berasa pelik apabila hubungan baik dengan Fahrin di laman sosial disalah tafsir sehingga timbul gosip kononnya mereka bercinta.
Ditemui dilokasi drama lakonan terbarunya, Zahira yang bakal mengisi slot Samarinda TV3, Zara menjelaskan dia tidak pernah mengenali Fahrin secara dekat selain sesekali berhubung menerusi Twitter.

“Segalanya bermula sewaktu Fahrin memberikan komen mengenai lakonan saya dalam Love You Mr Arrogant menerusi twitter. Sebagai orang baru hendak mencipta nama tentu maklum balas diberikan aktor lebih senior dan popular seperti Fahrin saya anggap satu penghormatan.



“Sekarang pula drama bersiri lakonan Fahrin mengisi slot Akasia, Maaf Jika Aku Tak Sempurna sedang ditayangkan dan kebetulan saya me-ngikutinya. Sempat juga sambil menonton saya memberikan pandangan dan memuji persembahan Fahrin. Dari situ kami banyak berbual di laman sosial,” katanya


Ada antara peminat nampak perbualan di antara Zara dan Fahrin, lalu memberikan pandangan peribadi de-ngan berkata bagusnya jika dua artis terkenal ini bercinta.

“Biasalah peminat sekiranya mereka suka, mereka akan ‘mengenenkan’. Saya tak pernah ambil serius pun perkara itu dan tak ada apa pun hendak dikecohkan. Bukan perkara betul pun. Saya sendiri tidak pernah bersua muka dengan Fahrin, inikan pula hendak bercinta,” katanya.

Dalam pada itu Zara meluahkan rasa kecewa apabila ada pihak masih lagi membangkitkan isu kononnya dia bermasalah dan suka letak harga sejak memenangi anugerah Pelakon Baru Wanita Popular Anugerah Bintang Popular BH 2013.

“Saya pernah beri penjelasan me-ngenai perkara ini tetapi tidak sangka pula ia masih berpanjangan dan ada orang masih memperkatakannya. Perkara ini berlaku dah lama dan kesalahan bukan daripada pihak saya.

“Waktu itu ada produksi menjemput saya untuk menjayakan rancangan hari raya. Pada peringkat awal mereka mahu saya datang ke sesi rakaman di KL Sentral pada jam 3 petang. Pihak pengurusan saya bertanya lanjut, sebagai artis jemputan takkan saya harus datang sama waktunya dengan artis utama terbabit. Biasanya rakaman harus membabitkan mereka lebih awal berbanding artis jemputan.

Kata Zara lagi, apabila pihak produksi rujuk kembali, rupa-rupanya artis jemputan hanya perlu datang jam 8 malam.

“Saya pula jenis menepati masa dan tepat jam 8 malam sudah tercegat di KL Sentral. Apabila sampai orang produksi yang dihubungi tidak mengang-kat telefon. Bayangkan dalam keadaan terkejar-kejar dan hanya berbuka dengan roti, saya dibiarkan mencari di mana lokasi sebenar.

“Setengah jam selepas itu baru orang produksi itu menghubungi saya dan beritahu dia ingatkan saya akan datang lewat sebab mahu berbuka terlebih dulu. Sedang-kan pihak pengurusan saya tidak pun memaklumkan yang saya akan lewat sebab mahu berbuka,” katanya.

Sudah menjadi kebiasaan apabila bekerja, dia akan duduk diam dan fokus dengan kerja, apatah lagi dengan produksi yang belum pernah bekerjasama. Pasti perasaan canggung itu ada namun tak sangka pula ia disalah tafsir.

“Sampai di lokasi, orang produksi itu tidak kenalkan saya dengan pengarah dan kakitangan lain. Mujur ada beberapa artis lain yang saya kenal. Mungkin disebabkan itu pengarah menganggap saya sombong. Selepas itulah cerita buruk mengenai saya mula tersebar.

“Pihak pengurusan saya ada menghubungi mereka bagi mendapatkan penjelasan mengapa sebarkan cerita itu sedangkan ia tidak benar dan sengaja dibuat dengan tujuan memburuk-burukkan nama saya,” katanya.

Bercerita mengenai pembabitannya dalam drama Zahira, kata Zara dia berasa sangat seronok kerana semua yang terbabit dalam produksi itu ‘satu kepala’. Dia turut menegaskan senang bekerja dengan pengarah muda, Ahmad Khalid yang juga adik kepada Ahmad Idham.

“Mungkin juga dia muda dan saya muda, jadi pemikiran kami agak sama. Dia orang yang sangat fokus dan akan beritahu awal apa yang dimahukan. Apabila saya faham kerja pun jadi mudah dan cepat,” katanya.

Menyentuh mengenai heronya dalam drama itu, Adi Putra, jelas Zara sebaik mengetahui akan digandingkan dengan aktor popular itu dia berasa kecut perut.

“Dari sudut populariti, Adi lebih dikenali. Saya gusar sebab kami tidak pernah berlakon sama, jadi bagaimana hendak mencari keserasian. Namun apabila sudah kenal dan bekerja, dia sebenarnya okay.

“Memang Adi pendiam tetapi ada ketikanya dia rajin juga melawak. Sikapnya itu buat saya rasa tidak kekok dan serasi bekerja dengannya,” katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2014 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
ngengade laa Ko nie Zara..
kengkonon pelik lattew, ayat standard retis.. namun nak ngaku.. tidak... Nyampah !!
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 05:05 PM | Show all posts
reporter mana lah yg menulis cerite ni. boring
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 05:09 PM | Show all posts
waratwan ni nak kena hencap nih kan .. kuikuikui
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 05:11 PM | Show all posts
elehhh...
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2014 10:31 AM | Show all posts
saja jer lah tu nak masuk paper.. .takut tenggelam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-9-2014 10:35 AM | Show all posts
zara pelik dikatakan bercinta dengan fahrin ahmad sedangkan fahrin itu gayah dalam lemari ~ then itu baru news yang menarik
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2014 10:36 AM | Show all posts
pelik ka kalo bercinta...ko yg pelik kan..hihi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2014 10:39 AM | Show all posts
Pose very the 80s style
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2014 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul ke Fahrin tu LGBTQ+ dalam almari?
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2014 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Adehh boring ah topik ni..bukan dh ade benang ni ke..zzzz
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2014 12:00 PM | Show all posts
putehkundor posted on 26-9-2014 10:39 AM
Pose very the 80s style

baju pon sama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:08 PM GMT+8 , Processed in 0.083192 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list