CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12608|Reply: 118

POKET KOSONG.. ada hati nak bercinta sakan

[Copy link]
Post time 26-9-2014 12:45 PM | Show all posts |Read mode
just wondering...

apa pandangan korang bila korang berkenalan dengan seseorang... bila bersembang, bila bagi idea, semua kira okay la.. boleh masuk kepala.
tapi... korang baru dapat tahu.. si dia adalah berpoket kosong ie always takde duit.

senario untuk seorang sahabat karib
dia ni jenis memilih untuk berkawan dengan lelaki
basic requirement dia untuk berkawan dengan lelaki : sedap mata memandang, bekerjaya (at least exec and above, as she is) , berfikiran terbuka, dan pandai berkomunikasi 2 hala
setiap kali mengenali lelaki.... tak tahu lah kenapa sukar nak jumpa lelaki yang ada ciri-ciri mudah ni. mungkin usia 27 tahun.. nk jumpa yang baik, umur sebaya atau lebih tua ..is all taken. (dah jadi tunang or husband orang)

so member2 nasihatkan minah ni jangan nk choosy sgt. cuba kenal2 je dulu.
permasalahannya... bila setiap  kali dia mengenali lelaki yang tidak achieve basic requirement tadi tu..hal lain pulak.misalnya seorang lelaki yang di kenali... tengok pada cara tu dah elok, rupa pun okay, age dan family backgroud  boleh la... tapi masalah nye tak berduit.
pegi minum, order macam-macam bila bil sampai bole buat kerass je..
pegi tengok movie, dia penah cerita.. popcorn pun nak suh belikan..
pegi mana-mana, suh belikan apape.. wallet tinggal kat rumah.
banyak lagi la situasi yang terjadi.. dan bukan hanya sorang kenalan lelaki yang perangai mcm tu... sampai kita pulak yang naik malu di buat nya

aduh. kesian jugak... tapi adakah lelaki2 seperti ni tak rasa apape ? kalau tahu diri tu tak berduit... kenapa selamber sgt nak try bercinta.. kalau cerita nak best je.. doii ! aponi (aku sendiri yang jadi perempuan ni kalau dalam wallet tinggal rm50 tggu gaji sehari dua, dah tak keluar rumah dah)
kita yang pompuan ni bukan pasal berkira. kalau berkira takdenya nak bayarkan... tapi soalan nya.. tak malu ke KAMU WAHAI LELAKI YANG BERPOKET KOSONG, tapi gaya tak nak kalah. ehehe ????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2014 01:12 PM | Show all posts
aku alergik ngn laki yg kedekut..
Tp kalau aku tgk laki tu da kua duit wayg..da kua jemput aku sbb minyak and toll..
so, duit makan aku bayar la..xkan sumenya nk arap org aje kann..
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2014 01:13 PM | Show all posts
aku sebagai pompuan, nak p blind date ke ape. soalan first kuar sebelum jumpa, 'makan minum u belanje atau sendiri tanggung?'

dah dia cakap pakai duet sendiri, x payah la dating. nampak sangat sengkek beno.

Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2014 01:38 PM | Show all posts
Tak pernah lak ada experience keluar dgn lelaki kedekut/tak berduit sampai mcm tu skali. Tapi in my opinion,  1st date tu, tak gentleman lah kalau suruh pompuan byr itu ini.

Kalau dah lama couple, biasa lah kalau pompuan byr gilir2.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2014 01:42 PM | Show all posts
kepada perempuan, sila jadi kedekut kepada lelaki
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2014 01:54 PM | Show all posts
Dh lama x blind date, jap aku blind date kitaorg byr share3...

Basic requiment kawan ko tu ada pada aku, tapi sygnya terlewat lak kenal
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-9-2014 02:27 PM | Show all posts
xde duit tak pernah jumpa lagi . kedekut bersepah2 .
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2014 02:58 PM | Show all posts
aku just wonder. kenapa orang akan pandang slack kat pompuan yang choosy. kalau pompuan umo dah lewat 20an asal tak kawen je dikata memilih mcm satu kesalahan lak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2014 03:03 PM | Show all posts
laki jenis poket kosong ni suka cari pompuan yang keje at least exec ke atas. mungkin dengan harapan dapatlah pompuan tu memayungi dia kebanyakkan masa carik pompuan pun ala2 umo lewat 20an++. kalau kene rejek nanti mainkan issue memilih lah, andartu lah, mata duitan lah. apa ko ingat nak beli megi boleh pakai cinta ke
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2014 03:13 PM | Show all posts
memang patut pun dia choosy

jawapan honest:

sapa nak lelaki TAK BERDUIT???
Fact

tambah yg jenis bila bill datang buat liat. sikap2 macam ni akan bagi hint pada seseorang tu lelaki ni jenis macam mana. first few dates ni masa kita EVALUATE lelaki. tak payah first few dates...kalau first date dah macam tu, bye bye la jawabnye. Lain lah kita nak main2 je dengan lelaki tu...tak kisah pun. Tapi kalau wanita yang bukan dating untuk "suka2" tapi untuk cari calon suami memang akan evaluate ni semua. Habis esok kalau kawin sewa rumah, tanggungjawab lain buat liat? camane nak jadi suami..bapak pada anak? Nak lelaki macam ni? Perempuan bodoh yang kata Love is more important je tak kisah tanggung lelaki.

Reasonably choosy tu memang patut. lain lah kalau prempuan tu mengada2 nak lelaki bawak merc bmw, rumah bungalow 5 tingkat, handsome macam keanu reeves. tu memang overchoosy, sila cermin diri . kate kat dia..ada lah yang sesuai tu nanti.

Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2014 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
kesian......
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2014 03:35 PM | Show all posts
sama ada lelaki tu kedekut taik idong masin atau mmg pokai pya org,...
pe tggu lagi...tgglkn je...
bli popkon pon x mampu...
apedaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2014 03:42 PM | Show all posts
ada kenalan my friend tiada dara dentist pernah terlanjur kt UK hujung tahun ni graduate jd doctor dentist.

nak jadi cerita dia cari jodoh kt tagged, sampai satu masa lelaki2 kt tagged pakat kenakan dia sebarkan gmbr dia kt internet.

sebab pe dia kena khianat cmtu? :
1) first dia dh rosak lepas tu hina lelaki yang kerja  xseberapa  ( gaji bawah rm 7k dia tak pandang)
2) dia pandang paras rupa kalau muka cantik tak pelah, ni muka bulat cm donut badan berisi
3) mulut dia yang buat tagged user sakit hati.

at the end dia mengadu kt akak, akak hadiahkan dia cermin, cermin kan diri kau dulu sebelum kau nak report polis gambar kau tersebar. kau dah sakitkan hati orang lepas tu senang2 kau nak salahkan orang.



kalau basic requirement nk lelaki tip top ok lah tak jadi masalah, tp nak sakit kan hati org terus senyap memilih, mmg xpatut. at least kawan cm biasa. jgn sakitkan hati org.

bukan selama kita ni kat atas atau tip top.  dentist tu sekarang lepak kt myspace and irc kc. siapa lepak sana mesti kenal minah dentist ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2014 03:43 PM | Show all posts
limesherbet posted on 26-9-2014 03:13 PM
memang patut pun dia choosy

jawapan honest:

lime laki berduit  cerdik pandai manage duit, tengok cash flow baru tahu that guy family men or style bujang. kalau style bujang angkat kaki je lah sebab tiada ciri2 nak berkeluarga.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2014 03:47 PM | Show all posts
tu bukan mcm takde duit..
tp mcm pisau cukur dah tu..
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2014 03:53 PM | Show all posts
kalau baru skali kuar lelaki tu tak pickup bill - keluar la sekali lagi
kena tgk gak - lelaki tu datang jemput kawan u ke
lelaki duk area mana - kalau dah sorang duduk kajang sorang duk shah alam
courtesy la pempuan tu bayar makan

*baru first date kot - lom tahu muka surat ke 2 ada cerita apa -

semua orang pun memilih - tapi jangan sampai salah pilih ~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2014 04:07 PM | Show all posts

cari kat mana lelaki tu? sepesen je?
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2014 04:40 PM | Show all posts
baru kenal dah macam tu...esok kalu kawen...siap sedia laa....akan bukak thread baru...
saya nak curang bla bla bla bla sbb laki malas
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2014 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Ciri2 lelaki yg kwn hg nak yg hg kata ciri2 mudah tu pada aku, xmudah mana pun. Kalau nk lelaki yg single la. Dah kurang sgt laki single yg gtu. Kalau ada pn, terkurang d mana2. Samada ensem tp xbduit, bduit tp xensem, ensem dan bduit tp laki org.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2014 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
satu prinsip aku dlm memilih bakal suami ialah aku memilih sebab aku x nak membela biawak hidup lps kawen.jika sama2 cari duit ..usaha sama2 aku sanggup tp jgn letak tnggjwb tanggung family atas bahu aku.
kalau kluar,dah berjemput bagai maka x salah aku kuar duit mkn.sama2 bg kerjasams.


the best man win.the best woman choose.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:46 AM GMT+8 , Processed in 0.105343 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list