View: 16194|Reply: 127
|
[Tempatan]
Godam Mesin ATM Guna Kad Sim Telefon, Wang Tunai Lebih Setengah Juta Lesap!
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Sejumlah RM530,600 wang tunai di dua buah mesin juruwang automatik (ATM) sebuah bank yang sama di Johor dan Selangor lesap apabila mesin ATM itu digodam semalam yang dipercayai menggunakan sim kad telefon dan teknologi canggih.
Kejadian penggodaman mesin ATM itu merupakan jenayah pertama berlaku di negara ini selepas jenayah mencuri wang melalui pengklonan kad ATM berlaku sejak 1997 sehingga 2002.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahya Ramli ketika dihubungi Bernama berkata kejadian itu dipercayai dilakukan sindiket antarabangsa dari Amerika Latin yang melakukan pengeluaran beratus kali di kedua-dua mesin milik bank terbabit dalam tempoh sehari.
Beliau berkata kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Jenayah Komputer 1997.
"Ini modus operandi pertama dilakukan seumpama ini. Suspek godam sistem tanpa perlu pecah mesin ATM untuk larikan wang," katanya.
Dalam kejadian pertama pada 9.48 pagi, seorang pengurus bank terbabit di cawangan Batu Pahat, Johor, mendapati mesin ATM bank itu tidak berfungsi dan mendapati wang di dalam mesin itu hilang.
Menurut polis Johor, berdasarkan sistem maklumat pengeluaran wang tunai RM50 sepatutnya berjumlah 5,103 keping tetapi baki sebenar di dalam mesin itu adalah sebanyak 27 keping.
"Mengesyaki sesuatu yang pelik pihak pengurus telah menghubungi polis dan hasil siasatan mendapati tiada kesan mesin tersebut diumpil," menurut sumber polis itu.
Katanya rakaman kamera litar tertutup di ATM itu mendapati terdapat tiga suspek berbangsa Amerika Latin, berumur dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun, membuat pengeluaran berkenaan. Jumlah wang dikeluarkan mereka ialah RM265,000.
Beberapa jam kemudian pada hari yang sama, Yahya berkata modus operandi yang sama dilakukan di bank berkenaan di USJ Subang Jaya oleh dua suspek lelaki berbangsa Amerika Latin dengan membuat pengeluaran 137 kali secara bergilir-gilir pada 5.30 petang semalam.
Katanya pihak pengurusan bank mengesyaki kehilangan wang itu ketika memeriksa wang ATM tersebut dan polis percaya sindiket berkenaan menggunakan kad sim telefon dan sistem teknologi tinggi untuk menggodam mesin ATM itu bagi mengeluarkan wang.
Polis kini sedang berusaha mengesan suspek terbabit menerusi rakaman kamera litar tertutup bank terbabit.
Jenayah pengklonan kad ATM di negara ini berlaku ketika kad ATM dan kad kredit hanya menggunakan sistem pita magnetik di belakang kad.
Jenayah itu berjaya dihapuskan setelah Bank Negara menguatkuasakan penggunaan sistem cip dan pita magnetik pada setiap kad ATM dan kad kredit kepada setiap bank pada 2003.
http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/newsindex.php?id=1072387 |
|
|
|
|
|
|
|
gua perati je masa proses refill duit dlm ATM ni. ATM ni pki sistem windows rupenye. |
|
|
|
|
|
|
|
punye hebat godam sistem tapi pengeluaran kene buat 137 kali? |
|
|
|
|
|
|
|
raxief posted on 28-9-2014 09:19 PM
gua perati je masa proses refill duit dlm ATM ni. ATM ni pki sistem windows rupenye.
Banyak ATM yg pakai Windows XP Embedded
|
|
|
|
|
|
|
|
TuntungReturn posted on 28-9-2014 09:29 PM
punye hebat godam sistem tapi pengeluaran kene buat 137 kali?
Maximum sekali pengeluaran RM2000 kut
|
|
|
|
|
|
|
|
Padan muka bank... Rompak atas rompak.. |
|
|
|
|
|
|
|
org dalam kot... |
|
|
|
|
|
|
|
apam posted on 28-9-2014 09:30 PM
memang patut bank rugi
Bank tak rugi pung....insurance kan aderrrr |
|
|
|
|
|
|
|
95% mesin ATM gna windows xp
windows xp microsoft dh stop bagi support july 2014, klu xp embedded , januari 2016
| Windows XP Embedded (Toolkit and Runtime), all versions | January 30, 2002
| January 12, 2016
| January 30, 2017
|
masalahnya ade sstengah mesin ATM tu pakai windows XP je, nk senang lu orang tgk je masa booting,
logo windows xp, bukan logo winxp embedded
klu XPE
Last edited by batmana on 28-9-2014 10:36 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Balaimos...balaimos..lelaki latin hensem2 pastu pintar plak |
|
|
|
|
|
|
|
dahsyat boleh guna modus operandi yang sama kat branch lain lak pasni.. |
|
|
|
|
|
|
|
atm machine bank mana yg kena godam. Satu bank ke banyak bank. Kalau satu bank suspect sistem banking diorg yg kena godam. Kalau banyak bank jawabnya ATM machine yg kena tipu. |
|
|
|
|
|
|
|
sahamboi posted on 28-9-2014 11:11 PM
atm machine bank mana yg kena godam. Satu bank ke banyak bank. Kalau satu bank suspect sistem bankin ...
Bank yg sama katanye. 1 kat batu pahat 1 lagi kat usj |
|
|
|
|
|
|
|
scorpionkiki posted on 28-9-2014 10:27 PM
Bank tak rugi pung....insurance kan aderrrr
Maksud aku lain. |
|
|
|
|
|
|
|
raxief posted on 28-9-2014 09:19 PM
gua perati je masa proses refill duit dlm ATM ni. ATM ni pki sistem windows rupenye.
lain kali pakai MAC
|
|
|
|
|
|
|
|
Latin American gang ‘hacks’ ATMs in two states, RM800,000 stolen
A Latin American gang is believed to be behind a spate of Automated Teller Machine (ATM) "hijacks" involving more than RM800,000 being stolen from banks in Selangor and Johor over the last 24 hours.
The gang was said to have used a high tech software and modified mobile SIM card to bypass the ATM system and "empty" the ATM machines through multiple cash withdrawals done by its members.
Two of the cases were reported in Selangor and one in Johor according to police. The police added that this is the first reported case of money being stolen from ATM machines using such a method.
The first incident was reported in Batu Pahat, Johor at about 9.48am yesterday where the gang managed to withdraw RM265,000 through a series of withdrawals after it managed to hack into the ATM system. The gang left behind only RM5,103 in the machine.
Their actions were recorded on closed circuit television cameras (CCTV).
It is believed that the software used by the gang, coupled with the "altered" mobile SIM card, had allowed them to override the withdrawal limit, which is usually set at a maximum of RM10,000 per account.
Police said two more incidents occurred in Selangor, specifically Petaling Jaya and Subang Jaya about eight hours later.
The criminals, believed to be from the same gang which had struck in Johor, made off with about RM610,000 using the same modus operandi.
Subang Jaya police chief assistant commissioner of police Yahya Ramli told Bernama that in the incident, the men withdrew money from two ATMs hundreds of times in one day.
He said the case is now being investigated under Section 4(1) of the Computer Criminal Act 1997.
“This is the first time such a modus operandi has been used. The suspects hacked into the ATM system to get to the money without having to break open the machine,” he added, according to Bernama.
The suspects were believed to have made 137 withdrawals at around 5.30pm in Subang Jaya yesterday.
The bank management only realised that something was not right when they conducted a check on the particular ATMs.
The same thing also happened at two ATMs in Petaling Jaya at about the same time yesterday.
Petaling Jaya police chief assistant commissioner Azmi Abu Kassim said CCTV checks showed the suspects had opened the top of the two ATMs and had inserted something in it at midnight.
A total of RM303,000 was missing from the affected ATMs.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|