CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dondangdendang

Aliff Aziz mencuri???? Berita kehilangan kini TerjawaB!!

[Copy link]
Post time 30-9-2014 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul ke  .. brite ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2014 11:44 AM | Show all posts
the next mamat exist ke ni?
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 11:44 AM | Show all posts
kenapa sampai mcm tu sekali.. kleptomania kah heols?
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 11:44 AM | Show all posts
hermm bertabahlah.. mungkin tersilap langkah
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 11:48 AM | Show all posts
Adoi la dia ni..
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 11:52 AM | Show all posts
Oi pencurik. Kalu nak, mintak lah. Kita boleh kasik la.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-9-2014 11:54 AM | Show all posts
terdesak sampai mencuri
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 11:54 AM | Show all posts
rasenye kat utusan smlm pun ada citer ni.
nt la, dh balik nt i tgk balik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2014 11:58 AM | Show all posts
takde job sgt ni.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 12:00 PM | Show all posts
Aliff Aziz curi telefon bimbit, didenda $2,000



ALIFF AZIZ: Dikatakan mencuri telefon bimbit bersama seorang lagi lelaki pada 24 Mei lalu di kolong Blok 36 Tanglin Halt Road.

PENYANYI kelahiran Singapura yang telah mencipta nama di seberang Tambak, Aliff Aziz, dikenakan denda $2,000 Jumaat lalu atas kesalahan mencuri telefon bimbit.

Jika gagal membayar denda tersebut, dia boleh dipenjara 20 hari sebagai ganti.

Menurut kertas pertuduhan, Aliff, 23 tahun, atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz, didakwa mencuri dua telefon bimbit berjenama HTC one dan Samsung Note 1, yang setiap satu bernilai $800.

Telefon itu dimiliki seorang individu bernama Yong Kit Siong.

Aliff dikatakan mencuri telefon bimbit itu bersama seorang lagi lelaki bernama Muhammad Nurazlee Roslee pada atau sekitar 12.01 tengah malam pada 24 Mei lalu di kolong blok Blok 36 Tanglin Halt Road.

Bagi kesalahan mencuri, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Aliff didakwa di mahkamah buat kali pertama pada 16 Ogos lalu.

Satu laporan di laman akhbar Berita Harian Malaysia pada 27 Ogos lalu memetik ibu Aliff, Cik S. Hafiza Basharahil, sebagai berkata bahawa anaknya itu berada di Singapura ketika itu dan keadaannya baik-baik sahaja.

Menurutnya, Aliff berada di sini atas urusan peribadi dan akan pulang ke Kuala Lumpur dalam masa terdekat.

Sebelum itu, dia dikatakan telah menghilangkan diri daripada lokasi penggambaran sebuah drama dan pulang ke Singapura.

Aliff dan pasangan duetnya, Siti Nordiana, yang menyanyikan lagu Tak Ada Cinta Sepertimu, turut dicalonkan untuk kategori Kolaborasi Terbaik (Artis) bagi Anugerah Planet Muzik (APM) 2014 yang akan berlangsung pada 17 Oktober ini.

Menurut satu laporan di laman mStar Online bulan lalu pula, dia ditukil sebagai berkata dia tidak hilang, bersembunyi atau melarikan diri daripada sesiapa atau mempunyai masalah kewangan tetapi sebaliknya hanya berehat daripada industri seni buat sementara bagi menguruskan beberapa hal peribadi.

Dia juga berkata, dia memadamkan semua gambarnya di laman sosial Instagram kerana ingin mulakan hidup baru dan berjanji akan kembali semula dengan 'Aliff yang baru'.

Menerusi laman Twitter miliknya di bawah nama @aliffaziz pula, artis muda itu memuat naik status kelmarin dengan berkata:

"Selamat tengah hari dunia. Saya akan kembali tidak lama lagi. Tidak lama lagi."


Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 12:02 PM | Show all posts
ntah kenapa aku rase die jd mcmni sbb putus cinta ngn anne,.
lepas putus ngn anne die trs jd mcm hilang arah tujuan hidup..
mude2 lg da tekanan jiwa raga..
kesian..
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Ler...motip...
Sah2 xpyh lah dlm industri..industri xperlukn retis cmni..balik singapore please...
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 12:05 PM | Show all posts
macam mamat exist pulak....curi handphone juga...kehkehkeh...

aku heran, naper dia curik henfon ekkk.....boleh jual mahal sgt ker??...kehkehekehkeh
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 12:08 PM | Show all posts
la adik beradik kee... ptot la.. boleh tercalon dlm apm tu hari. .
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 12:11 PM | Show all posts
dah kenapa dia ni.. suara bole tahan sedap.. rupa ada la sikit, bole la jual pakej tu.. kenapa memilih jalan hitam sebegini.. patut mencontohi abam aaron ajiz .. kerja rajin, keluarga bahagia, solat jaga
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 12:11 PM | Show all posts
hilang sbb settlekan kes mahkamah rupanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2014 12:11 PM | Show all posts
lipstickz posted on 30-9-2014 11:41 AM
Kadang2 bkn sbb da sengkek tp habits
Nasib ko la tertangkap mase mencuri tu kan

yess...kadang2 bukan sbb xde det tp sbb habit n hobi..byk2 anak2 omputih ada hobi pelik cenggini..kdg2 sbb nk attention jugakla..tp mcm pelik pulak dia xmampu nk beli hp..isk3..mintak kt adik hangla klau xmampu sgt...

Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 12:41 PM | Show all posts
eeeee.... malunye... dah jadi public figure pon berani2 nak mencuri... ke takde rase sekelumit pon prasaan malu tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
siann..
dia ade rupa blh jual syglah smp mencuri plak
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 12:45 PM | Show all posts
caplimau posted on 30-9-2014 12:02 PM
ntah kenapa aku rase die jd mcmni sbb putus cinta ngn anne,.
lepas putus ngn anne die trs jd mcm hi ...

kan adira sempat jd pengganti dulu..lepas tu main tanam2 cincin...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:54 AM GMT+8 , Processed in 0.058039 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list