CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5559|Reply: 27

Prof Razak Mohaideen Terima Gelaran Dato'..TAHNIAH

[Copy link]
Post time 30-9-2014 10:20 AM | Show all posts |Read mode

Prof Razak Terima Gelaran “Dato”



Oleh Izzat Ismail.  Sumber dari Astro Gempak.  Kredit foto Facebook Dato’ Profesor A. Razak Mohaideen.

Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan tahniah buat pengarah iaitu Profesor A. Razak Mohaideen yang telah dianugerahkan pingat Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang membawa gelaran Dato'. Kurniaan tersebut telah disempurnakan oleh Yang di Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas pada 22 September lalu.

Istiadat sempena ulang tahun ke-76 Yang di Pertua Negeri Pulau Pinang tersebut telah berlangsung dalam keadaan yang cukup sederhana tetapi meriah. Buat pengetahuan semua, Prof Razak turut menjadi orang nombor satu sebagai dekan di Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FITA) di UiTM Puncak Perdana.

Selain bergiat aktif di dalam dunia perfileman, beliau juga merupakan seorang perunding skrip dan penulis di Malaysia. Bukan itu saja, kredibilitinya sebagai seorang pengarah tidak perlu dipertikaikan lagi apabila Prof Razak telah mengarahkan lebih daripada 20 buah filem.

Di antara filem yang telah mendapat kutipan box office suatu masa ketika ialah 'Anak Mami', 'Mami Jarum', 'Duyung', 'Sifu & Tongga', 'Cinta Kolestrol' dan lain lagi. Sebelum ini, Prof Razak turut telah dianugerahkan Anugerah Akademik Negara (Kreatif) dan sekali gus menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records kerana menjadi pengarah dari kalangan ahli akademik.

Pengiktirafan ini merupakan suatu titik positif buat semua orang yang terlibat di dalam industri seni dan sekali gus mengiktiraf sumbangan perfileman di dalam negara kita.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2014 10:23 AM | Show all posts
beribu ribu tania
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 10:25 AM | Show all posts
Tahniah datuk prof razak mohaiddin...

But please, jangan buat filem lagi
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 10:27 AM | Show all posts
tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 10:31 AM | Show all posts
eeeerrrrr....kehkehkehkeh...
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 12:51 PM | Show all posts
kredibilitinya sebagai seorang pengarah tidak perlu dipertikaikan lagi apabila Prof Razak telah mengarahkan lebih daripada 20 buah filem


like...seriously???

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-9-2014 01:38 PM | Show all posts
buat filem lelok noooooooo......
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 01:45 PM | Show all posts
SIFU dan Tonga pon laku ke? paling tak bleh blah....puak orang asli dalam hutan tapi pakaian serba putih tapi bersih macam baru lepas dicuci dengan FAB.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2014 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
ntah ni yah      
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 02:41 PM | Show all posts
tahniah latokkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 02:46 PM | Show all posts
kat msia..ni..kalau TAIK tu boleh wat filem .. Pun diorg akan bgi gelaran.. DATO TAIK. sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 02:50 PM | Show all posts
hahaha.. tahniah prof..

Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 02:55 PM | Show all posts
aku dah bgtau 2 minggu lepas. ni official la eh.

diulang dia memang ada master je tiada phd.

kira lama gak dia pegang dekan kt puncak perdana nun..





Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 02:56 PM | Show all posts
wat filem pun so so je...leh dpt latok tu....
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 03:22 PM | Show all posts
Aku rasa dia ni harap citer mami jarum je la yg boleh nak layan... lain2, adoiiiyaiiii
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 03:34 PM | Show all posts
putehkundor posted on 30-9-2014 10:25 AM
Tahniah datuk prof razak mohaiddin...

But please, jangan buat filem lagi

setuju..
tak yah la buat filem..serabut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2014 03:40 PM | Show all posts
putehkundor posted on 30-9-2014 02:25 AM
Tahniah datuk prof razak mohaiddin...

But please, jangan buat filem lagi

setuju. duk diam2 dah la dalam uitm. filem malaysia tak perlukan dato'. enjoy the title..
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 04:05 PM | Show all posts
ayooorkkkk....cmne leh dpt dato kalu sume filem pun filem hampagas...
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 04:10 PM | Show all posts
wahhh dapat datuk. tapi, hmmm filem mcm xde yg nak dibanggakan pun..
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 04:21 PM | Show all posts
tahniah lah.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.593677 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list